Now Reading
“Lembut Je Tegur” – Ramai Puji Petugas Hutan Mesra Dengan Pengunjung

“Lembut Je Tegur” – Ramai Puji Petugas Hutan Mesra Dengan Pengunjung

Difahamkan, dia menegur beberapa pengunjung kerana peraturan di kawasan tersebut yang tidak membenarkan sebarang pembakaran terus di permukaan tanah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah jadi lumrah, mana-mana kawasan hutan rekreasi akan ada individu yang ditugaskan untuk meronda serta memastikan persekitaran kekal terpelihara. Kebiasaannya mereka dikenali tegas dan berdisiplin demi menjaga kelestarian alam.

Walaupun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ada antara mereka yang tetap mampu menegur pengunjung dengan cara yang santai serta penuh berhemah. Sesetengahnya malah disukai pengunjung kerana bersikap mesra dan tidak memarahi secara terbuka.

Seperti dalam satu kejadian yang tular baru-baru ini, keperibadian seorang petugas hutan telah menjadi perhatian apabila dia dengan tenang dan ramah menegur pengunjung yang berkelah sambil memasak di tebing sungai.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Anda Sesat Dalam Hutan Seorang Diri?

Baca Artikel Berkaitan: Raih 6.4 Juta Views, Lelaki Ini Dedah ‘Spot’ Yang Perlu Dielak Waktu Masuk Hutan. Bahaya!

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Hobi Baru? Wanita Ini Kongsi Pengalaman ‘Trekking’ Dalam Hutan Simpan

Petugas Hutan Tegur Cara Membakar Yang Tidak Selamat

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@guidedbykook), seorang petugas hutan berkongsi pengalaman semasa rondaan hariannya.

Ketika melalui kawasan tebing sungai, dia mendapati beberapa pengunjung sedang berkelah dan menyalakan unggun api di atas tanah untuk memasak.

Menurutnya, peraturan di kawasan tersebut tidak membenarkan sebarang pembakaran terus dari tanah. Sebaliknya, pengunjung digalakkan menggunakan peralatan khas seperti dapur mudah alih atau pemanggang.

Ini kerana pembakaran atas tanah boleh menyebabkan haba dan bara menjalar secara senyap di bawah tanah. Apa yang menarik perhatian, dia tetap menegur dalam nada mesra dan tidak menimbulkan ketegangan.

Malah, petugas itu turut memuji kumpulan lain yang menggunakan peralatan memasak yang sesuai. Salah seorang pengunjung dilihat turut mempelawanya minuman sebagai tanda terima kasih atas tegurannya yang sopan.

https://www.tiktok.com/@guidedbykook/video/7516527892982025479?_r=1&_t=ZS-8xHabcKoZU8
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Sokong Pendekatan Mesra Tapi Tegas

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji tindakan petugas hutan tersebut yang memilih pendekatan lembut dan berhemah.

Ada yang mengatakan bahawa pendekatan sebegitu lebih memberi kesan kepada kesedaran pengunjung berbanding marah atau menengking.

Seorang pengguna turut berkongsi ilmu bahawa api boleh menjalar bawah tanah dan menyebabkan kebakaran lambat yang sukar dikesan, terutamanya di kawasan tanah gambut.

Sumber: TikTok @guidedbykook
Sumber: TikTok @guidedbykook

Ada juga yang menyebut, prinsip asas menjaga hutan ialah jangan sesekali membakar atas tanah tanpa alas yang sesuai.

Sumber: TikTok @guidedbykook

5 Cara Ringkas Jaga Hutan Semasa Aktiviti Membakar

Sumber: Pexels

Untuk info, ada beberapa amalan penting yang boleh diamalkan orang awam agar tidak menjejaskan keselamatan dan ekosistem hutan semasa berkelah atau berkhemah.

Antara cara menjaga hutan semasa aktiviti memasak atau membakar ialah:

  1. Buang Sampah Di Tempat Sepatutnya
    Jangan tinggalkan sisa makanan, plastik atau arang di kawasan hutan. Sampah boleh mencemarkan sungai dan menarik haiwan liar.
  2. Guna Alat Khas Untuk Membakar
    Elak nyalakan api terus atas tanah, guna dapur mudah alih atau pemanggang. Ini membantu mengawal haba dan bara daripada merebak.
  3. Pastikan Api Padam Sepenuhnya
    Siram api dengan air dan pastikan tiada bara sebelum beredar. Jangan tinggalkan kawasan selagi ada asap atau bara.
  4. Bakar Jauh Dari Pokok Atau Daun Kering
    Pilih kawasan lapang untuk elak risiko api merebak. Elakkan juga membakar berhampiran akar pokok yang terdedah.
  5. Ikut Arahan dan Tanda Amaran
    Patuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan bersama. Arahan ini biasanya berdasarkan penilaian risiko semasa.

Jika anda merancang aktiviti berkelah atau berkhemah dalam hutan, pastikan anda peka dengan peraturan dan sentiasa utamakan keselamatan bersama. Setiap tindakan kecil mampu beri kesan besar pada alam sekitar.

Baca Artikel Berkaitan: Hutan Simpan Kekal Di Selangor Bakal Dibuka Semula Sabtu Ini, 5 Februari

Baca Artikel Berkaitan: Hutan Simpan Kekal Di Selangor Dibuka Semula Mulai 1 Februari Ini

Baca Artikel Berkaitan: Hutan Simpan Kekal Di Selangor Ditutup 3 Bulan Untuk Pendaki Mulai November


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd