Now Reading
[Video] “Aku Lelaki Pertama Menyayanginya”- Ucapan Ayah Buat Anak Perempuan Di Hari Nikah Undang Sebak

[Video] “Aku Lelaki Pertama Menyayanginya”- Ucapan Ayah Buat Anak Perempuan Di Hari Nikah Undang Sebak

Dalam ucapan yang diberikan oleh si ayah, dia turut berharap agar sang suami dapat menjaga anak perempuan yang disayanginya dengan bimbingan, kasih sayang serta jagaan yang baik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap yang bergelar bapa pasti sanggup melakukan apa sahaja demi anak yang tercinta apatah lagi jika anaknya itu adalah seorang perempuan.

Ini kerana, mereka mahu memastikan anak-anak hidup dalam keadaan selesa, selamat dan aman dari kecil sehinggalah besar.

Namun seorang ayah pasti sebak apabila tiba waktu untuknya melepaskan tanggungjawab menjaga anak perempuan kepada suaminya apabila mereka bernikah dan berharap individu itu boleh menjaga sepertinya atau lebih baik darinya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Peluk Erat Pengantin Perempuan Sebelum Majlis Persandingan Buat Ramai Sebak [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Bimbingnya Menjadi Bidadari”- Ucapan Ayah Kepada Menantu Ketika Majlis Pernikahan Buat Ramai Sebak [Video]

Ucapan bapa kepada anak perempuan di hari pernikahan undang perhatian

Baru-baru ini, seorang bapa turut merasai perkara sama di hari pernikahan anak perempuannya, malah turut memberi pesanan buat menantu untuk menjaga anak tercinta dengan baik.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Zella di TikTok, luahan kasih sayang dan pesanan itu dilakukan oleh ayahnya di dalam satu ucapan sebaik dia dan suami selesai diijabkabulkan.

“Lelaki yang pertama memeluknya adalah aku, lelaki pertama yang menciumnya adalah aku, lelaki pertama yang menyayanginya juga adalah aku.

“Aku korbankan tenaga, jiwa, raga dan usaha semata-mata untuk membesarkan dia demi melaksanakan amanah Allah SWT kepada ku. Dengan hari ini aku menyerahkan amanah itu kepada mu (menantu).

“Dan harapan ku sebagai seorang ayah, bimbinglah dia, sayangilah dia, jaga lah dia. Jangan kau sakiti hati dia. Kau pimpinlah tangannya sehingga membawanya menghadap ke Allah SWT,” kata si ayah dalam video tersebut.

Kelihatan pengantin perempuan tak dapat menahan sebak mendengar ucapan ayah

Ucapan tersebut secara tidak langsung turut membuatkan Zella sebak dan mengalirkan air mata sepanjang mendengar ucapan yang penuh makna dari ayahnya itu.

Malah si ayah turut berpesan kepada anak perempuannya untuk menjaga diri, maruah, taat dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.

“Ayah dan ibu akan sentiasa mendoakanmu, atas kebahagianmu agar rumahtanggamu sakinah, mawadah dan warahmah.

“Yang terakhir, walaupun kau telah dinikahi tapi hakikatnya kamu tetap puteri ayah dan ibu. Jagalah diri baik-baik,” ujar si ayah dengan nada yang sebak.

Ramai sebak mendengar ucapan ayah untuk anak perempuan kesayangannya

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berasa sebak apabila mendengar ucapan ayah pengantin perempuan.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat ia adalah satu perkara yang manis apabila dapat mendengar ucapan luahan ayah mengenai anaknya.

Malah ada juga yang mengatakan mana-mana lelaki yang mempunyai anak perempuan mungkin itu adalah perkara yang akan mereka lalui apabila anak bernikah suatu hari nanti.

Selain itu, ada netizen mengatakan pengantin perempuan begitu beruntung kerana mempunyai seorang ayah yang bertanggungjawab dan begitu menyayanginya.

“Yang sebelah ayah tu, yang baju biru tu. Terlalu hiba dan menangis dia, ucapan yang terlalu mendalam buat anak perempuan kesayangan dia”
This image has an empty alt attribute; its file name is ucapan-ayah-untuk-anak-perempuan-1.jpg
“Aku ada 3 anak, semua perempuan. Esok-esok aku pun akan nikahkan anak aku. Aku tak pandai berskrip macam ni, cuma harapan aku anak-anak aku jumpa lelaki yang tepat”
This image has an empty alt attribute; its file name is ucapan-ayah-untuk-anak-perempuan-2.jpg

“Bestnya perasaan dapat ucapan dari ayah”

This image has an empty alt attribute; its file name is ucapan-ayah-untuk-anak-perempuan-3.jpg


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd