Now Reading
[Video] Rider Alih Perhatian Anggota Polis, Taktik Ajak Berbual Elak Kena Saman Buat Ramai Relate

[Video] Rider Alih Perhatian Anggota Polis, Taktik Ajak Berbual Elak Kena Saman Buat Ramai Relate

Difahamkan, usaha keras yang dilakukan rider itu gagal apabila dia tetap disaman oleh anggota polis trafik berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak semua yang melintasi sekatan jalan raya akan dikenakan tindakan, namun ramai yang mencuba pelbagai cara untuk lepas tanpa saman. Ada yang pura-pura tak dengar, ada juga yang cuba beramah mesra dengan anggota bertugas.

Antara pendekatan paling popular dalam kalangan penunggang motosikal adalah dengan membuka topik perbualan berkaitan kenderaan, lebih-lebih lagi jika anggota yang menahan turut menunjukkan minat yang sama.

Namun tidak semua cubaan menjadi. Ada ketika, walaupun sudah bijak berbual panjang, saman tetap sampai ke tangan. Situasi itulah yang terjadi pada seorang rider ini apabila dia ditahan dalam sebuah sekatan jalan raya sewaktu melakukan aktiviti tunggangan solonya.

Baca Artikel Berkaitan: “Daddy Scared Too!” – Gelagat Anak & Ayah Terserempak Roadblock Polis Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Raih 3.5 Juta Tontonan, Gelagat Kucing Merajuk Abang Polis ‘Curi’ Patung Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan

Pancing Simpati Guna Topik Motor, Tapi Tetap Disaman

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@br8dzilla_), seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi berkongsi pengalaman menarik ketika melalui sekatan jalan raya.

Dalam video berkenaan, dia dilihat cuba memancing minat anggota trafik dengan berbual tentang motosikal, dengan harapan dapat mengelak daripada dikenakan saman.

Anggota trafik tersebut dilihat berminat apabila topik motosikal dibuka, bahkan sempat berkongsi bahawa dia sendiri menyukai model Yamaha R6 dan pernah memasang impian untuk memilikinya.

Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh pemilik video untuk menyambung perbualan. Dia dilihat siap menambah lebih banyak perincian tentang motosikal berkuasa tinggi kelas 600cc seolah-olah sedang buat sesi promosi jualan.

Namun segala usaha dan skil komunikasi yang ditunjukkan itu akhirnya sia-sia apabila dia tetap dikenakan saman.

Pemilik video tersebut turut mengakui dengan nada bergurau bahawa taktiknya gagal walaupun berjaya mengalihkan topik agak lama.

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Penunggang Dapat Relate, Sifatkan Taktik Pemilik Video Salah ‘Step’

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen, terutamanya penunggang motosikal yang biasa melalui situasi sama.

Ramai yang terhibur dengan taktik memanjangkan perbualan sambil berharap agar anggota lupa tujuan asal mereka menahan.

Sumber: TikTok @br8dzilla_
Sumber: TikTok @br8dzilla_

Ada yang berjenaka, selagi anggota belum minta IC dan lesen, selagi itu boleh teruskan sesi temu ramah spontan.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat pemilik video silap langkah apabila cuba melawan arus pandangan anggota dalam nada gurauan.

Tak kurang juga yang mendakwa anggota terbabit sebenarnya sudah dapat baca niat pemilik video sejak awal, namun tetap melayan secara profesional dan mesra walaupun tahu individu itu cuba ‘memancing’.

Sumber: TikTok @br8dzilla_
Sumber: TikTok @br8dzilla_

Budi Bicara Polis Penting, Tapi Patuhi Undang-Undang Tetap Keutamaan

Sumber: MalayMail

Hakikatnya, setiap interaksi di sekatan jalan raya sangat bergantung kepada budi bicara anggota polis.

Kalau kesalahan kecil seperti cermin sisi tercabut atau ekzos bising kerana baru keluar ride, ada kalanya anggota boleh beri kelonggaran jika penunggang beri kerjasama penuh dan tidak cuba lari.

Namun begitu, penting untuk diingat bahawa budi bicara bukan tiket untuk melanggar undang-undang. Kalau dah tahu salah, jangan pula harapkan borak kosong boleh jadi lesen kebal.

Polis masih perlu menjalankan tugas mengikut prosedur, dan tiada jaminan bahawa semua kes boleh dilepaskan hanya kerana pendekatan lembut.

Apa pun, yang penting jangan panik bila nampak roadblock. Kalau tak buat salah, lalui saja dengan tenang.

Kalau ada salah sikit, mohon maaf dan beri kerjasama sebaik mungkin. Kadang-kadang senyuman dan sopan santun lebih berkesan daripada taktik borak pancing simpati.

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Lupa Ke Dia Kambing?” – Video Kucing Bermain Dengan Anak Kambing Raih 5.9 Juta Tontonan!

Baca Artikel Berkaitan: “Comel Je!” – Gelagat Si Kecil Halau Ayah Balik Ketika Tunggu Di Luar Kelas Buat Ramai Geli Hati


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd