Now Reading
[Video] Anak Tiba-Tiba Jadi Terlalu ‘Clingy’? Mungkin Tanda Emosinya Didera

[Video] Anak Tiba-Tiba Jadi Terlalu ‘Clingy’? Mungkin Tanda Emosinya Didera

Menurut doktor perubatan, Dr Hadi Kamal, kebiasaannya terdapat kecederaan fizikal pada bahagian tubuh badan tertentu yang menandakan kanak-kanak mungkin didera, tetapi ada juga kesan pada emosinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penderaan kanak-kanak dilihat semakin menjadi-jadi di negara ini memandangkan ramai yang menjadi mangsa, malah sehingga meragut nyawa.

Lebih sesal lagi apabila kanak-kanak didera oleh orang dewasa yang dianggap akan melindunginya termasuklah guru seperti yang banyak dilaporkan oleh media sebelum ini.

Penderaan kebiasaannya pasti akan meninggalkan kesan pada mangsa sama ada secara fizikal mahupun mental. Oleh itu, ibu ayah harus cakna dengan perlakuan anak-anak bagi mengenal pasti sebarang tanda penderaan.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Dakwa Cikgu Cubit Telinga Anak Hingga Mengelupas Hanya Kerana Kutip Pensel Bawah Meja

Baca Artikel Berkaitan: KPM Jalankan Siasatan Selepas Tular Dakwaan Guru Malukan Pelajar Sehingga Ganggu Emosi

Baca Artikel Berkaitan: “Kesiannya Baru Darjah 1” – Ustazah Didakwa Lempang Murid Hanya Sebab Tak Jumpa Surat

Doktor Terangkan Cara Bezakan Kecederaan Akibat Dera & Kemalangan

Seperti yang dikatakan, penderaan boleh berlaku dalam bentuk fizikal mahupun mental termasuklah dari segi psikologi dan emosi.

Namun bagi penderaan secara fizikal, mungkin pelaku boleh cuba menyembunyikan perkara itu dengan berkata ia disebabkan oleh suatu kemalangan.

Doktor perubatan, Dr Hadi Kamal, bagaimanapun telah menerangkan cara untuk membezakan lebam pada badan kanak-kanak yang diakibatkan oleh penderaan dengan kecederaan yang tidak disengajakan.

Bagi penderaan yang berlaku secara fizikal terhadap tubuh badan kanak-kanak, dia berkata ia kebiasaannya melibatkan bahagian tertentu termasuk:

  • Pipi
  • Leher
  • Lengan bahagian atas
  • Pergelangan tangan hingga ke hujung jari, termasuk tapak tangan
  • Alat sulit
  • Punggung
  • Celah peha
  • Peha
  • Pergelangan kaki hingga ke hujung jari, termasuk tapak kaki

Sebaliknya, kecederaan pada bahagian lain seperti kepala, bahu, lengan bawah dan betis selalunya disebabkan oleh kemalangan yang berlaku secara tidak sengaja.

Dr Hadi mengingatkan ibu ayah agar tidak terlepas pandang mana-mana tanda penderaan fizikal ini dan bertindak segera bagi mengelakkan mereka daripada terus menjadi mangsa.

@3hadi_ Semua orang wajib alert, banyak kes sangat dah ni #lebam #dera #ibu #tiktokmalaysia ♬ original sound – Dr Hadi Kamal | Kids Health – Dr Hadi Kamal Family Health

Tonton video penuh [DI SINI].

Kerap Mengigau Tanda Anak Alami Penderaan Emosi

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa kesan penderaan juga boleh dikenal pasti menerusi tanda-tanda emosi dan psikologi.

Menerusi satu video lain yang dimuat naik ke media sosial, Dr Hadi berkata ibu bapa harus cakna terhadap perubahan emosi anak-anak terutamanya yang kelihatan pelik dan berbeza dengan kebiasaannya.

Sebagai contoh, kanak-kanak yang didera dari segi emosi akan kerap mengigau ketika tidur di waktu malam serta mengalami mimpi yang pelik dan teruk.

Dia menjelaskan hal ini mungkin terjadi kerana kanak-kanak terbabit berasa sangat takut terhadap sesuatu perkara ketika di siang hari.

Kanak-kanak juga boleh menjadi mangsa dera oleh kanak-kanak lain. (Sumber gambar: Pexels)

Kanak-Kanak Yang Didera Emosinya Akan Lebih ‘Clingy’

Selain itu, berlakunya perubahan emosi ketara seperti menjadi terlalu gemar berkepit (clingy) dengan ibu ayah, kerap menangis dan tingkah laku yang sangat impulsif.

“Bila dia nampak seorang yang dia takut tu, tiba-tiba dia jadi patuh. Jadi macam robot,” katanya.

Malah, anak yang mengalami penderaan emosi juga mungkin akan mula menunjukkan tingkah laku yang tidak bersesuaian dengan umurnya, yakni seperti kanak-kanak yang lebih kecil berbandingnya.

“Tak pernah kencing tilam tiba-tiba mula kencing tilam. Tiba-tiba mula hisap jari. Bila main tu nampak sangat macam budak-budak,” jelas doktor itu.

Ibu ayah perlu rajin berinteraksi dengan anak untuk mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi. (Sumber gambar: Pexels)

Kanak-Kanak Yang Kelihatan Terabai Juga Mungkin Didera

Di samping itu, Dr Hadi turut mengulas lanjut tanda pengabaian yang dialami oleh kanak-kanak sekiranya didera, antaranya adalah kemunculan ruam pada bahagian punggung.

“Ini susah nak tipu. Kalau kerap sangat jadi bererti dia berak dan kencing daripada pagi, petang tu baru nak basuh,” ujarnya.

Kanak-kanak terbabit juga akan dilihat kerap berada dalam keadaan tidak terurus seperti kuku tidak dibersihkan, kudis tidak dirawat serta pakaian nampak kotor dan lusuh.

@3hadi_ Replying to @ahmad.faizal211 betul, tanda emosi/psikologi boleh jadi dan yang ni susah nak tipu #abuseawareness #makayah ♬ original sound – Dr Hadi Kamal | Kids Health – Dr Hadi Kamal Family Health

Tonton video penuh [DI SINI].

Jalankan Tanggungjawab & Laporkan Kes Penderaan Kepada Pihak Berkuasa

Melaporkan penderaan yang dialami oleh seorang kanak-kanak, sama ada secara fizikal mahupun emosi, merupakan satu tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Azizah Mohd Dun, sebelum ini berkata pengamal perubatan, ahli keluarga dan pengasuh wajib melaporkan sebarang kes penderaan mengikut Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016.

“Hukuman penjara dan denda boleh diambil terhadap mereka yang tidak melaporkan atau mempunyai sebab munasabah berlakunya kes penderaan membabitkan kanak-kanak.

“Walaupun tiada kewajipan berbuat demikian, masyarakat atau pihak selain daripada ibu bapa, pengasuh dan pengamal perubatan wajar menjalankan tanggungjawab untuk menangani kes penderaan,” katanya.

Berikut merupakan saluran yang boleh digunakan bagi melaporkan kes penderaan kanak-kanak:

  • Pihak berkuasa PDRM.
  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian/Cawangan yang berdekatan dengan tempat tinggal.
  • Membuat aduan melalui Talian Kasih 15999 atau whatsapp di talian 0192615999.
  • Media sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan KPWKM.

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 2,000 Kes Penderaan Kanak-Kanak Setakat Ogos 2024, Majoriti Budak Perempuan – KPWKM

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-kanak Dikasari Budak Lain Di Taman Permainan, Ramai Gesa Ibu Bapa Sentiasa Pantau Anak

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Kongsi Gambar Atau Video Budak Di Media Sosial Tanpa Izin Satu Jenayah?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd