[Video] Kerana Simpati & Kasihan, Wanita Bawa Pulang Tujuh Ekor Anak Kucing Buat Ramai Tersentuh
Difahamkan, wanita berkenaan turut mengambil keputusan untuk menyelamatkan ibu kucing itu sekali bagi memastikan semuanya selamat dan terurus.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, kucing mempunyai daya tarikan tersendiri dengan kecomelan dan sifat manja mereka, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak kucing. Keletah mereka seringkali mencuit hati dan menjadi perhatian ramai, termasuk di media sosial.
Sama seperti kanak-kanak, anak kucing lazimnya mengikuti fitrah semula jadi dengan perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap sekeliling. Jika dibiarkan tanpa pemantauan, mereka mudah terdedah kepada bahaya.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita yang secara spontan mengambil keputusan untuk membantu anak-anak kucing yang tiba-tiba mengejarnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Beratur Nak Salam Raya Dengan Ahli Keluarga Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Taman Kucing Ke Kanak-kanak?” – Individu Tegur Ibu Bapa Biar Anak Main Di Taman Khas Kucing Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gerak Dah Separuh Jalan, Ramai Terhibur Lelaki Baru Sedar Kucing Ikut Pulang Dalam Ambulans
Dikejar Tujuh Ekor Anak Kucing Waktu Kerja
Menerusi perkongsian bersiri di laman TikTok (@raratiktokkk), wanita terbabit berkongsi detik lucu dan manis apabila dia dikejar beberapa ekor anak kucing di sebuah kawasan terbuka.
Dalam video pertama, dia dilihat berlari sambil tertawa apabila makhluk comel itu mengekorinya tanpa henti.
Difahamkan, ibu kepada anak-anak kucing itu tidak kelihatan pada waktu tersebut dan dipercayai sedang keluar mencari makanan.
Namun tanpa diduga, kesemua anaknya keluar dari tempat persembunyian dan mula merayau sekitar kawasan tersebut.
Dalam satu lagi video, wanita itu dilihat menyelamatkan seekor anak kucing yang dipercayai terjatuh ke dalam longkang.
Dia kemudian membersihkannya, memberi makan dan mengumpulkan kesemua tujuh ekor anak kucing tersebut dalam satu kotak sementara.
@raratiktokkk Part 2: terasa bahagia hidup ni kalau dapat jaga #kitten
♬ original sound – fennyfw – FW✨
Ambil Keputusan Jaga Sekeluarga Kucing Termasuk Ibunya
Menyedari kehadiran anak-anak kucing itu bukan kebetulan, wanita berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk menjaga kesemua anak-anak kucing tersebut.
Dalam perkongsian terbarunya, dia mendedahkan bahawa dia turut menemui ibu kucing itu lalu membawanya pulang bersama.
“Ramai sangat komen suruh saya bawa balik… lepas habis kerja, saya terus balik rumah ambil sangkar dan kereta, patah balik ke tempat tu.”
“Alhamdulillah saya dah jumpa ibu mereka juga. Saya bawa sekali dengan ibunya, tak sanggup tengok mereka terbiar macam tu. Insya-Allah saya jaga mereka elok-elok. Mereka tanggungjawab saya sekarang.”
Malah, wanita ini turut berkongsi kisah menyentuh hati apabila ada individu tidak dikenali datang memberi sumbangan berupa makanan dan wang untuknya menjaga kucing-kucing berkenaan.
Dia menegaskan segala sumbangan itu adalah amanah dan digunakan sepenuhnya untuk keperluan haiwan tersebut.
@raratiktokkk Part 4: assalamualaikum krg, sy nak bgtau something yg jadi tadi, saya tthu rasa nak nangis ke apa tapi demi Allah saya terharu, ada sorang hamba allah ni dm saya dkt tt and dia datang dngn niat baik dia, dia bagi duit untuk beli mknn kucing and vet kucing”. ada juga yang lain siap minta alamat nak bagi mknn kucing, ad yg offer nak bagi mknn kucing, ad yang minta qr nak bagi duit mkn kucing, demi allah saya bersyukur sngt” , lillah saya tak guna duit tu untuk saya and sy pgg amanah krg, saya tak kenal krg tapi krg baik sngt dngn saya, allah hantar org yang baik” dlm hdup saya, saya mmg ikhlas jaga kucing ni tapi sy pun tak tolak klu ad org nak kongsi rezeki, sbb saya tahu dngn cara memberi tu dapat sng kan hati krg juga, semoga allah balas kebaikan krg, saya nak ucap terima kasih banyak” . sy bersyujur sngt” sbb lps sy amik kucing ni tiba” rezeki datang mencurah, nak nangis .. demi allah sy nak ucap terima kasih banyak” dkt krg yg doakan saya dari jauh, dngn ini saya nk amik kesempatan untuk krg amin kan doa ni “ya allah kau berikanlah kesihatan kepada nurhanis atisya dan keluarganya, kau berikan lah kesihatan kepada ibu kucing dan anak”nya, kau panjangkan lah umurnya dan org” yg dia sayang. kau kurniakan lah rezeki yang melimpah ruah untuk keluaganya serta kau berkatilah rezeki yang kau beri kepadanya. ya allah kau bantulah nurhanis atisya untuk jadi wanita yang solehah. yang berjaya dunia dan akhirat aamiin” #kittens #kucing
♬ Urn by Crying City – Crying City<3
Ramai Terharu, Anggap Bukti Rezeki Dari Allah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengaku tersentuh dengan kisah wanita itu yang bukan sahaja sanggup menjaga anak-anak kucing terbiar, malah turut membawa pulang ibu mereka agar tidak berpisah.
Ada yang menyatakan bahawa inilah bukti cat distribution system benar-benar wujud, di mana kucing memilih tuan mereka sendiri. Ramai juga memuji tindakan wanita itu yang mengambil berat soal tanggungjawab dan kebajikan haiwan.
Selain itu, ramai yang tampil ingin menyumbang rezeki dalam bentuk makanan atau wang ringgit, sebagai penghargaan kepada wanita berkenaan yang sanggup menjaga satu keluarga kucing tanpa mengharapkan apa-apa balasan.


Berbuat Baik Kepada Haiwan Juga Adalah Ibadah

Dari sudut pandangan Islam, berbuat baik kepada haiwan termasuk memberi makan, merawat dan menjaga kebajikannya merupakan satu amalan yang diberi ganjaran pahala.
Memetik laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, difatwakan bahawa menjaga kebajikan haiwan termasuk anjing yang jinak adalah satu amalan baik yang digalakkan, walaupun hukum memeliharanya berbeza.
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.
Surah al-An’am ayat 38
Hadis sahih riwayat al-Bukhari turut merekodkan kisah seorang lelaki yang diberi keampunan hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Rasulullah SAW bersabda:
Dalam setiap hati yang basah ada ganjaran pahala.
Riwayat al-Bukhari
Berdasarkan keumuman dalil ini, berbuat baik kepada semua makhluk Allah termasuk kucing yang terbiar juga dikira sebagai bentuk sedekah yang boleh membuka pintu rezeki serta mendatangkan keberkatan dalam hidup.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Tindakan Lelaki Selamatkan Kucing Di Tengah Jalan Raya Sibuk
Baca Artikel Berkaitan: “Malam Tadi Dia OT” – Gelagat Kucing Tidur Tergantung Di Kaunter Pam Minyak Bikin Dekah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penat Majikan Cari, Gelagat Anak Kucing Sembunyi Dalam Tong Sampah Bikin Dekah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



