“Power Rakyat Malaysia” – Orang Ramai Turun Padang Derma Darah Di HRPB Ipoh Raih Pujian
Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dibanjiri dengan penderma darah selepas tular dakwaan hospital di Ipoh kekurangan darah untuk merawat mangsa nahas kemalangan UPSI baru-baru ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada minggu ini, ramai dikejutkan dengan pemergian 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meninggal dunia akibat kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik.
Dalam masa sama, 15 penumpang lain yang tercedera dirawat di hospital-hospital sekitar Perak termasuklah Hospital Taiping dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Susulan itu, timbul pula dakwaan bahawa hospital di Ipoh mempunyai masalah kekurangan darah bagi menampung dan merawat mangsa yang terkesan. Ia turut diuar-uarkan di platform media sosial sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Bas UPSI: Negara Terus Berduka, Sultan Nazrin Titah Langkah Pencegahan Diambil
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bas Bawa Pelajar UPSI Terbalik Di Jalan Jeli – Gerik, 15 Maut & Tujuh Parah
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Lekang Dengan Al-Quran” – Kisah Mangsa Nahas UPSI Sanjungi Kitab Suci Bikin Sebak
Wanita Kongsi Keadaan Sibuk Di Pusat Pendermaan Darah HRPB Ipoh
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@myzaaah_) apabila seorang wanita dikenali sebagai Amy berkongsi suasana orang ramai yang melawat HRPB, Ipoh.
Menerusi video perkongsian, kelihatan individu-individu yang berada di sana sedang mendaftar untuk menderma darah. Ada yang sedang beratur menunggu giliran, dan ada juga yang sudah terbaring mendermakan darahnya.
Difahamkan, ramai individu mula membanjiri pusat pendermaan darah itu selepas tular di media sosial mengenai dakwaan kekurangan darah di sana.
“Alhamdulillah, semoga diri ini sentiasa sihat. Dapat derma darah bagi yang memerlukan,” kata Amy sambil menunjukkan buku penderma darah miliknya.

Wanita itu dalam masa sama mengajak golongan masyarakat untuk turun padang dan bersama-sama menderma darah agar ia dapat dimanfaatkan oleh golongan pesakit di luar sana.
Jelasnya, lokasi pendermaan darah itu adalah selesa dan sesuai buat semua.
“Setitis darah anda, sejuta harapan buat mereka. Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain. – Hadis Riwayat Ahmad,” ujar Amy.
@myzaaah_ 🩸 Setitis darah anda, sejuta harapan buat mereka 🩸 Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.” – Hadis Riwayat Ahmad #dermadarah #HRPB #NahaspelajarUPSI #jomdermadarah ♬ original sound – Amira 🦋
Berikut kami sertakan sekali info mengenai Pusat Derma Darah HRPB yang terkini.
- Waktu operasi: 8AM-9PM (Isnin hingga Khamis)
- Alamat: 30990, Jalan Fifth Avenue, 30450 Ipoh, Perak
Sekadar peringatan, pusat ini akan ditutup jam 1PM-2PM semasa waktu rehat.
Orang Ramai Puji Keprihatinan Rakyat Malaysia Bagi Menderma Darah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji semangat masyarakat setempat yang cepat bertindak selepas mendengar berita tentang dakwaan kekurangan darah di HRPB.
“Semalam saya pergi tapi terlampau ramai nak derma darah. Ramai yang datang dari luar Ipoh. Rakyat Malaysia ni memang baik belaka,” kata seorang lelaki.
Malah netizen turut terharu melihat momen setiap individu bersatu hati untuk menderma darah.
“Allahuakbar ramainya yang nak derma darah. Moga Allah himpunkan kalian di syurga,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada juga pesakit kanser yang berkongsi situasinya semasa kekurangan darah dan bagaimana sumbangan orang ramai itu memberi manfaat.
“Saya kanser kadang-kadang kalau darah tak cukup, tambah darah (lain). Bila masuk darah lepas kemoterapi, selalu cakap ya Allah Kau permudahkanlah urusan orang yang bagi saya darah ni. Sebabnya kalau tak ada darah dia, saya tak tahu apa jadi dekat saya,” luah pesakit itu.






Tiada Isu Kekurangan Darah Di HRPB
Walaupun terdapat banyak dakwaan mengenai HRPB yang kekurangan darah untuk menampung mangsa-mangsa nahas kemalangan bas UPSI, namun Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata berita itu adalah palsu.
Jelas beliau, tiada sebarang pengumuman dibuat oleh pihak hospital tentang isu terbabit. Tambah Mohd Azlan, orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
“Saya akui ramai terkesan dan seboleh-bolehnya mahu membantu melalui pelbagai cara bagi memastikan semua mangsa yang ditempatkan di HRPB dapat diselamatkan.
“Cuma dalam kita membantu, biarlah ia tidak memberi kesan yang boleh membangkitkan keresahan atau kebimbangan orang ramai mengenai rawatan susulan diberikan pihak berwajib,” kata beliau, lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun, setiap sumbangan darah yang diberikan masih boleh digunakan untuk pesakit-pesakit lain.
Baca Artikel Berkaitan: McDonald’s Anjur Hari Derma Darah, Lebih 200 Penderma Hadir Tahun Ini
Baca Artikel Berkaitan: Kempen Derma Darah 2024 Bersama Warga Klang Terima Sambutan, Berjaya Kumpul 621 Beg Darah
Baca Artikel Berkaitan: Badan Kerap Rasa Penat & Lesu Tanda Anda Alami Anemia, Jangan Ambil Mudah!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.