Now Reading
[Video] Individu Guna Servis E-Hailing Tapi Naik Lebih Penumpang Raih Pelbagai Reaksi

[Video] Individu Guna Servis E-Hailing Tapi Naik Lebih Penumpang Raih Pelbagai Reaksi

Difahamkan, pemandu berkenaan tegas bertindak membatalkan perjalanan tersebut atas dasar undang-undang dan keselamatan dirinya serta penumpang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, pelbagai jenis pengangkutan awam disediakan bagi memudahkan urusan perjalanan harian. Di Malaysia, perkhidmatan seperti MRT, bas, teksi dan e-hailing antara pilihan utama yang digunakan masyarakat.

Perkhidmatan e-hailing khususnya dilihat sangat membantu kerana menawarkan fleksibiliti dan kemudahan terus ke lokasi dituju tanpa perlu menunggu lama. Namun begitu, ada garis panduan yang perlu dipatuhi.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan penumpang menggunakan khidmat e-hailing tetapi melanggar had kapasiti tempat duduk, sekali gus mencetuskan perdebatan ramai di media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Bayar Ekstra Untuk Kopi Ais” – Pemandu E-Hailing Tuntut Caj Guna Aircond

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Penumpang Warga Asing Tak Pandai Pakai ‘Seatbelt’ Buat Pemandu E-Hailing Garu Kepala

Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Tak Nak Keluar Kereta” – Gelagat Driver E-Hailing Layan Penumpang Ajak Borak Curi Perhatian

Pemandu Tenang Tapi Tegas Bila Sedar Penumpang Melebihi Muatan

Menerusi perkongsian di akaun Threads (@syafikarasidi), video tersebut menunjukkan rakaman dari kamera kabin dalam sebuah sedan dipercayai digunakan sebagai kenderaan e-hailing.

Dalam video itu, pemandu dilihat menunggu dengan tenang ketika penumpang masuk ke dalam kenderaannya seorang demi seorang. Namun, sebaik semua selesai masuk, dia mula mengira dan menyedari jumlah penumpang telah melebihi kapasiti.

Pemandu tersebut yang menggunakan kereta sedan lima tempat duduk kemudian bertanya kepada salah seorang penumpang tentang jumlah sebenar mereka, dan apabila disahkan ada lebih seorang, dia terus menjelaskan situasi tidak membenarkan mereka meneruskan perjalanan.

Walaupun diberitahu salah seorang penumpang hanyalah kanak-kanak kecil, pemandu tetap bertegas bahawa isu ini melibatkan keselamatan dan undang-undang, bukan sekadar soal tolak ansur.

Akhirnya, kesemua penumpang akur dan dilihat beredar dari kenderaan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

View on Threads

Netizen Puji Tindakan Pemandu, Tegaskan Ini Isu Insurans & Keselamatan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan tegas pemandu berkenaan yang disifatkan profesional dan bertanggungjawab.

Ramai yang menekankan bahawa isu seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh membawa risiko besar jika berlaku kemalangan.

Pemilik akaun turut menjelaskan bahawa kenderaan seperti kereta sedan hanya dilindungi insurans untuk lima orang sahaja termasuk pemandu.

Jika berlaku kemalangan dan penumpang melebihi had, panel insurans berkemungkinan tidak akan meluluskan sebarang tuntutan.

Sumber: Threads @syafikarasidi
Sumber: Threads @syafikarasidi
Sumber: Threads @syafikarasidi

Kefahaman Tentang SOP E-Hailing Wajar Diperluas Kepada Pengguna

Sumber: Pexels

Perkongsian ini sekali lagi membuka perbincangan umum tentang keperluan mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab sebagai pengguna perkhidmatan e-hailing.

Perkara ini juga bukanlah satu kejadian atau kerisauan baharu. Seperti sebelum ini, pernah juga terjadi kes sebigini apabila sekumpulan wanita cuba menyumbat masuk kelima-lima daripada mereka ke dalam sebuah sedan kompak.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Muat Je!” – Cubaan 5 Gadis Naik 1 Kereta Gagal! Ramai Puas Hati Tengok Abang e-Hailing Selamba Arah Keluar

Ramai yang masih menyangka bahawa sikap tolak ansur atau budi bicara pemandu boleh mengatasi batas undang-undang, sedangkan isu seperti ini melibatkan nyawa dan perlindungan insurans.

Kes ini menjadi satu peringatan penting bahawa keselamatan bukanlah ruang untuk berunding.

Pemandu yang tegas, namun berhemah, bukan hanya menjaga diri sendiri tetapi juga melindungi penumpang daripada sebarang risiko yang tidak diingini.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu E-hailing Didakwa Ugut Untuk Rogol Penumpang & Pandu Secara Bahaya

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Kerajaan Setuju Terus Biayai Lesen Motosikal Kelas B2, e-Hailing & Teksi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd