Now Reading
[Video] Ramai Puji Tindakan Lelaki Selamatkan Kucing Di Tengah Jalan Raya Sibuk

[Video] Ramai Puji Tindakan Lelaki Selamatkan Kucing Di Tengah Jalan Raya Sibuk

Difahamkan, kucing tersebut secara tiba-tiba meluru ke tengah jalan biarpun ketika itu laluan dipenuhi deretan kenderaan yang sedang bergerak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam kesibukan lalu lintas yang padat, apa saja boleh berlaku tanpa diduga. Kadangkala, seekor haiwan kecil pun boleh menjadi tumpuan di tengah kekalutan jalan raya.

Ramai mungkin akan panik atau terus berlalu jika terlihat seekor kucing berada di tengah jalan. Namun ada juga yang sanggup berhenti, meskipun keadaan sekeliling tidak mengizinkan.

Itulah yang terjadi dalam satu kejadian baru-baru ini apabila aksi seorang lelaki dipuji ramai kerana dilihat sanggup berlari-lari di atas jalan demi menyelamatkan seekor kucing.

Baca Artikel Berkaitan: “Malam Tadi Dia OT” – Gelagat Kucing Tidur Tergantung Di Kaunter Pam Minyak Bikin Dekah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penat Majikan Cari, Gelagat Anak Kucing Sembunyi Dalam Tong Sampah Bikin Dekah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Ini Dedah Sebab Kucingnya Tidak Dipakaikan ‘Collar’, Tegaskan Soal Keselamatan Mereka

Tindakan Berani Demi Seekor Kucing

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@nararaz98), rakaman menunjukkan seorang lelaki dilihat bertungkus lumus cuba menyelamatkan seekor kucing yang berada di tengah jalan.

Difahamkan, kucing tersebut secara tiba-tiba meluru ke tengah jalan biarpun ketika itu laluan dipenuhi deretan kenderaan yang sedang bergerak.

Dalam keadaan panik, kucing itu dilihat bertukar-tukar tempat dari bawah sebuah kenderaan ke kenderaan lain, menyebabkan ia sukar untuk ditangkap.

Walaupun begitu, lelaki tersebut yang kelihatan memegang payung tetap tidak berputus asa mengejar dan cuba menangkap kucing berkenaan agar tidak digilis.

Dalam pada itu, beberapa pemandu dilihat memberi kerjasama dengan memperlahankan kenderaan masing-masing, malah ada juga lelaki lain yang dipercayai membantu mengawal trafik.

Di akhir video, kucing itu dilihat berjaya melarikan diri ke bahu jalan dan terus hilang dari pandangan.

https://www.tiktok.com/@nararaz98/video/7513880593592110344?_r=1&_t=ZS-8x6kvQ6v4xL
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Puji Tindakan Lelaki Selamatkan Kucing, Titipkan Doa Atas Keberaniannya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut yang disifatkan berani dan penuh belas ihsan.

Malah, ada yang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki kerana sanggup mempertaruhkan keselamatan sendiri demi seekor haiwan.

Tidak kurang juga yang menasihati orang ramai agar mengambil iktibar daripada perkongsian ini yang menjadi contoh tentang keburukan membuang kucing di tempat awam.

Menurutnya, dia simpati terhadap nasib kucing jalanan yang terpaksa menempuhi pelbagai cabaran hanya untuk terus kekal hidup.

Sumber: TikTok @nararaz98
Sumber: TikTok @nararaz98
Sumber: TikTok @nararaz98

Betulkah Kucing Ada Sembilan Nyawa?

Sumber: Zikry/TRP

Mungkin ada yang tertanya-tanya, benarkah kucing seakan-akan mampu cheat death? Lebih-lebih lagi selepas melihat video lain yang dimuat naik di TikTok (@lyana.naaa), memperlihatkan seekor kucing terjatuh dari bahagian belakang kereta yang sedang bergerak laju di lebuh raya.

https://www.tiktok.com/@lyana.naaa/video/7514256923613613320?_r=1&_t=ZS-8x6kw6M2DRv
Tonton video penuh [DI SINI].

Kucing itu terjatuh dan bergolek, nyaris dilanggar beberapa kenderaan sebelum berjaya melarikan diri ke bahu jalan. Ramai menyifatkannya seolah-olah kucing itu memang ada sembilan nyawa.

Tapi tahukah anda, frasa tersebut sebenarnya hanyalah mitos?

Dalam beberapa budaya seperti Yunani dan Arab, kucing dikatakan mempunyai enam atau tujuh nyawa. Namun semuanya hanyalah simbolik kepada keupayaan luar biasa kucing mengelak bahaya.

Kucing hanya mempunyai satu nyawa seperti makhluk hidup lain, tetapi mereka mempunyai beberapa ciri fizikal unik yang membantu mereka selamat dalam kecemasan. Antaranya:

  • Permukaan badan besar berbanding beratnya, kurangkan impak hentakan
  • Memiliki righting reflex, iaitu keupayaan memusingkan badan ketika jatuh
  • Fleksibel dari segi tulang dan ligamen
  • Kemahiran membuat keputusan serta refleks yang pantas

Sebagai pemilik haiwan, kita tetap perlu ingat bahawa kucing hanya ada satu nyawa. Sekali kecuaian, nyawa itu mungkin tidak dapat diganti.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Beratur Nak Salam Raya Dengan Ahli Keluarga Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Taman Kucing Ke Kanak-kanak?” – Individu Tegur Ibu Bapa Biar Anak Main Di Taman Khas Kucing Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gerak Dah Separuh Jalan, Ramai Terhibur Lelaki Baru Sedar Kucing Ikut Pulang Dalam Ambulans


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd