Now Reading
“Mentaliti Out” – Pihak MBMB Berang Port Lepak Baharu Di Melaka Dicemari Sampah

“Mentaliti Out” – Pihak MBMB Berang Port Lepak Baharu Di Melaka Dicemari Sampah

Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bertindak membersihkan port bersiar-siar baharu dipercayai sekitar Pantai Klebang di Eye On itu susulan video tular memaparkan sampah sarap merata di sana.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila melawat ke sesuatu tempat, sudah tentu anda menitikberatkan kebersihan di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, sikap individu yang suka membuang sampah merata tempat dilihat masih menjadi satu isu.

Tanpa mereka sedari, sampah sarap berkenaan bukan sahaja membuatkan pengunjung sakit mata melihatnya, bahkan ia juga mampu menarik serangga-serangga perosak berbahaya sebagai contoh nyamuk aedes.

Pun begitu, sikap terbabit sukar dibendung jika setiap individu enggan menerima teguran dan tidak mahu mengubah perangai mereka sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Buang Sampah Dalam Kawasan Berpagar, Dua Lelaki Terima Kecaman Netizen

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Serik” – Penjaja Jagung Bakar Kembali Beroperasi Depan KLCC Walau Pernah Disita

Baca Artikel Berkaitan: “Bau Hapak Macam 100 Hari Tak Buang Sampah” – Lelaki Dedah Sikap Pengotor Penyewa Pelajar

Kawasan Sekitar Eye On Melaka Dicemari Sampah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah berkongsi situasi pasukan mereka yang sedang membersihkan kawasan port bersiar-siar baharu dipercayai sekitar Pantai Klebang di Eye On Melaka.

Menerusi video perkongsian, kelihatan pihak MBMB sedang mengutip sampah sarap yang bertaburan merata tempat di tepi jalan raya.

“Kamu yang berniaga mengaut keuntungan, kami ke yang kena collect sampah yang kamu tinggalkan? Kamu ingat kami ni siapa? Jangan melampau sangat kawan,” ujar mereka.

Menurut MBMB, operasi pembersihan itu dijalankan selepas ada video tular di media sosial memaparkan kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan sampah yang banyak.

“Ni bukan port healing tapi port sampah baharu. Hari ini team kami tolong bersihkan tapi awas, selepas ini tiada lagi,” kata MBMB.

Sumber: TikTok (@mb_melakabersejarah)

MBMB Kecewa Dengan Sikap Rakyat Yang Tak Bertanggungjawab Buang Sampah Merata

Jika anda lihat dengan teliti klip terbabit, sampah dan bungkusan plastik yang banyak itu bukan sahaja dilihat bertaburan di sekeliling pembahagi jalan, malah ada juga di dalam longkang.

Selain mencemarkan lokasi berkenaan, sampah itu juga mampu menyebabkan sistem perparitan tersumbat.

“Adakah ni mentaliti rakyat Melaka pada tahun 2025? Bagai kacang lupakan kulit. Untung semua korang sebat, healing semua korang nak. Tapi mentaliti out, ni semua dah lebih!” tegas pihak MBMB lagi.

@mb_melakabersejarah Healing Nak? Untung Kaut? Sampah Kamu Tinggalkan? Ini Semua Dah Melampau Awas! Anda Diperhatikan Penguatkuasaan Akan Berlangsung Jangan Cabar MBMB Ya!!! #mbmbdihatiku💃🏻 #sejahterakanbandarayaku #ulangtahunmbmb22 @dso_gsa @Mohd. Noor Helmy @Warga Melaka @Rais Yasin @MELAKA HARI INI @Joe Azran ♬ original sound – MBMB

Tonton video penuh [DI SINI].

Warganet Kesal Masih Ramai Tak Reti Buang Sampah Di Tempat Sepatutnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa kecewa melihat sampah sarap yang bertaburan merata tempat itu.

“Dah 2025 weh, konsep simpan sampah sendiri kena ada. Susah ke? Jagalah negeri kita,” kata seorang lelaki.

Malah segelintir netizen turut mengingatkan para peniaga untuk memantau sampah-sampah yang dibuang oleh para pembeli.

“Senang cerita mana yang heboh meniaga tu sediakan tong sampah siap-siap untuk pembeli membuang sampah. Ini tak, untung nak tapi kebersihan tak jaga,”

Sementara itu, ramai juga berharap agar masyarakat setempat menjadikan negara bersih yang lain sebagai contoh.

“Jaga negara kita. Belajar dari Jepun, sana bersih bukan sebab kerajaan sahaja tetapi sebab rakyatnya yang berdisiplin. Ada kesedaran dan rasa tanggungjawab bersama,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@mb_melakabersejarah)

Sekumpulan Individu Buang Sampah Merata Di Pokok Durian Tunggal Sekinchan

Sebelum ini, tular juga kes di mana ada pihak tidak bertanggungjawab yang mengotorkan kawasan tumpuan pelancong untuk bergambar berlatarkan sawah padi iaitu di Pokok Durian Tunggal Sekinchan, Selangor.

Di sana juga, terdapat sebuah pokok besar di tengah-tengah sawah dan juga buaian yang sesuai sebagai port OOTD.

Menurut seorang wanita, terdapat sekumpulan individu telah membuang sampah merata-rata di kawasan tersebut selepas menyambut hari jadi rakannya.

Tambahnya, individu yang mempunyai mentaliti kelas rendah iaitu tidak ada kesedaran untuk membersihkan sampah masing-masing tidak sepatutnya berkunjung ke sana.

“Betul orang cakap bumi ni rosak sebab tangan-tangan manusia. Tengok, view dia cantik tetapi disebabkan sampah merata-rata dekat bawah tu, terus tak cantik gambarnya,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Port OOTD Dicemari Sampah Lepas Ada Pihak Sambut Birthday

Baca Artikel Berkaitan: “Kau Kutip Balik!” – Lelaki Berang Ada Pihak Selamba Buang Sampah Dalam Sungai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Attitude Hauk” – Sampah Merata Tempat Di Konsert Coldplay Bikin Orang Ramai Kecewa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd