Now Reading
[Video] Pemuda Buat Solo Protest Depan Kedutaan Amerika Curi Tumpuan Ramai

[Video] Pemuda Buat Solo Protest Depan Kedutaan Amerika Curi Tumpuan Ramai

Difahamkan, pemuda berkenaan melakukan protes secara aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah penahanan 12 aktivis misi bantuan Gaza yang didakwa telah diculik oleh tentera Israel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, masyarakat mempunyai pelbagai cara untuk menyatakan solidariti atau membantah sesuatu isu, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan krisis kemanusiaan. Ada yang menulis di media sosial, tidak kurang juga yang memilih untuk turun ke jalanan secara aman.

Bagaimanapun, sebarang bentuk tunjuk perasaan tetap tertakluk kepada peraturan sedia ada. Lokasi, masa, serta kehadiran penguat kuasa adalah antara faktor yang perlu diambil kira bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau ketegangan.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan tindakan seorang lelaki yang melakukan solo protest di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, sebagai tanda bantahan terhadap insiden penahanan sukarelawan dalam misi bantuan ke Gaza.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Terlibat Dalam Draf Resolusi Untuk Singkirkan Israel Sebagai Anggota PBB – PM

Baca Artikel Berkaitan: “Syarikat Milik Israel Tidak Dibenarkan Melabur Dalam Malaysia” – Amir Hamzah

Baca Artikel Berkaitan: “Israel Haramkan UNRWA Di Palestin Strategi Nafikan Hak Penduduk Pulang Ke Tanah Air” – Wisma Putra

Tampil Seorang Diri Bawa Papan Tanda Tuntut Pembebasan Aktivis

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@protestguy), individu berkenaan dilihat berdiri seorang diri di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sambil memegang papan tanda tertera mesej seperti “Free the Freedom Flotilla” dan “Let Aid Into Gaza”.

Difahamkan, protes tersebut dilakukan susulan penahanan 12 aktivis yang menyertai kapal bantuan kemanusiaan Madleen ke Gaza.

Kesemua mereka didakwa telah ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.

Walaupun berdiri dalam diam, kehadirannya tetap menarik perhatian pihak berkuasa. Selepas beberapa minit, beberapa anggota polis menghampiri dan menasihatinya agar beredar secara baik.

Suasana dilihat terkawal dan perbualan antara kedua-dua pihak berlangsung dengan nada profesional serta berbudi bicara.

Menurut kenyataan pemilik video, Ketua Polis Balai Pudu turut hadir dan menjelaskan bahawa pihak kedutaan telah membuat aduan mengenai tindakan mengganggu ketenteraman di hadapan premis tersebut.

Sebagai ketua balai yang bertanggungjawab, beliau menjelaskan bahawa jika pemuda itu enggan beredar, dia boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Dalam pada itu, pemuda tersebut cuba menjelaskan bahawa dia hanya berdiri di kaki lima kawasan awam tanpa mengganggu sesiapa.

Namun, pihak polis tetap meminta kerjasama agar lokasi ditukar demi menjaga ketenteraman dan keselamatan. Mereka kemudiannya mengiringinya ke lokasi lain sejauh kira-kira 50 meter dari bangunan kedutaan.

https://www.tiktok.com/@protestguy/video/7514345468021738760?_r=1&_t=ZS-8x6Gi6dH83G
Tonton video penuh [DI SINI].

Tindakan Dapat Pujian, Netizen Seru Teruskan Perjuangan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan berani pemuda tersebut yang sanggup bersuara untuk saudara di Gaza, walaupun secara bersendirian.

Ramai turut mendoakan kesejahteraannya agar terus kuat dalam perjuangan hak asasi manusia.

Sumber: TikTok @protestguy
Sumber: TikTok @protestguy
Sumber: TikTok @protestguy

Selain itu, ada juga yang menghargai pendekatan profesional pihak polis yang dilihat menjalankan tugas dengan tertib dan penuh budi bicara.

Bagi segelintir pengguna, kehadiran polis di lokasi seperti itu penting untuk mengelakkan provokasi atau gangguan yang tidak dijangka.

Sumber: TikTok @protestguy

Walaupun protes berkenaan bersifat aman, tindakan pihak berkuasa untuk memindahkannya ke kawasan lain dianggap berasas demi menjaga keselamatan awam serta sensitiviti diplomatik.

Kapal Bantuan Ke Gaza Dipintas, 12 Aktivis Didakwa Diculik

Sumber: MalayMail

Untuk info, misi kapal layar Madleen yang membawa 12 individu termasuk aktivis dan wartawan telah dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa baru-baru ini.

Misi tersebut dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition bertujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza serta memecahkan kepungan ke atas wilayah itu.

Memetik laporan Sinar Harian, kapal tersebut membawa barangan penting seperti susu formula bayi, beras, lampin, kit perubatan dan anggota palsu untuk kanak-kanak Palestin. Namun komunikasi dengan kapal terputus selepas dikepung oleh kapal Israel.

Antara aktivis yang ditahan termasuk Greta Thunberg dari Sweden, Ahli Parlimen Eropah Rima Hassan, serta beberapa aktivis dari Jerman, Turkiye, Brazil, dan Perancis.

NGO penganjur menyifatkan tindakan Israel sebagai penculikan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Pertama Kali Akui Bunuh Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh

Baca Artikel Berkaitan: “Malaysia Sedia Jalin Kerjasama Dengan Indonesia Hantar Pasukan Pengaman Ke Palestin” – Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Guna Kuasa Veto, AS Tolak Resolusi Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd