Now Reading
“Pentingnya Siang Dulu” – Ikan Diproses Jadi Keropok Lekor Tanpa Basuh Hukumnya Haram?

“Pentingnya Siang Dulu” – Ikan Diproses Jadi Keropok Lekor Tanpa Basuh Hukumnya Haram?

Ustaz Azhar Idrus menjelaskan ikan yang tidak disiang dan masih mengalirkan darah dikira sebagai najis jika terus dimasak seperti biasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keropok lekor sememangnya antara makanan warisan paling popular, terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia diperbuat daripada campuran isi ikan yang dikisar bersama tepung dan garam, sebelum direbus atau digoreng.

Namun dalam industri makanan, aspek kebersihan serta garis panduan halal tetap perlu diutamakan. Malangnya, masih ada segelintir peniaga yang dikatakan mengabaikan perkara ini demi mengurangkan kos atau menjimatkan masa.

Baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil menjawab persoalan tentang keropok lekor yang didakwa dihasilkan dengan mencampurkan darah ikan ke dalam adunan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jatuh Talak Atau Tidak? Ini Penjelasan UAI Bila Ada Suami Orang Mengaku Bujang Depan Wanita Lain

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Comel Lah Ustaz”- Gelagat UAI Ketika Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Hati-hati Bila Cakap” – Ustaz Azhar Idrus Tegur Netizen Elak Tukar Perkataan ‘Neraka’ Kepada ‘Melaka’

UAI Jawab Soalan Hukum Campur Darah Dalam Adunan Keropok

Menerusi satu petikan video ceramah yang dikongsi di TikTok (@airmilosatu2001), Ustaz Azhar Idrus pada awalnya menjawab soalan daripada salah seorang pendengar yang berbunyi, “Apakah hukum makan keropok lekor yang pembuatannya dicampur dengan darah ikan?”

Beliau menjelaskan bahawa hukumnya adalah haram dan berdosa kerana darah dianggap sebagai najis dalam Islam. Malah menurutnya, sesiapa yang memakan makanan haram termasuk najis, maka layak dirinya masuk ke neraka.

Penjelasan tersebut turut disandarkan kepada firman Allah dalam Surah al-An’am, ayat 145, serta hadis riwayat Ibn Hibban dan al-Hakim.

Sebagai tambahan, UAI turut menunjukkan demonstrasi secara ringkas bagaimana proses pembuatan keropok lekor yang dikisar terus bersama darah ikan berlaku.

Menurut beliau, terdapat segelintir peniaga yang tidak menyiang ikan dengan betul, sebaliknya terus mengisar isi ikan bersama darah ke dalam adunan tepung sebelum digoreng seperti biasa.

Jelasnya lagi, tindakan sedemikian menjadikan makanan itu haram dimakan kerana telah bercampur dengan najis yang jelas.

@airmilosatu2001

buat keropok lekor : isi ikan, darah dan perut sekaligus tanpa dibersihkan – ustaz azhar idrus #ustazazharidrus #uai #viral

♬ bunyi asal – airkosong – airkosong
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Beri Pelbagai Pandangan, Kongsi Pengalaman Sediakan Keropok Lekor

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan pandangan mereka yang berbeza-beza terhadap isu ini.

Ada yang berkongsi pengalaman bekerja di kedai keropok lekor dan mengesahkan bahawa proses siangan dan pembersihan ikan sememangnya dilakukan.

Selain itu, ada juga yang menyatakan bahawa tidak semua peniaga culas dalam menjaga SOP dan kebersihan. Malah, banyak kedai sekarang didakwa lebih peka terhadap garis panduan halal dalam penyediaan makanan.

Sumber: TikTok @airmilosatu2001
Sumber: TikTok @airmilosatu2001

Sebahagian pengguna turut menyokong teguran UAI, menyifatkan ia sebagai peringatan penting kepada peniaga yang mementingkan keuntungan melebihi hukum agama.

Sumber: TikTok @airmilosatu2001
Sumber: TikTok @airmilosatu2001

Perlu Lebih Peka Terhadap Isu Halal & Kebersihan

Sumber: Pexels

Dalam isu makanan halal, bukan sahaja bahan mentah perlu bersih tetapi cara penyediaan juga mesti mengikut syarak.

Merujuk kepada penjelasan di laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, konsep halalan tayyiban menuntut makanan bukan sekadar halal, tetapi juga suci dan bersih dari sebarang najis.

Pengguna Muslim sepatutnya mengutamakan makanan yang diyakini bersih daripada unsur haram.

Sehubungan itu, pengusaha Muslim juga perlu memantau rantaian penyediaan agar tidak terjejas dengan unsur syubhah.

Bagi pengguna, ini satu peringatan untuk lebih cakna dan bertanya tentang sumber makanan yang dibeli.

Manakala bagi peniaga, ini masa yang sesuai untuk menyemak semula SOP agar tidak tergolong dalam kalangan mereka yang “makan dan beri makan najis”, seperti yang disebut UAI.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Racun Beruk Gara-gara Masuk Ke Dalam Rumah? Ini Penjelasan UAI

Baca Artikel Berkaitan: “Moga Tiada Isu Lepas Ni” – UAI Lulus Tauliah Ceramah Oleh Maidam

Baca Artikel Berkaitan: UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd