“Mesti Parents Dia Bangga” – Ibu Ayah Enjoy View KL Dari Pejabat Anak Buat Ramai Tersentuh
Si ibu dan bapa itu telah melawat pejabat anak yang terletak di Q Sentral dan menikmati pemandangan ibu kota pada tingkat 33A, Sky Garden.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seperti semua tahu, ibu bapa adalah dua insan terdekat yang telah mengajar anak mereka selok-belok kehidupan daripada bayi sampai sudah meningkat dewasa.
Impian mereka sudah tentu untuk melihat sendiri depan mata anak-anak kesayangan membesar dengan baik, dan berjaya di dunia serta akhirat.
Apabila sudah ke alam pekerjaan pula, pastinya ramai golongan anak yang mahu membalas jasa orang tua yang sudah banyak berkorban demi mereka.
Ibu Bapa Teruja Lawat Pejabat Anak Di Q Sentral, KL
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@anerckej) apabila seorang wanita berkongsi momen ibu bapa yang sedang melawat pejabat kakaknya di Q Sentral, Kuala Lumpur.
Menerusi video perkongsian, ibu bapanya dilihat mengukirkan senyuman selepas melepasi pagar keselamatan menggunakan kad pelepasan bagi tetamu di pejabat berkenaan seolah-olah teruja dengan tour tempat kerja itu.
Mereka kemudiannya menaiki lif dan menuju ke tingkat 33A bagi menikmati pemandangan luas bandar Kuala Lumpur di bahagian Sky Garden.
Untuk info, Sky Garden adalah satu ruang terbuka dengan reka bentuk open-to-the-sky yang unik. Di sana, para pekerja atau tetamu boleh menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan ibu kota berkenaan.
Taman tersebut turut dilengkapi dengan tanaman hijau sesuai buat pekerja yang mahu melakukan perjumpaan dan perbincangan singkat.
Ibu Bapa Gembira Dapat Lawat Tempat Kerja Anak
Dalam hantaran sama, kelihatan ibu bapa wanita itu tersenyum dan santai berjalan-jalan di sana sambil menikmati pemandangan yang mahal itu.
Tambah pula dengan langit biru dan berangin pada waktu tersebut, memang ‘vibe’. Siap bergambar lagi berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur.
“Bawa mak ayah jalan-jalan tengok view Kuala Lumpur dari office kakak 🫶🏼🥹✨ Dan reaksi mereka sangat priceless,” katanya di ruangan kapsyen.
@anerckej Bawa mak ayah jalan2 tengok view Kuala Lumpur dari office kakak 🫶🏼🥹✨ And their reaction was priceless 😭🫶🏼 #kualalumpur ♬ เสียงต้นฉบับ – kittikmr – veesun95
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Sebak Lihat Ibu Bapa Gembira Lihat Tempat Kerja Anak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai teruja melihat ibu bapa yang begitu seronok menyaksikan pemandangan KL dari pejabat anak itu.
“Ibu bapa ni memang dia suka tengok tempat kerja kita. Pejabat aku walaupun tak ada pemandangan KLCC, kadang-kadang mama ajak ronda office. Tak masuk pun tak apa. Ronda depan pagar je,” kata seorang netizen.
Malah ramai juga yang tersentuh melihat reaksi wajah ibu bapa yang bangga dengan kejayaan anak mereka.
“Lega mak ayahnya dapat tengok tempat kerja anak selesa macam ni,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada netizen yang berkata program bagi membawa ibu bapa dan penjaga melawat ke tempat kerja anak adalah sangat bagus dan patut dijadikan satu norma.
“Syarikat saya ada buat (program) bawa anak-anak ke pejabat. Mungkin kena bawa ibu bapa sekali,” kata seorang wanita.








Bapa Terharu Anak Hadiahkan Telefon Baharu
Setiap golongan anak menunjukkan penghargaan dengan cara yang berbeza buat ibu bapa mereka. Sebelum ini, seorang wanita telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit baharu untuk ayahnya.
Katanya, telefon yang digunakan bapanya sebelum ini sudah rosak dan telefon sementara yang dipakai pula cepat habis bateri. Selain itu, simpanan memori telefon yang sudah penuh juga menyebabkan bapanya tidak lagi boleh merakam foto dan video kenangan menggunakan gajet tersebut.
Bagi menggembirakan hati bapanya, wanita ini membeli telefon baharu dari jenama Realme C75. Senyuman itu sahaja dapat menggambarkan perasaan si bapa yang terharu dengan hadiah daripada anaknya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Hadiahkan Telefon Baru, Reaksi Si Ayah Bikin Ramai Terharu
Baca Artikel Berkaitan: “Mommy Bangga” – Foto Suntingan Graduasi Zayn Rayyan Bersama Ibu Undang Sebak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Lama Asyik Rosak, Adik-beradik Pakat Hadiahkan Ibu Bapa Proton Saga Baharu Raih Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.