“Power Of Education” – Murid Buat Tong Sampah Pintar Boleh Kesan Suara & Gerakan Raih Pujian
Menerusi video tular, kelihatan pelajar perempuan dari sekolah robotik Syscore Academy di Klang itu sedang menunjukkan demonstrasi penggunaan tong sampah pintar tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu pasti ada bakat mereka tersendiri. Ada yang disedari dari usia muda, tetapi ada juga mula menerokai kemahiran masing-masing ketika sudah meningkat dewasa.
Namun apa yang penting adalah bakat itu tidak disia-siakan. Sebelum ini, seorang guru Mata Pelajaran Vokasional (MPV) bagi subjek Pembuatan Perabot telah menunjukkan beberapa hasil ciptaan muridnya.
Antara ciptaan yang menarik perhatian adalah sebuah kerusi yang boleh dilipat menjadi tangga kecil untuk membolehkan anda mencapai sesuatu barangan di tempat tinggi.
Pelajar tersebut juga menunjukkan demonstrasi duduk pada kerusi dan memanjat tangga itu bagi membuktikan kekukuhan peralatan berkenaan. Walaupun hanya dengan kayu, tetapi inovasi itu sememangnya canggih.
Baca Artikel Berkaitan: “Dulu Buat Tempat Simpan Kunci Je” – Ramai Kagum Lihat Pelajar Hasilkan Inovasi Perabot Dwi Fungsi
Pelajar Syscore Academy Hasilkan Inovasi Tong Sampah Pintar
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila sekolah teknologi dan robotik Syscore Academy di Klang (@syscore_academy) berkongsi suasana pelajar yang melakukan satu inovasi melibatkan tong sampah.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang pelajar perempuan sedang mempamerkan dan membuat demonstrasi prototaip yang dihasilkan. Bagi menunjukkan keberkesanan inovasi tong sampah pintar itu, murid berkenaan telah menyebut ‘open’ dan ‘close’.
Setiap kali menyebut open, penutup tong sampah itu akan automatik terbuka manakala apabila murid tersebut mengatakan perkataan close, ia akan tertutup dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Tonton video penuh [DI SINI].
Difahamkan, rekaan tong sampah itu boleh mengesan suara di sekelilingnya. Bukan sahaja dengan suara, ia juga boleh mengenal pasti sesuatu pergerakan.
Menurut pihak Syscore Academy, tong sampah itu menggunakan teknologi mikrobit bagi mengesan setiap gerakan fizikal. Dalam hantaran lain, kelihatan prop yang lebih kurang sama turut didemonstrasi oleh pelajar lain.
“Tahniah besar untuk inovator muda kita yang berjaya cipta solusi mesra alam dan tanpa sentuhan ini,” kata akademi berkenaan.
Tonton video penuh [DI SINI].
Tong Sampah Pintar Bantu Elak Sentuh Objek Kotor Melalui Sentuhan Fizikal
Jika diteliti kemudahan tong sampah itu, ia sebenarnya bertujuan bagi mengelakkan seseorang itu menyentuh objek kotor tersebut menerusi sentuhan secara terus. Seperti yang kita tahu, tong sampah mempunyai banyak kuman berbahaya.
Organisma mikroskopik yang boleh mengundang penyakit itu berkemungkinan memasuki badan individu sekiranya tangan tidak dicuci dengan bersih selepas memegang tong sampah.
Antara salah satu punca penyebaran kuman utama adalah kawasan pembersihan dan buangan seperti tong sampah, singki dan tandas.

Ramai Teruja Lihat Fungsi Inovasi Tong Sampah Pintar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji bakat dan kreativiti si murid bagi menghasilkan sesuatu yang jelas memberi pelbagai impak positif kepada individu lain.
“Good job. Semoga menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti untuk kebanggaan Malaysia,” ujar seorang pengguna TikTok.
Malah netizen juga berharap agar pelajar perempuan tersebut lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak jenis inovasi pada masa akan datang.
“Tahniah dik. Kami buat idea ni dulu tapi hajat nak sampai ke tahap ni tidak kesampaian. Good luck, teruskan usaha dik,” kata seorang lelaki.





Usaha Bagi Tingkatkan Minat Anak Muda Dalam Dunia Robotik
Sebenarnya, Malaysia mempunyai ramai pelapis yang mahir dalam bidang robotik dan teknologi namun mungkin tidak begitu popular dan meluas seperti mereka yang melanjutkan pembelajaran bidang sains perubatan.
Bagi menarik minat anak muda dalam industri tersebut, terdapat beberapa usaha dilakukan pihak kerajaan sebelum ini sebagai contoh penganjuran Pertandingan World of Robotics Championship (WRC) 2024 dengan kerjasama World of Robotics Sdn. Bhd.

Acara yang di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) Kuala Lumpur itu disertai 762 pelajar dari 126 sekolah seluruh negara.
Kumpulan yang berjaya merangkul gelaran juara dalam kategori mereka, berpeluang bertanding di RobotChallange 2025 yang bakal diadakan di Beijing, China pada Ogos ini.

Jelas Pengasas dan Pengarah Urusan World of Robotics Sdn Bhd Lee Yew Kein, objektif utama pertandingan WRC 2024 diperkenal adalah untuk mencetus minat dalam robotik dan pendidikan STEM serta melengkapkan pelajar dengan kemahiran agar cemerlang dalam ekonomi digital global.
Baca Artikel Berkaitan: “Hebat Kau Bang!” – Inovasi Kreatif Lelaki OKU Ubah Suai Berus Gigi Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Inovasi Simpan Buku Dalam Kotak Boleh Kurangkan Beban Murid. Praktikal Juga!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.