[Video] Lepas 5 Stesen Baru Ibu Hamil Dapat Tempat Duduk Dalam MRT, Wanita Kesal Orang Lain Tak Cakna
Menurut wanita dikenali sebagai Elfarina, ibu hamil itu terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang lama sebelum akhirnya mendapat tempat duduk di dalam koc wanita MRT berkenaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai di kalangan masyarakat yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk menuju ke tempat kerja. Hal ini kerana segelintir daripada mereka tidak sanggup menghadap trafik sesak pada hampir setiap hari lebih-lebih di kawasan ibu kota.
Namun setiap perkhidmatan termasuk pengangkutan awam seperti tren LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Mass Rapid Transit) dan KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) sudah tentu mempunyai kelemahannya sebagai contoh tempat duduk yang terhad.
Ada di juga di golongan individu keutamaan seperti ibu hamil yang terpaksa berdiri dalam dalam kereta api. Ia bukan sahaja memenatkan tetapi juga berbahaya sekiranya tren brek secara mengejut.
Baca Artikel Berkaitan: Aksi Wanita Selamba Letak Beg Di Kerusi Zon Keutamaan Dalam LRT Undang Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Tak Rasa Bersalah” – Gadis Selamba Letak Beg Di Zon Keutamaan LRT, Tak Dahulukan Ibu Hamil
Penumpang Tak Beri Ibu Hamil Tempat Duduk Dalam MRT
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Elfarina berkongsi satu situasi semasa sedang berada dalam tren MRT.
Menerusi video perkongsian, kelihatan koc wanita sedang sibuk dan dipenuhi dengan penumpang yang ramai dipercayai ketika waktu puncak (peak hours).
Terdapat penumpang yang duduk dan ada juga yang berdiri. Namun perkara yang mengundang perhatian apabila kelihatan seorang ibu hamil yang terpaksa berdiri sepanjang di dalam kereta api berkenaan.
Perkara itu kemudiannya membuatkan Elfarina yang juga antara penumpang yang berdiri pada ketika itu berasa bengang dengan sikap orang ramai yang tidak cakna dengan zon tempat duduk keutamaan.
Untuk pengetahuan semua, tempat duduk zon keutamaan dikhaskan buat penumpang yang lebih memerlukan iaitu
- Individu membawa anak kecil
- Ibu hamil
- Warga emas
- Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

Dakwa wanita terbabit, segelintir penumpang di sana berpura-pura tidak nampak ibu hamil yang berada di depan mata.
“Kenapa eh perangai manusia macam tak ada perasaan dekat ibu pregnant, dah nampak akak tu perut dia dah besar macam tu satu orang pun tak boleh ke nak offer (tawar) dia tempat duduk. Semua yang duduk buat tak tahu je,” kata Elfarina di ruangan kapsyen.
Perkara yang membuatkannya lebih kesal apabila wanita mengandung berkenaan hanya mendapat tempat duduk selepas melepasi lebih daripada lima stesen MRT.
“Hmm orang sekarang ni tak semua ada common sense,” ujarnya.
View on Threads
Orang Ramai Beri Pandangan Tentang Pemberian Tempat Duduk Dalam MRT
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang hantaran Elfarina.
Ramai dilihat mengecam tindakan penumpang lain kerana dikatakan hanya tutup sebelah mata melihat ibu mengandung yang berdiri.
Bahkan, ada juga golongan wanita mengandung yang berkongsi pengalaman mereka semasa menaiki pengangkutan awam.
“Memang gitu sis. Rakyat wanita Malaysia kita tak ada common sense. Dah sarat mengandung saya tak ingin dah nak naik tren lebih lagi koc wanita. Buat sakit hati je lebih baik memandu sendiri pergi balik kerja,” luah seorang wanita.
Sementara itu, segelintir netizen yang dipercayai kerap menggunakan perkhidmatan kereta api berkata terdapat penumpang yang tidak mahu duduk walaupun sudah ditawarkan.
“Saya offer banyak tempat duduk kepada ibu-ibu hamil dan warga emas. Akhirnya semua tolak sebab diorang nak. Sebab apa saya tak tahu. Saya juga pernah nampak ada makcik menolak ketika diberi tempat duduk dalam MRT,” ujar seorang individu.
Harap Ibu Hamil Beritahu Penumpang
Bagi mengelakkan kes sebegini berlaku lagi, ramai individu menasihati golongan keutamaan ini untuk berani bersuara bagi mendapatkan tempat duduk.
“Kepada yang tengah hamil, tolong cakap, ‘Saya mengandung. Boleh tak bagi saya duduk?’ Kadang-kadang ada yang tak perasan sebab sibuk tengok telefon. Ada yang segan nak offer sebab takut salah teka, ada yang memang tak ada common sense. Jadi tanya je la ok,” kata seorang warganet.








Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jijik! Pengguna LRT Makan Dalam Tren, Siap Buka Kasut & Kaki Berstokin
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Wanita Duduk Atas Lantai Tren KTM Hingga Halang Laluan Masuk Undang Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: RapidKL Tegur 2 Gadis Makan Maggi Cup Dalam Tren. Mask Pun Tak Pakai!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.