Now Reading
[Video] Aksi Lelaki Bantu Selamatkan Smartphone Pelancong Jatuh Dalam Laut Raih Pujian Ramai

[Video] Aksi Lelaki Bantu Selamatkan Smartphone Pelancong Jatuh Dalam Laut Raih Pujian Ramai

Difahamkan pada awalnya, tiada yang berani menawarkan bantuan kerana air laut sedang pasang dan kawasan berhampiran jeti di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian itu berbahaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Percutian ke pulau merupakan salah satu destinasi pilihan buat orang ramai untuk healing sambil menikmati keindahan alam sekitar.

Apabila menaiki bot untuk ke pulau, orang ramai diingatkan agar berhati-hati dengan barangan peribadi seperti dokumen pengenalan diri dan telefon pintar supaya tidak terjatuh pula ke dalam laut.

Namun malang tidak berbau, itulah yang dihadapi oleh seorang pelancong dari luar negara ketika berkunjung ke Kampung Nelayan di Pulau Perhentian, Terengganu.

Baca Artikel Berkaitan: Pulau Tioman, Bali, Bangkok & 7 Lagi Destinasi Terbaik Asia 2025 Menurut Agoda

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mat Saleh Dari Scotland Anggap Pulau Tioman Lagi Best Dari Pulau Maldives

Baca Artikel Berkaitan: Langkawi Diiktiraf Sebagai Pulau Kedua Terbaik Di Asia, Bali & Phuket Pun Kalah!

Telefon Pintar Pelacong Asing Jatuh Ke Dasar Laut Di Pulau Perhentian

Menurut perkongsian oleh syarikat pembekal khidmat pelancongan di Perhentian menerusi TikTok (@perhentian_qalynn), ombak yang kuat menyebabkan seorang wanita yang merupakan pelancong asing terjatuh ke dalam air sewaktu mahu naik ke bot dari atas jeti.

“Satu jeti tertumpu dekat dia masa dia jerit. Kesian sangat. Kaki satu atas bot, satu atas jeti, ombak kuat menghempas bot dia jatuh tak sempat berpijak dekat bot,” katanya.

Situasi itu menyebabkan pasport wanita terbabit basah terkena air, manakala telefon pintarnya tenggelam sehingga ke dasar laut.

Orang ramai pada mulanya hanya melihat sahaja situasi itu dan tidak cuba membantu wanita berkenaan mendapatkan telefon pintarnya.

Katanya, ini mungkin kerana keadaan air pasang ketika itu dan kawasan berkenaan yang berbahaya.

“Tak semua orang nak turun dekat sini sebab bahaya kawasan bot turunkan dan ambil pelancong. Risau bot tak perasan,” jelasnya.

@perhentian_qalynn Satu jeti tertumpu dekat dia masa dia jerit, kesian sangat, kaki satu atas bot , 1 atas jeti, last2 ombak kuat menghempas bot, dia jatuh tk sempat berpijak dkt bot Basah passport & henfon tenggelam terus ke dasar, ramai tengok je time nii 🥹 Tak ada video dia bergantung dekat bot , badan dkt dlam air , tpi tak sempat rakam sebab semua tgh panik. #pulauperhentian #kgnelayan #qalynn ♬ original sound – viralmusichitsofficial

Tonton video penuh [DI SINI].

Staff Ala Holiday Berjaya Dapatkan Semula Telefon Pintar

Seorang kakitangan dari syarikat Ala Holiday kemudiannya telah membantu untuk mencari telefon pintar wanita itu dengan menyelam ke dasar lautan.

Difahamkan dia akhirnya berjaya menemukan peranti berkenaan setelah dua kali menyelam, dan menerima sorakan dari orang ramai yang turut gembira dengan situasi tersebut.

Wanita itu turut menjerit kegembiraan serta mengucapkan terima kasih dan “I love you” kepada lelaki yang membantu mendapatkan semula telefon pintarnya, yang masih dalam keadaan on ketika itu.

“Sanggup bergadai nyawa seikhlas hati tanpa pinta sebarang bayaran. Walaupun ramai je boatmen dan guide dari syarikat lain waktu ini,” katanya.

@perhentian_qalynn Replying to @Miiara ♬ original sound – 🫧🪸QALYNN🪸🫧

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Aksi Lelaki Sanggup Gadai Nyawa Demi Bantu Pelancong Asing

Di ruangan komen, warganet memuji aksi berani lelaki berkenaan yang sanggup menyelam ke lautan demi mencari telefon pintar yang tenggelam di dasar lautan itu.

Segelintir daripada mereka juga berkongsi pengalaman menggunakan khidmat Ala Holiday dan mengucapkan kata-kata penghargaan.

Ada juga yang berpendapat pelacong asing itu sepatutnya memberi sedikit upah kepada lelaki yang membantunya.

“Daripada nak keluar duit beli phone baru, baik cakap I love you. Satu sen pun tak rugi,” seloroh seorang individu.

Dalam masa sama, beberapa pengguna media sosial berkata peranti itu pasti akan rosak kerana terjatuh ke dalam air laut.

Namun seorang individu berkata walaupun telefon pintar mungkin tidak boleh digunakan lagi, kad memori di dalam peranti itu masih boleh diselamatkan.

Sumber: TikTok

Apa Perlu Buat Jika Phone Jatuh Dalam Air?

Untuk info, peranti yang jatuh ke dalam air laut boleh menjadi berkarat dan mengalami kerosakan akibat kandungan garam tinggi.

Bagi kes telefon pintar yang jatuh ke dalam laut, anda disarankan agar segera membawanya ke pusat servis atau kedai untuk dibaiki.

Berdasarkan artikel oleh The Guardian, berikut merupakan kaedah yang boleh dilakukan jika telefon pintar dimasuki air:

  1. Segera matikan telefon pintar dan jangan tekan mana-mana butang.
  2. Bagi telefon yang tahan air (water resistant), jika ia terkena cecair selain air biasa, rendamkan di dalam air paip untuk bilas.
  3. Keringkan telefon dengan tuala lembut.
  4. Goncangkan telefon perlahan-lahan untuk keluarkan air dari dalam tempat cas.
  5. Keluarkan kad SIM.
  6. Jika ada, gunakan semburan udara aerosol untuk keluarkan air. Jangan guna mesin pengering kerana ia boleh merosakkan skrin.
  7. Keringkan telefon di hadapan kipas.
  8. Letakkan telefon di dalam bekas kedap udara yang diisi bahan pengering seperti gel silika.
  9. Jangan cas telefon sehingga anda pasti ia telah kering sepenuhnya.

Namun jika telefon pintar masih tidak boleh dihidupkan setelah lakukan langkah-langkah di atas, segera dapatkan khidmat profesional.

Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Tak Boleh Letak iPhone Basah Dalam Beras, Ini Cara Betul Yang Apple Kongsikan

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Solo Trip 4H3M Ke Pulau Semporna, Sabah. Baru Betul ‘Healing’ Ya!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cuaca Bertukar Buruk Ketika Aktiviti Jetski, Pelancong Terkandas Di Tengah Laut Hampir 30 Minit


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd