[Video] Ada Surat Minta Call Bomba, Rupanya Ular Sawa Tersesat Dalam Bonet Kereta
Ular sawa itu kelihatan sedang duduk di atas enjin kereta sebelum ditangkap oleh anggota bomba.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menjadi kebiasaan haiwan masuk ke dalam bahagian enjin kenderaan kerana mencari tempat yang selamat atau demi berlindung daripada cuaca sejuk.
Seperti sebelum ini, sebuah kereta terpaksa dihantar ke pusat servis untuk mencari punca bau busuk yang rupa-rupanya disebabkan oleh bangkai seekor tupai.
Namun dalam kejadian baru-baru ini, seekor haiwan liar yang berbahaya pula dilaporkan masuk ke dalam bahagian enjin kereta sehingga perlu mendapatkan bantuan pihak bomba.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pusat Servis Kereta Terpaksa ‘Bedah’ Kereta Untuk Cari Punca Bau Busuk
Baca Artikel Berkaitan: “Cop Parkir Ke” – Ular Sawa Ditemui Di Parkir Kereta Pusat Beli-belah Bikin Ramai Bimbang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Tindakan Lelaki Selamatkan Kucing Di Tengah Jalan Raya Sibuk
Nota Ditinggalkan Di Cermin Kereta Beri Amaran Tentang Ular Sawa
Dalam satu kejadian serupa baru-baru ini, seorang pemilik kereta dikejutkan dengan kehadiran haiwan liar di bahagian enjin kenderaannya.
Menerusi perkongsian di TikTok (@melyn), wanita itu menyedari terdapat nota yang ditinggalkan pada cermin kereta ketika dia sedang berada di dalam kenderaannya.
Dia yang pada mulanya menyangka nota tersebut merupakan ‘surat cinta’ terkejut apabila membaca isinya yang meminta dia menghubungi balai bomba berdekatan, iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Sentul.
Rupa-rupanya, individu yang meninggalkan nota tersebut dipercayai telah melihat seekor ular sawa masuk ke dalam bahagian enjin keretanya.
“Pengalaman pertama saya ular masuk dalam kereta. Tak tahu nak rasa takut ke teruja.
“Mujur ada hamba Allah SWT baik hati tinggalkan nota kat cermin kereta, kalau tidak tak tau la apa jadi,” katanya.
Bomba Keluarkan Ular Sawa Sepanjang 2 Meter Dari Dalam Bonet Kereta
Menerusi video yang dikongsikan olehnya, kelihatan anggota bomba tiba bagi mengalihkan ular sawa tersebut.
“Bawa (kereta) daripada mana? Kampung ke?” tanya salah seorang anggota bomba berkenaan.
Ular sawa itu yang sedang duduk diam di atas enjin berjaya dibawa keluar oleh bomba, sebelum ia membelit tangan salah seorang anggota.
“Risau pula tengok abang bomba tu kena belit,” kata wanita tersebut.
Namun haiwan berbahaya kira-kira dua meter panjang itu akhirnya berjaya dimasukkan ke dalam guni hitam sebelum dibawa pergi oleh pihak bomba.
@risshas "Dah takde haiwan lain ke kau nak bela? " Pengalaman pertama saya ular masuk dalam kereta😂 Tah la nak rasa takut ke exited. Mujur lah ade hamba Allah baik hati tinggalkan nota kat cermin kereta, kalau tidak tak tau la apa jadi. Hanya Allah yang dapat balas jasa mu. Terima kasih jugak abang² bomba yang tolong, jasamu dikenang 🫡 Maaf yang ni saya takleh nak sattle sendiri..sebab cikgu saya dulu tak ajar main ular, dia ajar main tali je. Sekian laporan saya. #ularsawa #bombamalaysia #abangbomba #celorengmerah #ular #bombasentul #kl #makananviral #fypシ #foryou #viral #fyp #masukberandafyp #foryourpage ♬ I Can Do Anything / Finale – Christopher Lennertz
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Puji Tindakan Individu Tinggalkan Nota Untuk Pemilik Kereta
Menjenguk ke ruangan komen, tindakan individu yang meninggalkan nota demi memberi amaran kepada pemilik kereta telah meraih pujian ramai.
Orang ramai juga kagum dengan kesungguhan individu terbabit yang turut meninggalkan nombor telefon balai bomba terdekat untuk dihubungi oleh pemilik kereta berkenaan.
Dalam masa sama, ramai berasa risau melihat situasi sedemikian kerana tidak semena-mena terdapat seekor ular sawa di tengah bandar.
“Baru tengok video dah overthinking. Tapi bila baca komen kata dia boleh masuk dari enjin ke dalam kereta, lagi overthinking,” luah seorang wanita.
Ada juga yang berkata dia pasti akan meminta pihak bomba untuk menyelidik seisi keretanya kerana risau terdapat anak-anak ular yang sesat.












Hubungi Pihak Berkuasa Jika Ternampak Ular Sawa
Penemuan ular sawa bukanlah sesuatu yang asing, apatah lagi negara kita masih mempunyai kawasan hutan tropika yang luas.
Sebelum ini, beberapa kali dilaporkan insiden ular sawa sesat di dalam bahagian atap rumah, malah masuk ke dalam mangkuk tandas!
Jika situasi ini berlaku pada anda, jangan berani-berani cuba mengambil tindakan sendiri memandangkan ular sawa merupakan haiwan berbahaya yang boleh membelit mangsanya.
Sebaliknya, segera hubungi pihak berkuasa seperti di bawah untuk membuat laporan:
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
- Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Unit Kawalan Haiwan Majlis Perbandaran
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan)
Pihak bomba juga sebelum ini memberi saranan kepada orang ramai agar menyediakan semburan Baygon di rumah untuk disembur pada ular yang masuk ke dalam rumah.
Baca Artikel Berkaitan: Ular Sawa ‘Panjat’ Sampai Tingkat 2 Rumah Flat, Hampir Nak Masuk Tingkap Rumah!
Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Terlalu Panas, Ular Sawa 10KG Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Rumah Di Kelantan
Baca Artikel Berkaitan: Semburan Baygon Berkesan Untuk Halau Ular? Ini Penjelasan PHM
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



