Now Reading
“Tiap Hari Ada Je Patah” – Penunggang Motosikal Selamba Langgar Palang Tol Undang Perhatian

“Tiap Hari Ada Je Patah” – Penunggang Motosikal Selamba Langgar Palang Tol Undang Perhatian

Meskipun tol adalah percuma bagi penunggang motosikal, namun masih banyak kes di mana golongan ini menggunakan tol laluan kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang kita tahu, jalan raya mempunyai undang-undang yang perlu diikuti oleh setiap pengguna. Antara sebab utama adalah bagi memastikan keselamatan diri serta orang lain terjamin.

Pun begitu, masih ramai di kalangan masyarakat yang berdegil dan masih melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa. Lebih teruk lagi apabila ia akhirnya mengundang kes kemalangan.

Ia bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi juga orang lain yang berada di jalan raya terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penunggang Motosikal Tersekat Di Laluan Tol Buat Netizen Bengang

Rider Suka Hati Langgar Palang Tol Laluan Kereta

Baru-baru ini, tular hantaran di laman Threads (layan.jeee), satu rakaman dashcam menyaksikan situasi yang berlaku di sebuah plaza tol.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang penunggang motosikal sedang mencucuk rapat sebuah kenderaan di laluan tol yang dikhususkan buat kereta.

Namun cubaannya melepasi palang tersebut dengan jaya tidak berhasil apabila dia terlanggar palang berkenaan sehingga menyebabkan ia terpatah. Dalam klip sama kelihatan palang terbabit terjatuh dan sudah rosak.

Tanpa membuang masa, pengawal di sana dengan pantas ke laluan tol tersebut untuk membetulkannya.

Walaupun golongan geng motor ini tidak perlu membayar tol semasa menunggang di laluannya, tetapi kejadian sebegini masih kerap terjadi dan dilihat berleluasa.

View on Threads

Orang Ramai Bengang Dengan Sikap Penunggang Motosikal Yang Tak Bertanggungjawab

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan penunggang motosikal yang membuat hal sebegitu sesuka hati mereka.

“Apalah ada dalam kepala diorang ni kan? Pelik betul. Aku pun bawa motor juga, tapi alhamdulillah tak sebenak tu,” kata seorang netizen.

Segelintir individu pula berkata palang tersebut tidak patah sepenuhnya tetapi lari daripada kedudukan asalnya.

“Tak boleh pakai palang yang besi keras. Biar kena berbaloi sikit,” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi pengalaman mereka semasa menghadap individu berperangai seperti penunggang motosikal terbabit di jalan raya.

“Saya dulu siap kena langgar dengan motosikal lagi dari belakang dekat Plaza Tol Kemuning, Shah Alam. Bila report pihak tol tiba-tiba je mengelak. Bukan salah diorang. Isu motor lalu lebuh raya ni di luar kawalan diorang katanya,” kata seorang wanita.

Sumber: Threads

Langgar Palang Tol Dengan Sengaja Boleh Dikira Sebagai Perbuatan Khianat

Seperti yang diperkatakan para netizen lain, kejadian penunggang motosikal melanggar palang tol sudah kerap kali terjadi.

Sebelum ini, sekumpulan penunggang motosikal telah bertindak melalui lorong tol yang memerlukan pengguna menggunakan Smart Tag. Mereka kemudian secara tiba-tiba merempuh palang berkenaan sehingga patah dan rosak.

Papan tanda digital terbabit juga menunjukkan ‘Tiada Smart Tag’ ketika penunggang-penunggang motosikal itu keluar dari tol. Ia jelas menunjukkan bahawa mereka melalui laluan tol yang salah.

Untuk pengetahuan semua, perbuatan mereka ini boleh dikenakan hukuman undang-undang Kanun Keseksaan (Akta 574) Seksyen 425 kerana perbuatan khianat.

Pelaku dengan niat mahu menyebabkan kerugian kepada orang awam dan mengakibatkan kebinasaan harta benda boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan, denda atau kedua-duanya sekali.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Penunggang Motosikal Selamba Ceroboh Laluan Kereta Hingga Palang Tol Beralih

Baca Artikel Berkaitan: “Sengaja Cari Pasal” – Sekumpulan Rider Didakwa Patahkan Palang Tol Bikin Netizen ‘Panas Hati’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Touch ‘n Go Tak Cukup Baki


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd