Now Reading
[Video] Ramai Tersentuh Lihat Reaksi Anak Terharu Ayah Beli Kereta Baharu Hingga Nangis

[Video] Ramai Tersentuh Lihat Reaksi Anak Terharu Ayah Beli Kereta Baharu Hingga Nangis

Difahamkan, kereta tersebut dibeli sebagai hadiah kepada keluarga dan menjadi pengganti kenderaan lama si bapa yang kurang sesuai untuk perjalanan selesa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui bahawa rezeki datang dalam pelbagai bentuk, dan setiap insan berusaha mencari yang terbaik demi keluarga tercinta.

Buat ibu bapa, kebahagiaan anak-anak menjadi pendorong utama dalam mencari rezeki, walaupun terpaksa mengetepikan keperluan diri sendiri.

Lebih menyentuh hati apabila usaha yang dicurahkan akhirnya dihargai, bukan hanya dengan kata-kata tetapi cukup melalui reaksi jujur dan spontan daripada seorang anak kecil.

Baca Artikel Berkaitan: “Lahir Dia Sambut, Pergi Dia Hantar” – Ayah Tahan Sebak Ketika Tulis Nama Arwah Anak Pada Papan Tanda Kubur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Sebak Kongsi Detik Ibu Pulang Seorang Diri Selepas Ayah Meninggal Dunia Ketika Tunai Haji

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Lambai Anak Pulang Ke Kota Selepas Raya Bersama Undang Sebak

Bapa Buat Kejutan Kereta Baharu Untuk Keluarga

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@namesetjersi), seorang bapa berkongsi detik penuh emosi antara dia dan anaknya ketika baru pulang dari sekolah.

Dalam video berdurasi ringkas itu, kelihatan si bapa berjalan berdua dengan anaknya yang masih memakai pakaian sekolah. Mereka dilihat melintas jalan sambil tangan anak dipegang erat.

Sebaik tiba di seberang, si bapa secara tiba-tiba berhenti lalu menunjukkan ke arah sebuah kereta baharu dipercayai model Mitsubishi Xpander.

Ketika itulah si anak terpaku, sebelum air matanya mengalir deras sambil memeluk bapanya tanpa berkata sepatah.

Difahamkan, kereta lama keluarga itu sudah uzur dan tidak selesa, malah kapsyen video turut menyebut, “Daddy faham bertahun kita panas dalam kereta.”

Jelas kejutan itu bukan hanya untuk anak, tetapi hadiah untuk seluruh keluarga agar dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Sebak Lihat Reaksi Ikhlas Si Anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat reaksi anak kecil tersebut yang menangis sebaik melihat hadiah buat keluarganya.

Ramai memuji sikap anak itu yang jelas memahami susah payah si bapa walaupun masih muda. Ada yang menyifatkan anak seperti ini membesar dengan jiwa yang besar dan penuh rasa syukur.

Sumber: TikTok @namesetjersi
Sumber: TikTok @namesetjersi
Sumber: TikTok @namesetjersi

Tidak kurang juga yang menyentuh soal pengorbanan si bapa yang pastinya merasa berbaloi melihat reaksi penuh penghargaan daripada anak sendiri.

Sumber: TikTok @namesetjersi

Cara Mudah Balas Jasa Ibu Bapa Tanpa Perlu Wang

Sumber: Pexels

Sebagai peringatan, segala pengorbanan dan jasa ibu bapa tidak akan pernah mampu dibayar sepenuhnya. Namun sebagai anak, kita boleh berusaha membalasnya dengan cara-cara mudah. Antaranya:

  1. Belajar Bersungguh-Sungguh
    Ini supaya segala usaha ibu bapa membesarkan kita tidak sia-sia.
  2. Taat dan Hormat Kepada Mereka
    Sentiasa menjaga adab, tutur kata dan tidak membantah secara kasar.
  3. Ringankan Beban Urusan Harian
    Seperti bantu kemas rumah, basuh pinggan atau teman ke pasar.
  4. Mendoakan Mereka
    Doa yang berterusan adalah hadiah paling besar buat ibu bapa.
  5. Hargai Dengan Tindakan Kecil
    Ucapan terima kasih, pelukan dan perhatian adalah tanda kasih sayang yang bermakna.

Selain itu kepada perantau yang jauh, rajinlah pulang menjenguk ibu bapa selagi berkudrat dan mampu. Hargai mereka selagi ada. Memori yang dicipta hari ini tak mungkin terulang di masa akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: “Mak Ayah Penat Balik Kerja” – Ramai Sebak Dengar Jawapan Murid Ini Tekad Nak Berjaya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nenek Tunggu Cucu Ambil SPM Sambil Mengaji Luar Dewan Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Hadiahkan Anak Album Gambar Dari Kecil Hingga Dewasa Sempena Konvo Bikin Ramai Sebak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd