Now Reading
[Video] Bayar RM99 Tapi Cuma Ajar Upload Video, Lelaki Pesan Jangan Tertipu Dengan Webinar Guru TikTok

[Video] Bayar RM99 Tapi Cuma Ajar Upload Video, Lelaki Pesan Jangan Tertipu Dengan Webinar Guru TikTok

Difahamkan, kelas itu tidak menepati janji sebagai sesi eksklusif membongkar rahsia sebenar menghasilkan kandungan tular, sebaliknya hanya menyentuh perkara asas semata-mata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Promosi kelas dalam talian yang menawarkan panduan meningkatkan tontonan, kadar interaksi dan capaian video di TikTok bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan pengguna media sosial.

Kebanyakan kelas ini dikenakan bayaran tertentu dan sering dipromosikan sebagai peluang eksklusif untuk mempelajari teknik daripada individu yang mendakwa berpengalaman dalam bidang kandungan digital.

Namun baru-baru ini, seorang lelaki tampil menyuarakan kekecewaannya selepas menyertai sebuah kelas berbayar yang didakwa tidak menawarkan kandungan yang setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Negara Paling Senang Kena Scam Berulang, Tertinggi Di Asia

Baca Artikel Berkaitan: Risau Kena Scam? Ini Cara Untuk Bezakan Iklan Palsu Di Facebook

Baca Artikel Berkaitan: [Pendapat] Hati-hati Dengan Helah ‘Scammer’, Ambil Tahu Cara Untuk Elak Dari Jadi Mangsa Seterusnya

Lelaki Luah Rasa Tertipu Dengan Kandungan Kelas Berbayar

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@zuhairitalk), pengguna tersebut meluahkan rasa tidak puas hati selepas membayar RM99 untuk menyertai sebuah webinar.

Kelas itu dijanjikan sebagai sesi eksklusif membongkar rahsia sebenar menghasilkan kandungan TikTok yang mampu tular.

Namun, isi kandungan yang disampaikan hanya berkisar kepada perkara asas seperti cara membuka akaun TikTok, konsistensi memuat naik video dan penggunaan hashtag yang betul.

Baginya, semua itu bukanlah rahsia kerana ia sudah lama diketahui ramai dan boleh dicari secara percuma.

Dia turut menjangkakan kelas tersebut akan mendedahkan teknik lebih mendalam seperti penggunaan kecerdasan buatan, strategi algoritma atau kaedah tersendiri yang belum pernah dikongsi.

Sebaliknya, kandungan yang diterima hanya pengulangan maklumat umum yang sudah tersedia di internet.

Pengguna itu juga menegaskan bahawa tidak salah untuk menjual ilmu, namun penganjur seharusnya berlaku jujur dalam mempromosikan kandungan sebenar kelas.

“Kau nak ajar orang panjat langit, kau berjalan pun tak lepas lagi,” sindirnya.

Menjual harapan seolah-olah akan mengajar sesuatu yang luar biasa, sedangkan hanya menyentuh perkara asas, disifatkannya sebagai tindakan tidak beretika.

Nasihat Supaya Nilai Dahulu Sebelum Sertai Kelas Berbayar

Sebagai peringatan kepada orang ramai, dia menasihatkan agar mereka yang baru berjinak-jinak dengan TikTok atau dunia pemasaran affiliate agar memanfaatkan terlebih dahulu kandungan percuma yang banyak dikongsikan secara terbuka di platform tersebut.

Dalam masa yang sama, dia menyeru orang ramai supaya tidak terburu-buru membayar kelas tanpa membuat semakan atau penilaian sewajarnya terlebih dahulu.

Menurutnya, terlalu banyak sumber percuma yang berkualiti dan dikongsi oleh pencipta kandungan secara ikhlas tanpa bayaran.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Turut Kecewa, Dakwa Ramai Pempengaruh Ambil Kesempatan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan segelintir guru di media sosial yang dilihat mengambil kesempatan dengan menjual ilmu asas secara berbayar.

Ada juga pengguna lain yang berkongsi pengalaman terpaksa membelanjakan sehingga ribuan ringgit untuk menyertai kelas yang kandungannya boleh diakses secara percuma melalui carian dalam talian.

Sumber: TikTok @zuhairitalk
Sumber: TikTok @zuhairitalk

Malah, beberapa individu menyatakan rasa simpati terhadap golongan yang lebih berusia yang menjadi sasaran mudah.

Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang akses maklumat digital, mereka menyangka ilmu yang diajar adalah istimewa dan sukar didapati, sedangkan ia sebenarnya sudah lama tersedia secara terbuka.

Sumber: TikTok @zuhairitalk
Sumber: TikTok @zuhairitalk

Nilai Dahulu Sebelum Sertai, Beringat Sebelum Terpedaya

Sebelum membuat keputusan menyertai mana-mana kelas berbayar, pengguna dinasihatkan agar meneliti terlebih dahulu kandungan yang ditawarkan.

Pastikan adanya maklum balas daripada peserta terdahulu serta mendapatkan gambaran keseluruhan tentang struktur pembelajaran yang disediakan.

Ramai individu yang berjaya memahami algoritma media sosial sedia berkongsi pengetahuan mereka secara terbuka dan percuma melalui platform seperti TikTok dan YouTube.

Maka, pengguna disarankan agar memanfaatkan sumber percuma ini terlebih dahulu sebelum melaburkan wang untuk ilmu yang belum tentu eksklusif.

Persis peribahasa, “Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.

Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Tertipu” – Wanita Dakwa Order Nasi Lemak Ayam Tempura Tapi Yang Sampai Patty Burger

Baca Artikel Berkaitan: [Video] KPDN Melaka Gempur Restoran Tak Papar Harga Makanan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coklat Cair RM60 Jadi Perdebatan, Harga Disifatkan Mahal & Boleh Jejas Kesihatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd