“I Terus Halau Dia” – Dr Malar Suruh Staf Balik Sebab Hidap Selesema
Doktor perubatan itu juga tidak membenarkan kakitangannya untuk bekerja sewaktu cuti sakit (MC) walaupun dikejar oleh klien.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi seorang pekerja yang jatuh sakit, ketidakhadirannya ke tempat kerja haruslah disertakan dengan surat sakit (MC) yang diterima dari doktor perubatan berlesen.
Pun begitu, terdapat juga segelintir doktor yang tidak mahu mengemukakan surat sakit kepada individu terbabit mungkin kerana kesakitan yang dialami dianggap remeh dan mereka kelihatan masih mampu untuk bekerja.
Seorang doktor perubatan bagaimanapun berkongsi pengalaman berhadapan dengan pekerjanya yang mengalami flu atau selesema dan masih hadir ke pejabat.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Hantar MC!” – Lelaki Kongsi Pengalaman Sakit Ketika Bekerja Di Jepun
Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Hak Pekerja Yang Anda Perlu Ambil Tahu. Nombor 4 Paling Penting!
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Ambil MC, Tapi Selamba Keluar Jalan-jalan?
Seluruh Pejabat Boleh Dijangkiti Selesema Dari Seorang Individu
Menerusi hantaran di Threads, doktor perubatan Dr Malar Santhi berkata sedemikian setelah menerima komen dari seorang individu yang mempersoalkan saranannya agar doktor tidak menyuruh pesakit yang menghidap selesema untuk ke tempat kerja.
Ini kerana keadaan sedemikian boleh menyebabkan seluruh pejabat turut dijangkiti selesema, manakala diri mereka sendiri tidak dapat bekerja dengan cekap.
Katanya lagi, mungkin selesema kelihatan remeh namun bekerja selama lapan jam di hadapan komputer adalah amat menyeksakan.
Dr Malar Suruh Pekerja Pulang & Ambil MC Sebab Hidap Selesema
Berdasarkan pengalamannya sendiri, Dr Malar berkata dia sebelum ini pernah meminta kakitangannya untuk pulang ke rumah walaupun hanya menghidap selesema.
Menurutnya, dia telah dijangkiti apabila pekerjanya itu masih bekerja di pejabat buat beberapa jam walaupun sudah diminta balik.
“Saya kena makan ubat dan gagahkan diri untuk bagi satu ucapan. Sewaktu bagi ucapan tak rasa sakit, tapi bila hadap komputer rasa sakit kepala macam nak pengsan,” katanya.
Tambah Dr Malar, dua minggu kemudian seorang lagi kakitangannya masuk ke pejabat dengan memakai pelitup muka.
“I terus halau dia suruh balik. Separuh hari tu dia buat kerja di rumah dan keesokan harinya dia MC.
“Masa MC dia mesej lagi minta luluskan proposal sebab klien kejar. Saya cakap saya tak akan luluskan dan suruh bagitahu klien dia tengah MC,” katanya.

Walaupun Simptom Dianggap Remeh, Namun Boleh Sebabkan Sakit Badan Teruk
Dr Malar juga berkata kakitangannya berada dalam keadaan yang penuh bertenaga dan bersemangat seperti biasa apabila kembali bekerja keesokan harinya.
“Nampak tak. Saya izinkan kakitangan saya berehat sewaktu sakit. Tiada sebarang kerugian dan mereka dapat sembuh dengan lebih baik,” ujarnya.
Dia yang juga merupakan seorang pempengaruh menerangkan bahawa simptom pada hari pertama mungkin kelihatan tidak teruk di mata orang ramai, tetapi badan boleh terasa sakit sehingga tidak tertahan.
Di samping itu, dia memberi saranan agar majikan membenarkan kakitangan rehat dan sembuh supaya dapat kembali ke tempat kerja dengan lebih kuat dan lebih gembira.

Baca hantaran penuh [DI SINI].
Dr Malar Beri MC 1 Hari Kepada Pesakit Yang Alami Simptom Selesema
Menjawab persoalan yang ditujukan kepadanya, Dr Malar berkata dia akan memberi pesakitnya MC selama satu hari jika hanya mengalami selesema tanpa batuk, demam atau kontak rapat positif Influenza.
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Undang Maut, Ramai Tak Sedar Alami Influenza Kerana Gejala Seakan Covid-19
Dia juga akan menyarankan pesakit untuk kembali ke klinik jika simptom berlanjutan atau menjadi semakin serius.
Sebaliknya jika simptom berkurangan, dia boleh ke tempat kerja namun dinasihati agar memakai pelitup muka, mengelakkan tempat yang sesak dan memantau kesihatan diri sehingga tujuh hari.
Dalam pada itu, Dr Malar turut mempersoalkan sifat sesetengah individu yang gemar menganggap seseorang hanyalah memalsukan simptomnya.
AL Dianggap Tidak Diguna Jika MC Diambil Pada Hari Sama
Apabila anda jatuh sakit dan menerima MC daripada doktor, sudah tentulah tidak perlu hadir lagi ke pejabat. Tapi bagaimana pula jika anda diberi MC pada hari sama cuti tahunan (AL) diminta?
Menurut seorang Pakar Perunding Bahagian Sumber Manusia sebelum ini, Seksyen 60 E Akta Kerja 1955 menjelaskan bahawa AL tersebut perlu digantikan kepada hari lain jika seseorang berdepan situasi sedemikian.
Berdasarkan akta terbabit, walaupun seorang pekerja yang telah mendapatkan AL berbayar, dia masih mempunyai hak untuk menerima MC atau cuti bersalin (Maternity Leave).
Manakala AL yang telah diambil terlebih dahulu dianggap sebagai belum digunakan bagi hari-hari di mana pekerja menerima MC atau cuti bersalin.
Malah menurut subseksyen 60D, seorang pekerja yang menerima MC pada hari sama kelepasan umum perlu diberikan cuti lain sebagai ganti.
Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Terima MC Ketika Sedang Cuti Tahunan?
Baca Artikel Berkaitan: Individu Beli MC Palsu Dianggap Satu Kesalahan Rasuah – SPRM
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.