Now Reading
Orang Ramai Kongsi Idea Doorgift Kahwin Bermanfaat Yang Tak Akan Dibuang Para Tetamu

Orang Ramai Kongsi Idea Doorgift Kahwin Bermanfaat Yang Tak Akan Dibuang Para Tetamu

Ramai juga bakal pasangan pengantin yang pening kepada memikirkan doorgift paling sesuai diberikan kepada jemputan mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang bakal melangkah ke alam rumah tangga tidak lama lagi, antara persiapan sedang dilakukan sekarang adalah majlis kenduri kahwin tidak kiralah bagi sebelah lelaki mahupun perempuan.

Proses merancang dan merealisasikan hari istimewa impian pengantin ini sudah tentu antara fasa dinantikan oleh mereka.

Namun tidak dapat dinafikan ia boleh membuatkan anda pening kepala untuk membuat keputusan tentang sesuatu pilihan sebagai contoh doorgift buat para tetamu.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Checklist Serta Prosedur Nikah PKP Buat Bakal Pengantin Lelaki & Perempuan

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tips ‘Extra’ Untuk Persediaan Majlis Sanding Buat Bakal Pengantin. Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Persoal, Tu Hari Special Dia” – Ramai Beri Pandangan Tentang Topik ‘Intimate Wedding’

Idea Doorgift Kahwin Yang Berguna Buat Para Jemputan

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads dikenali sebagai Kak Nor telah bertanya kepada orang ramai tentang tips agar jemputan tidak membuang doorgift kahwin yang diberikan tuan rumah.

View on Threads

Persoalan itu nyata mendapat perhatian ramai selepas wanita berkenaan menerima sebanyak 400 balasan dari para netizen. Buat mereka yang sedang memikirkan hadiah doorgift terbaik bagi majlis anda nanti, jom baca idea-idea dari warganet ini.

#1. Makanan Atau Minuman

Antara cadangan paling ramai orang beri adalah minuman dan makanan sebagai contoh manisan. Kalau difikirkan secara logik, siapa je tidak suka makan?

Malah sesetengah kalangan masyarakat sekarang dilihat tidak kisah untuk beratur panjang asalkan mereka dapat makanan yang diidamkan itu. Ini kan pula jika diberi secara percuma, sudah tentu para jemputan akan suka.

“Setakat ni makanan memang zero waste contohnya kek moist chocolate dan brownies. Makan terus habis, tak membazir sama sekali,” kata seorang wanita.

Jika majlis itu mempunyai ramai jemputan di kalangan orang dewasa, anda boleh memilih untuk menyediakan bungkusan snek, kerepek atau pun biskut.

Sumber: Kad Kahwin Cun
#2. Barang Yang Selalu Digunakan Dalam Rutin Harian

Dalam sesetengah kes, kita terlalu berfikir di luar kotak tentang idea doorgift kahwin, walhal pada hakikatnya ramai lebih menggemari barangan yang simple dan tidak terlampau rumit.

Ramai dilihat mencadangkan barangan-barangan yang kerap digunakan oleh seseorang dalam rutin harian sebagai contoh tisu, tisu basah, set penjagaan kuku, tuala serba guna dan banyak lagi.

Ia dalam masa sama adalah lebih murah berbanding doorgift yang lain.

Sumber: Dweetcard/Shopee
#3. Sejadah Mini

Sejadah mini atau sejadah muka juga antara doorgift yang mula mendapat perhatian ramai.

Hal ini kerana ramai yang hanya mempunyai sejadah saiz besar yang sesuai digunakan di rumah dan bukannya bersaiz mini untuk dibawa ke mana-mana.

Sumber: Facebook Cute Creative Creation/Caraousell

Menurut pengendali akaun Kini Berita, selain membuatkan si penerima gembira, tuan rumah juga akan mendapat pahala jika sejadah itu digunakan untuk tujuan solat.

Sumber: Threads
#4. Cawan Ikea

Seperti yang kita tahu, banyak produk IKEA adalah mampu milik dan perkara penting yang paling dititikberatkan oleh pasangan pengantin adalah mahu jimat kos tetapi dalam masa memberikan doorgift terbaik buat jemputannya.

Ramai di kalangan pengguna Threads bersetuju bahawa cawan ikea yang simple adalah doorgift sesuai iaitu tuan rumah hanya perlu beri satu gelas kaca kepada seorang tetamu.

Sumber: Instagram (@sueceodoorgift)/IKEA

Jika anda tidak mahu hadiah itu kelihatan terlalu kosong, ramai juga yang meletakkan telur di dalamnya berbanding menggunakan gubahan bunga.

Jika berminat, anda boleh dapatkannya [DI SINI].

#5. Ramuan, Bahan Atau Rencah Masakan

Kalau dahulu orang lebih memilih doorgift yang cantik, tetapi sekarang kualiti dan sejauh manakah barangan itu digunakan adalah perkara paling utama.

Antara fenomena kenduri kahwin sekarang adalah tuan rumah suka memberikan ramuan, bahan atau rencah masakan.

Sumber: Yakin Sedap

Kalau doorgift macam ini, confirm para ibu dan suri rumah di luar sana berasa teruja. Seperti sebelum ini, ada juga yang menghadiakan tetamu goodies pokok herba.

Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Tetamu Dapat Goodies Pokok Herba Di Kenduri Kahwin [Video]

Antara barangan lain yang selalu dijadikan doorgift adalah seperti berikut:

  • Serbuk kopi
  • Tepung
  • Bungkusan mi kuning
  • Mi segera
  • Sos cili
  • Kicap
  • Beras
  • Roti
  • Kordial
Sumber: Shopee
#6. Buku Surah Yasin Atau Tasbih

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Ekin, buku surah Yasin adalah sangat bermanfaat sekiranya berlaku kematian tidak kira keluarga atau kenalan rapat. Surah Yasin itu juga diperlukan dalam kuantiti yang banyak semasa peristiwa sebegitu berlaku.

Selain itu, ada juga di antara kita yang suka meletakkan buku surah Yasin di dalam beg tangan agar boleh dibaca ketika waktu lapang.

Tasbih antara doorgift ringan yang lain dan mudah dikendalikan serta diberikan kepada para tetamu.

Sumber: Buku Yasin Custom
#7. Beg Kitar Semula

Banyak premis perniagaan kini tidak lagi menyediakan plastik untuk pembeli. Oleh disebabkan itu, ramai yang mula membawa beg kitar semula sendiri daripada rumah dan meletakkannya di dalam kereta bagi tujuan kecemasan.

Ianya ringan, mudah dilipat, dan sesuai untuk diberikan kepada jemputan. Apa yang lebih best, mereka boleh menggunakannya berulang kali.

Sumber: Facebook Syakirah Mat/GiftGood

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Plastik Di 8,000 Premis Perniagaan Bermula 1 Oktober 2024

Elak Beri Doorgift Ini Kepada Tetamu

Jika anda perasan, ramai yang suka meletakkan ukiran nama pada doorgift yang diberi dan segelintir individu sebenarnya tidak suka menggunakan produk yang mempunyai nama orang lain.

Sebagai contoh hiasan atau deko rumah berserta nama atau gambar pasangan pengantin.

Sumber: Temu/Product Nation

Agak janggal untuk dihiasi di rumah sendiri dalam satu jangka masa yang lama. Kalau anda mahu ia custom made, cukuplah meletakkan nama anda pada bungkusan doorgift berkenaan dan bukan pada produknya.

Baca Artikel Berkaitan: Doorgift & Menu Kenduri Kahwin/Open House Yang Menarik. Dapat Timun Pun Ada!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd