[Video] Full Tank Hanya RM1, Ramai Puji Tindakan Lelaki Ini Belanja Rider Isi Minyak Penuh
Menerusi video berkenaan, lelaki itu hanya mengecaj RM1 pada kesemua penunggang motosikal yang mengisi minyak biarpun berbeza kuantiti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, sedekah merupakan antara amalan paling mulia yang dituntut dalam Islam. Walaupun nilainya kecil, niat dan keikhlasannya mampu memberi kesan besar kepada penerima.
Lain orang lain caranya dalam memberi. Ada yang menyumbang dalam bentuk makanan, ada juga yang menaja barangan harian atau keperluan asas. Apa pun bentuknya, bantuan itu tetap membawa erti buat mereka yang menerima.
Baru-baru ini, tindakan seorang lelaki mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat menyantuni penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di media sosial dan sempat bersedekah dengan cara yang sangat menghiburkan.
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Kenal Orang Baik” – Lelaki Kongsi Rezeki Dengan Anjing Raih Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 9 Tahun Guna Duit Raya Belikan Cincin Emas Untuk Ibu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak
Lelaki Berlakon Jadi Pekerja, Cuma Caj RM1 Untuk Minyak Penuh
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@paan_singgit), lelaki ini dilihat memakai uniform seperti pekerja stesen minyak dan berdiri di salah sebuah pam, seakan-akan sedang bertugas.
Sepanjang berada di situ, dia beramah mesra dengan penunggang motosikal yang datang untuk mengisi minyak. Rata-rata rider tidak menyedari bahawa mereka bakal menerima satu kejutan kecil.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila tiba waktu untuk membuat bayaran, lelaki tersebut bertanya sama ada mereka mempunyai wang kertas RM1.
Dia kemudian menyatakan bahawa itu sahaja bayaran yang perlu dibuat walaupun minyak telah diisi penuh. Reaksi para rider yang tergamam jelas menunjukkan mereka tidak menyangka menerima bantuan sebegitu.
Selepas beberapa saat mengambil masa untuk ‘proses dalam otak’, barulah mereka tersenyum lebar dan mengucapkan terima kasih dengan wajah yang gembira. Ada yang tertawa kecil kerana tidak menyangka akan dilayan sebegitu rupa.
@paan_singgit Orang2 nak pegi keje, saja la buat kenduri sikit #fyp #fypシ゚ #rezeki #shell
♬ original sound – paan_singgit – paan_singgit
Netizen Terharu, Doakan Rezeki Lelaki Ini Terus Murah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan lelaki berkenaan yang dianggap sangat bermakna terutama kepada golongan rider yang bekerja keras setiap hari.
Ramai menyifatkan inilah contoh konten yang wajar disebarkan di media sosial, kerana bukan sahaja memberi hiburan, tetapi juga menyebarkan nilai kebaikan dan inspirasi.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki dan terus berupaya membantu lebih ramai orang. Mereka juga berharap lebih ramai individu dapat mencontohi cara kreatif memberi sumbangan seperti ini.


Rezeki Tidak Akan Berkurang Dengan Bersedekah
Memetik laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan bersedekah bukan sahaja menggembirakan hati penerima, malah menjadi sebab turunnya rahmat dan rezeki daripada Allah SWT.
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Nabi SAW bersabda:
Sedekah tidak akan mengurangkan harta. Allah akan menambah kemuliaan kepada hamba yang bersifat pemaaf, dan meninggikan darjat orang yang merendah diri kerana Allah.
Riwayat Muslim (2588)
Tindakan lelaki itu bersedekah bukan sahaja memberi inspirasi, malah membuktikan bahawa amalan kecil mampu memberi kesan besar dalam kehidupan orang lain.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sambut Hari Lahir Dengan Cara Luar Biasa, Wanita Ini Belanja Minyak Percuma Untuk Rider
Baca Artikel Berkaitan: “Besar Modal Tu” – Ramai Puji Lelaki Beli Hingga 30 Ketul Ayam Goreng Sehari Buat Kucing Jalanan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial Lelaki Tak Makan 2 Hari, Ramai Individu Tampil Kongsi Rezeki
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.