Now Reading
[Video] Asnaf Dakwa Sistem Agihan Barang Tidak Telus, MAIWP Tampil Beri Penjelasan

[Video] Asnaf Dakwa Sistem Agihan Barang Tidak Telus, MAIWP Tampil Beri Penjelasan

Menerusi video berkenaan, seorang penerima bantuan mendakwa pihak MAIWP tersilap menghantar lampin pakai buang jenis tidak tepat serta berlaku kelewatan agihan keperluan asas lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak semua bantuan mudah disalurkan dengan tepat, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan barangan khas dan keperluan unik bagi setiap penerima. Dalam sistem agihan zakat, banyak faktor teknikal dan dokumentasi perlu diambil kira.

Namun bagi sesetengah pihak, kelewatan atau kesilapan yang berlaku sering dilihat sebagai kecuaian atau ketidakprihatinan. Sedangkan agensi berkaitan sentiasa berusaha menyantuni keperluan asnaf sebaik mungkin.

Baru-baru ini, tular satu video TikTok memaparkan dakwaan seorang penerima bantuan yang mendakwa menerima lampin pakai buang tidak mengikut apa yang diminta daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Baca Artikel Berkaitan: Zakat Pendapatan Perlu Dibayar Sebelum Hujung Tahun, Ini Cara Pengiraannya

Baca Artikel Berkaitan: Individu Persoal 12% Upah Amil, Lembaga Zakat Selangor Beri Penjelasan

Baca Artikel Berkaitan: Ini Waktu Terbaik Untuk Bayar Zakat Fitrah. Jika Terlepas, Dikira Berdosa & Ada Penyelesaiannya

Penerima Bantuan Tampil Dakwa Berlaku Kesilapan & Sistem Tidak Telus

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok (@aatvmedia.officials), seorang penerima bantuan tampil menyuarakan rasa kecewa dan mendakwa terdapat kelewatan dan ketidaktelusan pengurusan bantuan oleh MAIWP dan Baitulmal.

Dia mendakwa bantuan seperti susu dan lampin pakai buang sering dihantar lewat hingga mencecah dua hingga tiga bulan.

Malah, berulang kali berlaku kesilapan penghantaran barang walaupun permintaan telah dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan.

Menurutnya, pihak MAIWP meminta dia hadir ke cawangan untuk mengisi borang pertukaran barang.

Namun dia menegaskan bahawa kesilapan itu bukan berpunca daripada pihak penerima, sebaliknya kelemahan sistem manual sedia ada yang menyebabkan masalah berulang.

Wanita itu turut menyarankan agar sistem bantuan ditukar kepada platform dalam talian yang lebih sistematik dan telus.

Selain itu, dia turut menyebut bahawa terdapat bantuan yang masih dihantar kepada penerima yang sudah meninggal dunia, menyebabkan barangan perlu dijual semula atau disimpan begitu sahaja.

Katanya, masalah ini berpunca daripada kelewatan pengemaskinian data dan proses manual yang lemah.

Mengulas lebih lanjut, pengadu menyuarakan keraguan terhadap wujudnya ‘kartel’ dalam proses pembekalan kerana sistem bantuan yang tidak berubah sejak sekian lama.

Tambahnya, keseluruhan proses agihan ini wajar distruktur semula secara digital demi manfaat semua pihak.

“Saya bukan bercakap untuk diri saya sahaja. Ramai lagi penerima bantuan di kawasan saya yang senasib, tapi mereka tak berani bersuara sebab takut bantuan mereka dibatalkan,” ujarnya.

@aatvmedia.officials

Asnaf Bongkar Kelemahan Sistem kuno MAIWP & Baitulmal Luah rasa kecewa Bantuan MAIWP Lambat dan Salah Hantar….. KUALA LUMPUR, 6 Jun 2025 – Seorang penerima bantuan asnaf, Puan Putri, meluahkan rasa kecewa dan keceburuan terhadap kelewatan serta kesilapan dalam agihan bantuan barangan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu anak-anaknya. Menurut Puan Putri, permohonan bantuan pampers jenis seluar saiz XL sering kali ditukar kepada jenis “tape”, selain proses kelulusan bantuan yang sering tertangguh hingga dua hingga tiga bulan. “Dah bertahun-tahun jadi isu ini. Sistem masih manual, lambat, dan tak telus,” katanya dalam kenyataan kepada media. Beliau turut menyuarakan bahawa ramai golongan asnaf lain yang tidak berani bersuara, bimbang permohonan mereka akan dibekukan atau ditolak. Keadaan ini menyebabkan sesetengah keluarga hidup dalam tekanan berpanjangan kerana bantuan asas tidak sampai mengikut jadual. Puan Putri turut mencadangkan agar sistem bantuan MAIWP ditambah baik menggunakan sistem digital dan dalam talian sepenuhnya bagi mengelakkan kelewatan dan kesilapan berulang. Isu ini turut mendapat perhatian netizen selepas dakwaan wujudnya unsur “kartel” dalam pengagihan barang bantuan turut dibangkitkan oleh individu lain yang hadir dalam sesi tersebut. “Saya bukan mahu menjatuhkan sesiapa, tapi saya hanya mahu keadilan untuk golongan yang benar-benar memerlukan. Kami tak minta banyak, cuma mahu sistem yang adil dan cepat,” ujar beliau. #SuaraAsnaf #BantuanAsas #MAIWP #TelusDanBerhemah #KeadilanUntukAsnaf #SistemDigitalSekarang #AsnafPerluDibela #PampersAnakSaya #IsuBantuanLambat

♬ Epic Cinematic – Florews
Tonton video penuh [DI SINI].

MAIWP Beri Penjelasan Berhubung Isu Tular Di TikTok

Menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook MAIWP pada Sabtu (8 Jun), pihak agensi tampil memberi maklum balas susulan dakwaan yang tular pada Jumaat (6 Jun) berkaitan kesilapan penghantaran jenis lampin di bawah Skim Bantuan Perubatan MAIWP.

Menurut kenyataan itu, pihak MAIWP menegaskan mereka sentiasa prihatin terhadap keperluan asnaf dan memegang amanah pembayar zakat dalam memastikan dana diagihkan dengan adil seperti disyariatkan.

Pihak MAIWP juga menafikan wujudnya ‘kartel’ dalam proses pembekalan barangan. Semua pembekalan dibuat melalui tender terbuka dan pembekal dilantik mengikut zon tertentu bagi memastikan ketelusan.

Tambah kenyataan itu lagi, pemberian bantuan dilakukan secara bulanan atau ‘one-off’ bergantung kepada keperluan dan dokumen sokongan daripada pakar perubatan.

Mengulas lanjut perihal itu, mereka turut tampil dengan cadangan untuk membuat penilaian semula sekiranya terdapat keperluan khas atau perubahan spesifikasi barang yang dimohon.

Sudah Beri Bantuan Sejak 2018 – MAIWP

Rekod juga menunjukkan pelbagai jenis bantuan telah diberikan kepada keluarga terbabit sejak tahun 2018, termasuk bantuan kewangan bulanan, sewa rumah, perubatan, keusahawanan dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, pihak MAIWP menegaskan mereka sentiasa terbuka menerima aduan dan cadangan untuk penambahbaikan, dan akan terus memastikan kebajikan asnaf terpelihara selaras dengan amanah pembayar zakat.

JAWHAR, JAWI & MAIWP, Hal Ehwal Umat Di Wilayah Persekutuan

Untuk makluman, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berperanan dalam kutipan dan agihan zakat, pembangunan institusi pendidikan serta kebajikan umat Islam di wilayah yang ditadbir secara lansung oleh kerajaan pusat.

Baca Artikel Berkaitan: Penguat Kuasa Agama Ketuk Pintu, Boleh Atau Tidak? Ini Fungsi & Peranan Agensi Agama Di Malaysia

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pula berfungsi menyelaras dan memantau pengurusan wakaf, zakat dan haji di peringkat nasional.

Ia juga memberi sokongan dari aspek pengurusan sumber manusia dan ICT kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri, selain menjalankan penyelidikan mengenai pembangunan sumber kekayaan umat Islam.

Bagi Wilayah Persekutuan, pentadbiran hal ehwal Islam dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang meliputi:

  • Pendidikan
  • Perkahwinan
  • Penguatkuasaan undang-undang syariah
  • Aktiviti dakwah
  • Pengurusan institusi masjid.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Hantaran Bapa Jaga Bayi Seorang Diri, Lembaga Zakat Selangor Dedah Kisah Sebenar

Baca Artikel Berkaitan: Kempen #KongsiKebaikan Oleh Grab Sempena Ramadan & Raya Beri Impak Buat Komuniti


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd