[Video] Tindakan Geng Basikal Jadi Lane Hogger Laluan Motosikal Cetus Pelbagai Reaksi
Menerusi video yang dikongsi, kumpulan berbasikal itu dilihat menggunakan kedua-dua lorong motosikal dan tidak menunggang dalam deretan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Aktiviti berbasikal sememangnya menjadi satu gaya hidup yang semakin popular. Sama ada sekadar hobi hujung minggu atau latihan fizikal secara serius, ia memberi banyak manfaat dari sudut kesihatan dan sosial.
Namun apabila ia melibatkan penggunaan jalan awam, ada batas dan etika yang perlu dijaga. Jalan bukan hanya milik satu kelompok sahaja. Ia dikongsi oleh pelbagai jenis pengguna termasuk penunggang motosikal, pemandu kereta dan juga pejalan kaki.
Apa yang lebih penting, isu ini bukan faktor patuh undang-undang semata-mata, tetapi lebih kepada soal keselamatan diri dan juga keselamatan orang lain di atas jalan.
Baca Artikel Berkaitan: Kenderaan Mikromobiliti Haram Atas Jalan Raya, JPJ Maklum Akan Ambil Tindakan Tegas
Baca Artikel Berkaitan: Tular ‘Cyclist’ Bawa Basikal Naik MRT, Boleh Atau Tidak Sebenarnya?
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Terengganu Jadi Wanita Pertama Dari Asia Sertai Perlumbaan Basikal Di Eropah
Kumpulan Berbasikal Guna Dua Lorong Di Waktu Puncak
Menerusi satu rakaman video kamera badan di laman TikTok (@apezmatteno), dapat dilihat sekumpulan penunggang basikal menunggang secara berkumpulan di laluan motosikal sebuah lebuh raya.
Difahamkan, laluan tersebut merupakan jalan sehala yang bermula dengan satu lorong sebelum melebar menjadi dua lorong.
Ketika kumpulan itu memasuki kawasan dua lorong, sebahagian daripada mereka dilihat menukar haluan ke lorong kanan, sekali gus menghalang keseluruhan jalan.
Tindakan itu menyebabkan beberapa penunggang motosikal di belakang tidak dapat memotong.
Salah seorang daripada mereka kemudiannya kedengaran membunyikan hon bagi memberi isyarat agar kumpulan basikal itu kembali ke lorong kiri.
Penunggang basikal paling hadapan dilihat mengambil sedikit masa untuk kembali ke lorong kiri akibat jalan yang agak berbukit sebelum berjaya mengosongkan laluan itu untuk pemilik video dan rider yang lain.
Menurut perakam, dia tidak menentang aktiviti berbasikal, namun menyifatkan masa dan tempat perlu diambil kira, lebih-lebih lagi pada waktu puncak ketika ramai orang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.
@apezmatteno time kurang ngam… #motovlogger #goprohero11 #y15zr
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Senarai Larangan & Tindakan Berkaitan Aktiviti Berbasikal Di Lebuh Raya
Sebagai info, aktiviti berbasikal di lebuh raya sebenarnya tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Menurut mantan Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim, penunggang basikal boleh dikenakan tindakan jika melanggar peraturan.
Berikut antara maklumat penting yang dijelaskan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan JSPT Bukit Aman berkaitan isu ini:
- Berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan.
- Boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu.
- Gagal patuhi papan tanda larangan boleh didakwa di bawah Seksyen 79(2) akta sama.
- Basikal juga boleh disita jika melakukan kesalahan di bawah Seksyen 112(3).
- Tiada lampu depan dan belakang, brek atau loceng juga satu kesalahan di bawah Kaedah 35 dan Kaedah 42 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
- Menunggang berkumpulan tidak dalam satu deretan juga boleh dikenakan tindakan.
Berbasikal Memang Digalakkan, Tapi Gunalah Common Sense

Aktiviti berbasikal kini menjadi pilihan ramai, bukan saja untuk gaya hidup sihat tetapi juga sebagai alternatif rekreasi mesra alam.
Namun begitu dalam keseronokan berkayuh, penunggang basikal tetap perlu menjaga disiplin agar tidak membahayakan diri sendiri mahupun orang lain di jalan raya.
Berikut beberapa tip asas yang patut dijadikan panduan:
- Gunakan satu lorong sahaja
Jalan raya bukan milik kita seorang. Bila berkayuh dalam kumpulan, kekal dalam satu barisan supaya tidak halang laluan pengguna lain. - Gunakan lampu jika berbasikal pada waktu malam
Jangan harap pemandu nampak kita dalam gelap. Pasang lampu depan dan belakang supaya jelas kelihatan. - Pilih masa dan laluan yang sesuai
Sebaiknya elakkan waktu puncak. Kalau boleh, guna laluan khas atau kawasan kurang sibuk. - Patuh pada papan tanda dan undang-undang lalu lintas
Walaupun naik basikal, kita tetap pengguna jalan raya. Hormati undang-undang dan jangan buat ikut kepala sendiri. - Pastikan ciri keselamatan lengkap
Basikal mesti ada brek dan loceng yang berfungsi. Topi keledar tak wajib, tapi sangat digalakkan. - Berkayuh dalam satu barisan (deretan)
Ini paling asas. Kayuh rapat dan tersusun. Jangan berpecah dan penuhkan jalan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelumba Basikal Le Tour De Langkawi Lalu Di MRR2, Netizen Teruja Dapat Tengok ‘Live’
Baca Artikel Berkaitan: Video Sekumpulan Remaja Berbasikal Waktu Malam Tahun Baharu Raih 2 Juta Tontonan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Geng Basikal Kayuh Di Tengah Lebuh Raya Undang Kecaman
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.