“Satu Kerja Kena Berhenti Setiap Aras” – Aksi Kucing Naik Lif Nak Balik Rumah Raih Perhatian Ramai
Kucing itu pada mulanya keluar di tingkat 1 sebelum masuk semula ke dalam lif dan menunggu untuk ke tingkat lain.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kucing adalah salah satu makhluk yang rata-ratanya jinak, tidak takut kepada manusia dan menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan.
Selain mempunyai sifat yang comel, kucing juga dikatakan sebagai haiwan yang bijak dan seolah-olah boleh menyampaikan keiinginannya kepada manusia, terutama sekali pemiliknya.
Seperti seekor kucing liar sebelum ini, dia dilihat pandai meminta seorang lelaki agar mengekorinya untuk melihat bekas makanannya yang kosong.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Minta Lelaki Ini Untuk Ekorinya, Rupanya Nak ‘Mengadu’ Sesuatu
Baca Artikel Berkaitan: “Letak Child Lock Kak” – Orang Ramai Puji Kucing Bijak Buka Pintu Ais Untuk Lepak Di Dalam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas
Kucing Naik Lif Nak Balik Ke Rumah
Baru-baru ini, satu video yang tular di TikTok (@gerawrr.a) menyaksikan seekor kucing yang berada di dalam lif dipercayai di sebuah pangsapuri.
Individu yang memuat naik video itu berkata dia pada mulanya menganggap kucing tersebut sengaja merayap masuk ke dalam lif.
Namun tindakan kucing berwarna putih bertompok hitam itu amat mengejutkan apabila dia seolah-olah mengetahui tingkat mana yang harus ditujui olehnya mungkin untuk pulang ke rumah.
“Ingat dia main masuk je lif. Rupanya tak ya. Dia pun nak balik rumah,” katanya.
Pengguna Lif Kena Cuba Satu-Satu Tingkat
Menurut individu tersebut, kucing itu telah keluar dari lif seketika sewaktu berada di tingkat bawah sebelum segera masuk semula ke dalamnya.
Dia kemudiannya menekan butang ke tingkat 1 untuk cuba melihat sama ada si bulus akan keluar di situ.
Namun seperti di tingkat bawah tadi, kucing itu masuk semula ke dalam lif seakan-akan dia berada di tingkat yang salah sebelum memandang ke individu berkenaan.
“Masa ni naik tingkat 1, dia keluar dulu lepastu dia masuk balik. Dia kata, ni lain ni bukan (tingkat yang betul),” katanya.
Kucing berkenaan juga dilihat membunyikan suaranya kepada individu terbabit macam mahu memberitahu sesuatu.
Dia pun cuba menekan butang ke tingkat dua sebelum kucing itu betul-betul keluar dari lif terbabit.
@gerawrr.a Tolong kucing balik rumah tapi kucing tu tak cakap terima kasih pun 😔 #fyp#cathouse ♬ เสียงต้นฉบับ – ไข่ตุ๋นทำไร
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Geli Hati Lihat Gelagat Comel Si Bulus Cari Tingkat Rumah
Melihat situasi itu sememangnya membuatkan orang ramai berasa terhibur dan berseloroh dengan keadaan tersebut.
“Satu kerja pula kena berhenti setiap aras,” kata seorang pengguna TikTok.
Seorang lelaki juga berkata kucing itu sepatutnya menggunakan tangga berbanding lif kerana rumahnya hanya terletak di tingkat dua.
Segelintir pengguna media sosial pula mencadangkan agar terdapat notis yang menyatakan kucing itu duduk di tingkat berapa supaya memudahkan orang ramai.
Orang ramai turut berasa geli hati melihat corak pada mukanya yang seperti rambut dibelah tengah, malah matanya yang sedikit juling. Comel betul!
Seorang lagi individu pula mempersoalkan sama ada kucing itu benar-benar mahu pulang ke rumah atau sebenarnya mahu berjumpa buah hatinya hehe.










Kucing Haiwan Yang Gemar Merayau, Boleh Merayap Sampai 3km
Menjadi satu kebiasaan buat seekor kucing untuk merayap di sekitar kawasan rumahnya jika dia dibiarkan lepas dan tidak dikurung, terutamanya kucing jantan yang belum dimandulkan kerana mahu mencari pasangan.
Menurut Pet Plan United Kingdom, selalunya kucing hanya merayau sekitar 40 hingga 200 meter dari rumah.
Jadi tak pelik la si bulus tadi boleh turun ke tingkat bawah kalau tuannya yang biarkan dia keluar dari rumah.
Terdapat juga kucing yang boleh merayap sehingga 3km, lebih-lebih lagi buat mereka yang duduk di kawasan ladang.
Malah satu video TikTok yang pernah tular pada 2024 menunjukkan seekor kucing Oyen yang berjalan sejauh 15km dari rumah ke sekolah tempat pemiliknya mengajar. Jauh betul!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Minggu Tak Balik Rumah, Oyen Kantoi Lepak Kat Kantin Sekolah!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Macam Kerja Offshore! Kucing Tersadai Hampir 2 Bulan Atas Kapal Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Penting Semak Testis Kucing Jantan Sebelum Dimandulkan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



