Now Reading
“Allah Pilih Sebab Tahu Kami Mampu” – Kegigihan Lelaki OKU Penghantar Makanan Bikin Ramai Sebak

“Allah Pilih Sebab Tahu Kami Mampu” – Kegigihan Lelaki OKU Penghantar Makanan Bikin Ramai Sebak

Berdasarkan video yang dikongsi, lelaki kurang upaya itu kelihatan kudung kaki kanan dan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang mempunyai ujian masing-masing yang didatangkan kepadanya oleh Allah SWT, termasuklah individu yang mengalami kecacatan.

Walaupun tidak sempurna dari segi fizikal, masih ramai daripada mereka yang semangat berusaha demi mendapatkan rezeki yang halal dalam menjalani kehidupan seharian.

Kegigihan mereka ini seharusnya menjadi satu bentuk pengajaran dan peringatan buat orang ramai bahawa kekurangan yang dialami bukanlah suatu penghalang.

Baca Artikel Berkaitan: “Sempurna Di Sisi Allah” – Ramai Puji Lelaki Sakit Saraf Gigih Hafal Surah Ar-Rahman

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Kagum Lihat Lelaki OKU Penglihatan Ini ‘Nikmati’ Keindahan Alam Dengan Cara Tersendiri

Baca Artikel Berkaitan: “Mahu Alasan Apa Lagi?” – Tular Lelaki OKU Serba Kekurangan Tunai Solat Buat Ramai Sebak [Video]

Lelaki Kudung Kaki Sebelah Gigih Hantar Pesanan

Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi hantaran di TikTok (@ombaklindu) apabila kelihatan seorang lelaki yang kudung sebelah kakinya masih gigih melakukan pekerjaan.

Dia yang menggunakan tongkat untuk berjalan dipercayai merupakan seorang runner penghantar makanan berdasarkan uniform dipakai.

Kelihatan juga dia membawa dua beg plastik yang mengandungi makanan dan minuman, mungkin pesanan yang perlu dihantar olehnya.

“Saya doakan abang sihat selalu, dimurahkan rezeki. Sebelum abang ni lalu aku betul-betul tengah down.

“Abang buatkan saya rasa bangkit semula dari down. Yang mana sihat tak bekerja tu, tengok betapa kuatnya abang ni,” kata wanita itu.

@ombaklindu Abg panda Saya doa kan abg sehat selalu di murah kan rezeki 🤲🏻🤲🏻 sebelum abg ni lalu aku betul2 tgh down😔 abg buat kan sy rasa bangkit semula dr down😭 #Fyp yg mana sehat tak bekerja tu tgk betapa kuat nya abg ni #foodpanda #runner #belajarbersyukur ♬ Hujan Tangis – Ziell Ferdian

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Sebak Lihat Lelaki OKU & Mahu Berkongsi Rezeki

Video yang memaparkan kesungguhan lelaki itu telah meraih satu juta tontonan dengan ramai yang berasa sebak dan insaf dengan keadaan diri sendiri yang serba lengkap.

Para pengguna media sosial berkata individu sedemikian yang sepatutnya diberi bantuan zakat berbanding mereka yang sempurna tubuh badan dan sihat fizikalnya.

Ramai juga yang meminta nombor telefon lelaki itu dipercayai kerana mahu memberi bantuan kepadanya.

Seorang individu berkata dengan bantuan oleh orang ramai, tidak mustahil jika dia dapat membeli kaki palsu.

Di samping itu, seorang kurang upaya turut berkongsi pengalamannya menjadi penghantar makanan.

“Hidup ini bukan mudah. Tapi Allah SWT pilih sebab tahu kami mampu,” katanya.

Sumber: TikTok

Kekurangan Fizikal Bukan Penghalang Untuk Beribadah

Kegigihan individu OKU dalam menjalani kehidupan seharian sepatutnya menjadi satu teguran buat mereka yang masih sempurna fizikalnya, apatah lagi dalam melakukan ibadah yang diwajibkan.

Seperti sebelum ini, tular video yang menunjukkan cara seorang lelaki OKU penglihatan mencari pintu masuk ke surau.

Satu lagi video pula memaparkan tindakan seorang individu OKU yang mengalami masalah pada bahagian kakinya berguling masuk ke dalam masjid.

Ternyata kekurangan yang dialami oleh golongan ini tidak menjadi penghalang buat mereka menunaikan ibadah, termasuklah untuk ke masjid.

Malah, individu OKU fizikal juga diberi rukhsah untuk solat seperti solat secara duduk, baring dan menggunakan mata sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Tersentuh Wanita Kongsi Cara Suami OKU Penglihatan Cari Surau

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki OKU Berguling Masuk Ke Masjid Untuk Solat Jemaah Undang Sebak Orang Ramai [Video]

Pemuda OKU Berniaga Air Minuman Botol Di Seremban

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan kurang upaya sama ada dari segi fizikal mahupun mental, masih bersemangat mencari rezeki halal walaupun diuji dengan kekurangan sedemikian.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pemuda OKU yang berniaga air minuman botol berhampiran sebuah pasar raya di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Dia kelihatan membawa kesemua bahan jualannya hanya dengan menggunakan motosikal.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] OKU Jual Air Botol Guna Motor, Usaha Lelaki Ini Cari Rezeki Raih Pujian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd