Now Reading
[Video] Kanak-kanak Dikasari Budak Lain Di Taman Permainan, Ramai Gesa Ibu Bapa Sentiasa Pantau Anak

[Video] Kanak-kanak Dikasari Budak Lain Di Taman Permainan, Ramai Gesa Ibu Bapa Sentiasa Pantau Anak

Difahamkan, kanak-kanak itu masih bertindak agresif biarpun sudah ditegur atas perbuatannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kanak-kanak sememangnya sedang membesar dan belajar mengenal dunia sekeliling. Dalam usia yang masih mentah, mereka mudah terpengaruh dan sukar mengawal emosi.

Apa yang berlaku bukanlah kesalahan mutlak mereka kerana kemampuan intelektual dan emosi belum cukup matang untuk membezakan betul dan salah.

Namun begitu sebagai ibu bapa, andalah yang mencorakkan keperibadian mereka dan bertanggungjawab untuk sentiasa memerhati dan mengawal tingkah laku anak agar tidak mencederakan diri sendiri atau orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Anak Sampai Terhantuk” – Wanita Minta Ibu Bapa Pantau Si Kecil Main Di Gelongsor Simen

Baca Artikel Berkaitan: Bahaya Slime! Ibu Bapa Tolong Alert

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tercekik Gummy: JKN Pulau Pinang Rampas Gula-gula Kenyal Dijual Sekitar Sekolah Di Sungai Dua

Anak Sedang Bermain, Tiba-Tiba Ditendang

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@naa_eyna99), seorang ibu berkongsi momen anaknya bermain di sebuah taman permainan sebelum berlaku perkara yang mengejutkannya.

Difahamkan, video tersebut asalnya dirakam semata-mata untuk mengambil klip kenangan anaknya yang kebetulan sedang bermain ketika itu.

Pada awal rakaman, kelihatan si anak sedang bermain jongkang-jongket di hadapan ibunya sebelum berlari ke arah gelongsor yang berada tidak jauh dari situ.

Setibanya di gelongsor, dia yang berkaki ayam cuba menaiki tangga seperti kanak-kanak lain. Namun apa yang mengejutkan ialah tindakan seorang lagi budak yang berada di atas gelongsor itu.

Budak tersebut dilihat menendang si anak sehingga menyebabkan dia jatuh ke bawah. Si ibu kemudiannya menghentikan rakaman dan menyatakan rasa kecewa terhadap kejadian itu dalam kapsyen video.

Antara luahan yang dikongsinya termasuk menegur sikap budak terbabit serta mempersoalkan keberadaan ibu bapanya yang dikatakan berada di majlis kenduri berdekatan taman permainan.

https://www.tiktok.com/@naa_eyna99/video/7513570697642347783?_r=1&_t=ZS-8x6tEYPVmvX
Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Simpati, Gesa Ibu Bapa Lebih Bertanggungjawab

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang terhadap insiden itu dan menuntut agar ibu bapa lebih bertanggungjawab dalam memantau anak masing-masing.

Ada juga yang prihatin bertanya tentang keadaan anak yang ditendang, dan kecewa apabila dimaklumkan bahawa budak terbabit tetap bertindak kasar meskipun telah ditegur.

“Macam tak function, lagi dia nak sepak (tendang) anak saya.”

Sumber: TikTok @naa_eyna99
Sumber: TikTok @naa_eyna99

Ramai pengguna lain terutamanya golongan ibu, mengakui mereka tidak sanggup melihat anak sendiri diperlakukan sedemikian rupa.

Sumber: TikTok @naa_eyna99
Sumber: TikTok @naa_eyna99

Boleh Tak Pukul Anak Untuk Mendidik, & Untuk Apa?

Islam membenarkan ibu bapa memukul anak dalam konteks mendidik, bukan untuk menghukum atau melepaskan marah.

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pukulan yang dibenarkan adalah bersifat ta’dibi (mendidik), bukan ta’qibi (menghukum atau menyeksa). Tujuannya termasuk:

  • Membentuk disiplin dan adab
  • Menggalakkan anak solat selepas umur tujuh tahun
  • Pukulan dibenarkan jika anak masih enggan solat selepas umur sepuluh (10) tahun

Syarat dan batas pukulan dalam Islam adalah:

  • Tidak boleh melebihi sepuluh (10) kali pukulan
  • Tidak boleh pukul di muka
  • Tidak boleh pukul sampai cedera atau menyakitkan tubuh badan
  • Pukulan mesti dengan niat mendidik, bukan kerana marah atau balas dendam

Jika pukulan dilakukan secara melampau, mencederakan atau atas kesalahan kecil tanpa timbang rasa, ia adalah haram dan dilarang dalam Islam. Anak adalah amanah, dan setiap ibu bapa akan dipersoal kelak atas cara mereka mendidik.

Dalam konteks isu kanak-kanak dikasari di taman permainan, ibu bapa wajar lebih peka dan proaktif dalam mendidik anak-anak tentang adab di tempat awam dan akhlak pada orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Minta Terus Bagi” – Ibu Kongsi Perubahan Positif Anak, Kesan Lawatan Ke Muzium Penjara Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Jalan Kaki Kerana Merajuk Ayah Lambat Jemput Pulang Dari Sekolah Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Terhibur Lihat Gelagat Si Abang Mengomel Kerana Adik Buat Sepah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd