“Betul Ke Dia Bomba?” – Aksi Anggota Larikan Diri Dari Monyet Bikin Ramai Geli Hati
Anggota berkenaan mungkin terkejut apabila monyet terbabit melompat keluar dari dalam bahagian bonet sebuah kereta.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Konflik antara hidupan liar dan manusia bukanlah sesuatu yang jarang berlaku, meskipun di tengah-tengah bandar.
Seperti yang dilaporkan semalam (16 Jun), pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul telah mengeluarkan seekor ular sawa daripada bahagian dalam bonet kereta.
Namun siapa sangka selain kucing, tupai dan ular, seekor monyet juga boleh tersesat masuk ke dalam bahagian enjin kereta itu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ada Surat Minta Call Bomba, Rupanya Ular Sawa Tersesat Dalam Bonet Kereta
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pusat Servis Kereta Terpaksa ‘Bedah’ Kereta Untuk Cari Punca Bau Busuk
Baca Artikel Berkaitan: “Dari KL Ke TTDI” – Aksi Monyet ‘Tumpang’ Kereta Raih Pelbagai Reaksi
Bomba Keluarkan Monyet Dari Dalam Bonet Kereta
Itulah yang dapat disaksikan menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok (@laklooi) dipercayai milik seorang anggota bomba.
Kelihatan beberapa anggota bomba sedang mengelilingi sebuah kereta Toyota dengan bonet terbuka. Salah seorang daripada mereka telah mengalihkan satu panel di bahagian enjin berkenaan.
Kemudian, seorang anggota bomba menggunakan batang yang panjang untuk mengusik monyet yang sedang berada di bahagian bawah enjin kereta tersebut.
Mungkin berasa takut, akhirnya monyet itu keluar dari dalam bonet kereta sebelum melompat naik ke atas atap zink garaj berkenaan.
Anggota Bomba Lari Lepas Terkejut Monyet Keluar Dari Dalam Bonet
Di sebalik kesungguhan para anggota bomba mengeluarkan monyet daripada dalam bonet kereta itu, aksi salah seorang mereka ternyata telah mencuit hati warganet.
Dia yang pada mulanya cuba menjenguk monyet di dalam bonet kereta itu, segera lari bertempiaran sebaik sahaja haiwan liar itu melompat keluar.
Dengan panel bahagian enjin kereta masih berada di tangannya, dia melarikan diri sehinggalah ke luar pagar di premis berkenaan.
“Tak takut pun, terkejut je. Ingat dia nak lawan dengan kita,” tertulis di ruangan kapsyen video tersebut.
@laklooi Xtakut pon terkejut je , ingt dia nk fight dgn kita 😌 #fyp #4upage ♬ QKThr – Aphex Twin
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Terhibur Lihat Abang Bomba Lari Dari Monyet
Rata-rata pengguna media sosial berasa geli hati melihat telatah anggota bomba terbabit yang melarikan diri dari monyet sehingga ke luar pagar.
Ada yang secara berjenaka mempersoalkan sama ada anggota tersebut benar-benar merupakan seorang ahli bomba.
Mereka juga menyatakan bahawa tugas bomba adalah sebagai penyelamat, bukannya pelari!
“Harapkan bomba, bomba lari dulu,” antara salah satu komen yang ditinggalkan.
Ramai juga yang berseloroh bahawa itu mungkin hari pertama lelaki tersebut bertugas sebagai bomba.
“Yang berlarian ke pagar tu baru intern ke? Baru nak warm up ke?” soal seorang wanita.








Ini Tips Jika Terserempak Monyet, Jangan Lari!
Walaupun situasi di atas kelihatan kelakar, namun monyet sememangnya haiwan liar yang berbahaya dan boleh menyerang manusia jika berasa terancam.
Jika anda terserempak dengan monyet, ikuti langkah-langkah di bawah bagi mengelakkan diri anda dikejar:
- Pegang suatu barang di tangan sebagai isyarat bahawa anda tidak takut dengan monyet tersebut.
- Undur ke belakang secara perlahan sambil memerhatikan kelakuan sang monyet. Diingatkan agar tidak memandang matanya kerana dipercayai monyet akan berasa lebih terancam dan akan mula menyerang.
- Angkat barang yang dipegang pada tangan seolah-olah mahu ‘mengacah’ dan menakutkan monyet.
- Jangan alihkan pandangan dari monyet itu selagi mana anda masih tidak berada di kawasan selamat.
Walaupun anggota bomba terbabit melarikan diri, namun perkara ini seharusnya dielakkan kerana boleh menyebabkan monyet terus mengejar anda.
Di samping itu, jangan lakukan sebarang provokasi atau menyakiti mana-mana monyet kerana risau lebih ramai rakan sekumpulannya yang akan menyerang anda.
Sebagai info, monyet juga lebih gemar mengejar seseorang yang dilihat membawa bungkusan makanan dan minuman. Oleh itu, elakkan perkara ini jika melalui kawasan yang dipenuhi haiwan liar itu.
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Lawan Atau Lari?”- Lelaki Ini Kongsi Tips Berdepan Dengan Monyet Liar
Baca Artikel Berkaitan: “Lagi Seram Dari Jumpa Hantu” – POV Tak Hadir Ke Kelas Kerana ‘Dihalang’ Monyet Bikin Ramai Geram
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Sempat Lari Tutup Pagar Pintu Sambil Dukung Bayi Sebelum Diserang Monyet Liar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.