Now Reading
“Kau Tingkat Berapa?” – Gelagat Rider Terpaksa Naik Lif Dengan Anjing Buat Ramai Terhibur

“Kau Tingkat Berapa?” – Gelagat Rider Terpaksa Naik Lif Dengan Anjing Buat Ramai Terhibur

Difahamkan, anjing tersebut memang belaan penduduk yang menetap di situ dan sering menunggu orang lalu-lalang untuk menggunakan lif bersama-sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam tugas sebagai penghantar makanan, macam-macam cabaran luar jangka boleh berlaku. Ada yang ‘disidai’ lama, ada yang tersesat cari alamat, malah kadangkala terpaksa berhadapan dengan haiwan peliharaan pelanggan.

Bagi sesetengah individu, berdepan dengan binatang tertentu seperti anjing boleh jadi agak mendebarkan. Apatah lagi jika melibatkan situasi tertutup seperti di dalam lif bangunan bertingkat.

Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok memaparkan gelagat seorang rider yang terpaksa berkongsi lif dengan seekor anjing peliharaan di sebuah kediaman jenis highrise.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Buat Trend Lagu Raya, Pemilik Pakaikan Anjing Husky Baju Melayu & Baju Kurung Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lucu Anjing Merajuk Dengan Tuan Bikin Ramai Geli Hati. Macam Tengok Diri Sendiri!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anjing Dimarahi ‘Ibu’ Kerana Buat Bising Bikin Ramai Terhibur

Anjing Dah Masuk Dulu, Pemuda Terpaksa Ikut Sama

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@hrstiles), rider tersebut berkongsi pengalaman lucu ketika mahu menghantar makanan ke sebuah rumah kediaman tinggi dipercayai di Singapura.

Ketika pintu lif terbuka, seekor anjing peliharaan yang turut menunggu terus meluru masuk dan duduk di dalam lif.

Tanpa pilihan lain, lelaki itu turut masuk dan secara berjenaka bertanya kepada anjing itu, “Kau tingkat berapa? Aku nak pergi tingkat 14.”

Lebih mencuit hati, anjing tersebut kemudian berganjak ke tepi, seakan memberi ruang kepadanya untuk berdiri.

Namun sebaik lelaki itu masuk, haiwan itu tiba-tiba bangun dan mula menghampiri, menyebabkan pemuda itu panik dan secara spontan menyebut “Ya Allah”.

Apa yang membuatkan ramai geli hati ialah anjing tersebut kemudiannya berhenti, kembali duduk seperti memahami situasi.

Reaksi anjing tersebut yang seakan-akan faham bahawa lelaki berkenaan tidak boleh bersentuhan dengannya membuatkan situasi bertambah lucu.

Sesudah pintu lif terbuka, anjing tersebut terus bangun dan keluar daripada lif dan meneruskan perjalanan pulangnya.

Difahamkan, anjing itu merupakan haiwan peliharaan penduduk setempat dan sudah biasa menggunakan lif bersama penghuni atau orang ramai di kawasan tersebut.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Pecah Perut, Siap Karang Dialog Anjing Dalam Lif

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat spontan lelaki tersebut dan ‘keramahan’ si anjing yang langsung tidak kekok berada dalam lif bersama manusia.

Ramai yang bergurau dengan mencipta pelbagai versi dialog untuk anjing itu seperti, “Oh, kau Muslim. Minta maaf ye.”

Sumber: TikTok @hrstiles
Sumber: TikTok @hrstiles
Sumber: TikTok @hrstiles

Selain itu, ada juga pengguna yang menyarankan agar empunya haiwan ini untuk memakaikan kolar yang mengandungi maklumat alamat rumah seperti aras.

Menurutnya, ia akan memudahkan orang ramai yang membantu tentukan aras untuk anjing itu pulang ke rumah.

Sumber: TikTok @hrstiles

Kalau Tersentuh Anjing, Macam Mana Nak Sertu?

Untuk makluman, jika terkena najis anjing secara basah seperti air liur, umat Islam diwajibkan melakukan sertu.

Proses ini mudah sahaja. Ia hanya melibatkan pembasuhan bahagian yang terkena dengan air tanah sebanyak sekali, diikuti enam kali dengan air bersih.

Baca Artikel Berkaitan: Selipar Kena Kencing Anjing, Perlu Sertu Atau Samak? Ini Penjelasannya

Namun jika tiada sentuhan langsung atau kedua-duanya kering, maka tidak perlu dilakukan sertu. Dalam video tersebut, jelas kelihatan tiada sebarang sentuhan berlaku, dan lelaki itu juga berjaya mengelak sebarang interaksi fizikal.

Walaupun kejadian itu kelakar, reaksi berhati-hati lelaki tersebut tetap menunjukkan sikap hormat dan waspada terhadap hukum agama dalam situasi yang tidak dijangka.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Individu Beri Makan Kepada Anjing Jalanan Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hujan Lebat Sebabkan Anjing Berteduh Depan Pintu Rumah, Tindakan Lelaki Ini Biarkan Ia Rehat Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anjing Terlepas Naik Tren, Netizen Puji Orang Ramai Tak Panik & Cuba Bawa Ia Keluar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd