Now Reading
[Video] Raih 40 Juta Tontonan, Telatah Pramugara Tahan Gelak Gara-gara Penumpang Melatah Bikin Ramai Geli Hati!

[Video] Raih 40 Juta Tontonan, Telatah Pramugara Tahan Gelak Gara-gara Penumpang Melatah Bikin Ramai Geli Hati!

Penumpang pesawat berkenaan dilihat melatah ketika menyaksikan taklimat keselamatan penerbangan oleh kru kabin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Melatah merupakan sesuatu yang dilihat biasa berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu.

Selalunya seorang individu dengan masalah melatah tidak sedar apa dengna apa yang dilakukan olehnya sewaktu kejadian tersebut.

Ada yang hanya melatah menerusi ucapan, namun dalam kes lebih serius, ada juga dalam kalangan mereka yang sehingga melakukan pergerakan badan termasuk memukul orang di sekeliling.

Baca Artikel Berkaitan: “Mesti Melatah!” – Gelagat Abang J&T Menari Lepas Dengar Alarm CCTV Bikin Ramai Terhibur

Lelaki Melatah Waktu Taklimat Keselamatan Penerbangan, Kru Kabin Tahan Ketawa

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang menyaksikan seorang penumpang pesawat melatah ketika menyaksikan taklimat keselamatan oleh kru kabin.

Difahamkan video itu pada awalnya dimuat naik oleh isteri kepada lelaki berkenaan di TikTok (@zielabasah) sebelum dikongsikan orang ramai.

Menonton video berkenaan, lelaki itu dilihat mula melatah apabila kru kabin membuat isyarat topeng oksigen jatuh dari atas.

Keadaan itu menyebabkan bukan sahaja penumpang di sebelahnya tergelak, malah kru kabin terbabit juga terpaksa menahan tawanya.

Dia kemudiannya berkali-kali melatah akibat terkejut dan diusik oleh isterinya, termasuk membuat bunyi meniup wisel, menunjukkan pintu keluar dan berenang.

Malah aksinya itu turut disedari oleh seorang lagi kru kabin wanita yang berada di lorong sebelah.

Pada akhirnya, dia kedengaran melatah dengan berkata “You’re welcome” selepas kabin kru mengucapkan terima kasih di penghujung taklimat keselamatan mereka.

@zielabasah Kesian laki aku, huru hara terus dalam flight air Asia, Sorry ye bie.. 🫢😜 @shah_ynwa 🇲🇾🇲🇨 #zielabasah #abangviralmelatahmcd #airasia #airasiacabincrew #crew #pramugari #pramugara #melatah #lawak #fyp ♬ Naughty, evil, dubious and comical songs(1264665) – MATSU

Tonton video penuh [DI SINI].

Lelaki Turut Melatah Ketika Memesan Minuman

Aksi melatahnya tidak terhenti di situ sahaja berdasarkan satu video lain yang dikongsikan oleh isterinya.

Kelihatan dia masih melatah ketika kru kabin sedang mengambil pesanan makanan dan minuman.

Malah, penumpang yang berada di sebelahnya serta kru kabin tadi turut bersama-sama mengusiknya.

Apa yang lebih kelakar lagi, kelihatan kru kabin tadi juga ada melatah sedikit apabila melihat tingkah laku lelaki itu.

@zielabasah Replying to @🍁N.zulaiQa🍁 Huru hara lagi suami aku di part 2 ni.. Smpi dia mintak 🍺 plak!!!! 😤 @shah_ynwa 🇲🇾🇲🇨 #zielabasah #abangviralmelatahmcd #melatah #airasia #abangviralmelatahmcd #airasiacabincrew #crew #fyp ♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Tonton video penuh [DI SINI].

Video Lelaki Melatah Dalam Pesawat Cecah 40 Juta Tontonan

Ramai yang terhibur menonton aksi lelaki tadi melatah ketika di dalam pesawat sehingga video berkenaan mencecah 40 juta tontonan dengan lebih tiga juta tanda suka.

“Saya perlukan seseorang macam ni dalam penerbangan saya yang seterusnya,” kata seorang wanita.

Orang ramai turut berasa geli hati melihat aksi kru kabin tersebut cuba menahan gelak sewaktu taklimat keselamatan apabila melihat lelaki berkenaan melatah.

“Pramugara tu berusaha nak stay in character,” kata seorang pengguna media sosial.

Seorang individu yang merupakan rakan kepada kabin kru terbabit turut mengesahkan bahawa lelaki itu juga melatah.

Dalam pada itu, seorang lelaki turut mempersoalkan jika melatah hanya berlaku dalam kalangan orang Melayu kerana tidak pernah melihat mat saleh melakukan perkara itu.

Sumber: TikTok

Melatah Satu Bentuk Gangguan Mental Akibat Budaya

Sebagai info, latah bukanlah satu bentuk penyakit, namun Pakar Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Mohammaed Saffari Mohammad Haspani menjelaskan, ia adalah satu sindrom budaya khusus atau culture-bound syndrome (CBS).

Malah, latah juga telah disenaraikan di dalam Manual Diagnostik dan Statistik Penyakit (DSM-IV) serta Pengkelasan Penyakit Antarabangsa (ICD-10) sebagai CBS, iaitu gangguan mental yang disebabkan oleh budaya dan bukan sejenis penyakit

Penulis Lawrence Osborne mendapati bahawa masyarakat bumiputera di Sarawak mula melatah disebabkan oleh suatu trauma atau akibat berjangkit dengan individu lain yang turut melatah.

Sindrom ini juga dilihat berlaku dalam kalangan penduduk di Asia Tenggara, namun terdapat juga sindrom yang serupa dengan latah wujud di beberapa negara lain termasuk Jepun (Imu) dan Amerika Syarikat (Jumping Frenchmen of Maine).

Rawatan Boleh Bantu Kurangkan Simptom Melatah

Walaupun melatah bukanlah satu bentuk penyakit, tetapi ia dapat menganggu kehidupan seharian individu yang mengalaminya.

Bagi mengurangkan simptom melatah, mereka yang mengalami sindrom ini boleh dirawat.

Menurut Medicover Hospitals, antara bentuk rawatan yang boleh diberikan kepada individu yang melatah adalah:

  • Terapi tingkah laku termasuk CBT yang membantu individu untuk mempelajari strategi bagi mengawal respons kejutan yang melampau dan tingkah laku impulsif.
  • Ubat-ubatan seperti SSRIs atau benzodiazepine boleh mengurangkan simptom kegusaran dan impulsif.
  • Terapi pekerjaan dapat membantu dalam membentuk kemahiran untuk meningkatkan fungsi harian dan koordinasi, serta mengawal respon terhadap kejutan.
  • Teknik relaksasi termasuk latihan pernafasan dalam dan meditasi dapat membantu dalam mengurangkan kegusaran dan meningkatkan kesejahteraan emosi.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd