Now Reading
“Makin Kotor Bukan Bersih” – Wanita Terkejut Dakwa Ada Pihak Cuci Tuala Wanita Di Tandas Masjid

“Makin Kotor Bukan Bersih” – Wanita Terkejut Dakwa Ada Pihak Cuci Tuala Wanita Di Tandas Masjid

Wanita dikenali sebagai Puteri itu berkata dia berasa terkejut melihat cecair merah yang didakwa darah haid itu mengalir semasa menggunakan tandas di sebuah masjid di Kelantan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui proses kitaran haid adalah normal bagi wanita yang sudah mula baligh. Pun begitu, setiap kaum Hawa menghadapi tempoh datang bulan dengan cara berbeza.

Sebagai contoh, ada yang mengalami masalah senggugut semasa hari pertama atau kedua. Dalam sesetengah kes pula, ada golongan yang akan mengidam makanan-makanan manis ketika waktu itu.

Bukan itu sahaja, setiap individu juga mempunyai cara tersendiri bagi menjaga kebersihan tuala wanitanya. Segelintir bertindak mencucinya terlebih dahulu, tetapi sesetengah pula membungkus pad dengan kemas sebelum dibuangnya.

Baca Artikel Berkaitan: Kajian Dapati Gen Alpha Datang Haid Seawal 8 Tahun, Pakar Nutrisi Kongsi Tips Elakkannya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haid Warna Coklat Normal Atau Tak? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Period 2 Hari Normal Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Wanita Dakwa Ada Individu Cuci Pad Di Tandas Awam Hingga Kotorkan Lantai

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Puteri berkongsi satu kejadian yang berlaku semasa dia mengunjungi sebuah tandas masjid sekitar Kelantan.

Menurutnya, semasa sedang menggunakan tandas, lantai secara tiba-tiba bertukar merah. Dakwanya, individu yang berada di tandas sebelah sedang membasuh pad sehingga darah itu mengalir ke kawasannya.

Sumber: Nona

Terkejut dengan situasi itu, Puteri meluahkan rasa berang dengan tindakan individu yang dikatakan tidak menjaga kebersihan.

“Sumpah seranah dekat luar tandas. Patutlah yang menunggu dekat luar senyap je rupanya kawan dia. Nak jaga kebersihan tapi b*doh. Makin kotor sebab (darah) merebak dekat tempat lain. Lain kali tolong bungkus elok-elok,” jelasnya.

Bungkus & Buang Pad Adalah Lebih Baik Berbanding Cuci Ketika Di Tandas Awam

Puteri berkata perbuatan membuang tuala wanita adalah lebih baik berbanding mencucinya. Pun begitu, dia memahami bahawa sesetengah wanita sudah terbiasa dengan perkara tersebut.

Oleh disebabkan itu, setiap wanita sepatutnya mengetahui situasi yang sesuai untuk melakukannya iaitu tidak mencuci pad di tandas awam.

“Yang dah biasa basuh, tiada siapa halang tapi jagalah sebaik mungkin jangan sampai orang lain jadi mangsa terpijak awak punya darah,” tegurnya.

Wanita itu dalam masa sama berharap agar individu berkenaan mengubah sikapnya dan lebih prihatin tentang kebersihan fasiliti yang turut digunakan masyarakat lain.

“Hamba Allah yang saya jumpa tadi di tandas masjid, mohon ubah cara awak dan muhasabah diri. Saya tak sempat tegur sebab terkejut sangat,” kata Puteri di akhir perkongsian.

View on Threads

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Cara Cucian Tuala Wanita

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan dilontarkan Puteri tentang pembasuhan tuala wanita itu.

“Bagi saya ya, jangan basuh pad yang korang guna di tempat awam. Hanya bungkus tebal-tebal dengan tisu atau kertas. Bau darah period ni kuat walaupun kamu basuh bersih dan buang dalam tong sampah masih akan berbau. Kalau tak basuh tak akan berbau,” kata seorang pengguna Threads.

Malah, ada yang berkata sesetengah individu bertindak membasuh pad miliknya kerana mitos yang mengatakan syaitan akan menjilat darah dari tuala wanita tidak dicuci.

“Nak tak nak syaitan akhirnya akan jilat juga sebab itu makanan dia dik. Kau yang penakut sebab tu kena (kacau),” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada yang berkata situasi darah itu bukan sahaja membawa ketidakselesaan tetapi penyakit berbahaya.

“Bungkus elok-elok (pad) adalah cara paling selamat untuk mengendalikan tuala wanita. Kalau tidak darah yang terpercik sana sini boleh sebarkan penyakit,” kata seorang netizen.

Sumber: Threads puterinurfifi

Perlu Ke Cuci Pad Dipenuhi Darah Sebelum Membuangnya?

Menerusi carian kami di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tiada sebarang hadis atau riwayat dari para Sahabat Nabi SAW yang mengatakan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya.

Sumber: Freepik

Dalam masa sama, tidak ada juga arahan dari Nabi SAW untuk membasuhnya. Sebaliknya Baginda mengarahkan agar mencucinya sekiranya darah tersebut terkena pakaian seperti mana hadis diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Kata beliau:

سَأَلَتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ : حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ بِالْمَاءِ ثُمَّ رُشِّيهِ فَصَلِّى فِيه

Maksudnya: ”Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi SAW bersabda, ‘Basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut’.”

[Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud (362)]

Sumber: Pexels

Meskipun tidak dinafikan bahawa syaitan adalah antara makhluk yang memang menggemari najis dan perkara kotor, tetapi dakwaan tuala wanita perlu dicuci kerana dibimbangi dimakan oleh jin adalah tidak benar.

Cara Pembuangan Pad Wanita Yang Betul

Terdapat dua kaedah pembuangan tuala wanita yang disyorkan iaitu:

  1. Tuala wanita dibuang di tempat yang khusus. Adalah lebih baik untuk mengasingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana dilakukan di hospital.
  2. Tidak dibuang merata tempat seperti di mangkuk tandas. Hal ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa kepada pengguna lain.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Jelaskan Tak Perlu Basuh Tuala Wanita, Ini Sebabnya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jijik! Tular Foto Tuala Wanita & Kondom Dibuang Dari Atas Sebuah Kondominium Undang Reaksi Kurang Senang

Baca Artikel Berkaitan: Menjijikkan! Jiran Buang Air Kencing, Tuala Wanita & Sisa Makanan Dari Tingkap Rumah [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd