Now Reading
Ini Makna Sebenar Di Sebalik Pemberian Garam & Gula Dalam Majlis Tunang Di Perak

Ini Makna Sebenar Di Sebalik Pemberian Garam & Gula Dalam Majlis Tunang Di Perak

Secara tradisinya, garam yang diberi akan digubah menjadi bentuk bawang putih, manakala gula pula dibentukkan seperti labu sebelum dihiaskan di dulang hantaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam melangsungkan istiadat perkahwinan, pertunangan dan sebagainya, terdapat pelbagai adat resam yang masih dipraktikkan oleh masyarakat tempatan sehingga kini.

Kebiasaannya, setiap negeri pasti mempunyai adatnya yang tersendiri dan sedikit berbeza berbanding kawasan lain.

Seperti di Perak, salah satu adat resam yang masih dilakukan sehingga kini, khususnya oleh masayrakat Melayu, adalah pertukaran gula dan garam ketika majlis pertunangan.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Bertunang? Ini 9 ‘Checklist’ Penting Sebelum Majlis

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Bangsa India Tumpang Bersiap Di Rumah Jiran Melayu Sebelum Majlis Tunang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Adat Melayu Guna Daun Sirih Junjung Dalam Dulang Hantaran? Ini Sebabnya

Pemberian Garam & Gula Di Majlis Pertunangan Cerminkan Falsafah Hidup

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@qiladotcutie), seorang wanita menerangkan berkenaan simbol di sebalik adat resam pertukaran garam dan gula ketika istiadat pertunangan di negeri Perak, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.

Katanya, pertukaran garam dan gula semasa pertunangan merupakan sebahagian daripada simbolik budaya yang kaya dengan makna tersirat.

“Ia bukan semata-mata pertukaran barang dapur, tetapi mencerminkan nilai dan falsafah hidup yang mendalam,” katanya.

Garam & Gula Lambang Pahit Manis Kehidupan Berkahwin

Garam dan gula sememangnya merupakan antara bahan asas masakan yang wajib. Boleh dikatakan tidak lengkapkah sebuah dapur tanpa kedua-dua bahan ini.

Garam yang mempunyai rasa masin atau pahit mewakili ujian kehidupan, manakala gula pula memberi makna kepada kemanisan atau kebahagian yang dirasai sepanjang perkahwinan.

Katanya, pertukaran ini melambangkan keseimbangan dalam kehidupan berumahtangga, di samping pasangan harus bersedia dalam menghadapi kedua-dua saat manis dan pahit bersama.

Di samping itu, pertukaran garam dan gula juga menjadi lambang persetujuan dan kerelaan antara bakal pengantin perempuan dan lelaki untuk diikat menerusi pertunangan sebelum bersedia untuk ke alam perkahwinan.

“Ia dilihat sebagai tanda restu dan penerimaan keluarga, seperti mana mereka berkongsi garam dan gula – simbol berkongsi hidup,” jelas wanita itu.

Antara gubahan garam dan gula bagi dulang hantaran. (Sumber gambar: FB Gubahan Hantaran Tinaju/ FB Salma Razali)

Garam & Gula Simbol Penyatuan Keluarga Kedua Belah Pihak

Tambahnya lagi, pemberian garam dan gula sebagai sebahagian daripada buah tangan dalam adat pertunangan merupakan cara halus yang menunjukkan pihak lelaki datang dengan niat yang baik, ikhlas dan penuh beradab.

Kedatangan mereka bukan semata-mata untuk ‘mengambil’ seorang anak gadis dari keluarganya, tetapi demi menyantuni keluarga itu juga.

Malah, pertukaran garam dan gula juga boleh ditafsirkan sebagai usaha dalam merapatkan hubungan antara dua buah keluarga.

Seperti garam dan gula yang sering digunakan bersama di dalam masakan, pertukaran ini bertujuan untuk menyatukan keluarga kedua-dua pihak.

Menurut wanita itu, tradisi pertukaran garam dan gula ketika bertunang merupakan adat turun-temurun dalam kalangan masyarakat Perak yang masih diamalkan dan dipelihara sehingga kini.

“Ia memperlihatkan keunikan adat tempatan berbanding negeri lain di Malaysia,” katanya.

Ibu Pengantin Lelaki Akan Suap Gula & Garam Pada Pengantin Perempuan

Selepas dah tahu makna di sebalik pertukaran garam dan gula ketika majlis pertunangan ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang akan dilakukan dengan pemberian tersebut.

Satu hantaran di Blogspot darichinta menerangkan bahawa garam dan gula kebiasaannya akan dibawa oleh pihak lelaki ketika istiadat pertunangan.

Setelah selesai menyarungkan cincin, ibu pengantin lelaki akan menyuap gula dan garam kepada pengantin perempuan yang perlu menjawab sama ada rasanya masin mahupun manis.

Garam Digubah Menjadi Bawang Putih, Gula Pula Berbentuk Labu

Walaupun pemberian garam dan gula kelihatan begitu ringkas, namun secara tradisi ia sepatutnya digubah menjadi bentuk tertentu.

Berdasarkan perkongsian di Blogspot Wedding Diaries, garam dibentukkan seakan-akan bawang putih manakala gula akan digubah menjadi bentuk labu.

Sumber gambar: Blogspot Wedding Diaries

Selain kedua-dua bahan ini, terdapat juga adat yang merangkumi pemberian asam keping yang digubah menjadi bentuk bunga.

Tonton video di bawah untuk melihat bagaimana garam dan gula digubah menjadi hantaran bagi majlis pertunangan atau perkahwinan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenduri Kahwin Pengantin Melayu Meriah Dengan Pelbagai Bangsa, Siap Ada Gendang & Tarian Singa

Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Curang Atau Tak Jadi Kahwin Lepas Dah Buat Macam-Macam Persediaan? Ketahui Hak Anda

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Tak Nak Bebankan” – Ramai Setuju Lelaki Tak Perlu Tanggung Majlis Kahwin Belah Perempuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd