Now Reading
“Dah Macam Drive-Thru” – Ramai Terhibur Lihat Sambutan Birthday Keluarga Ini Tak Sampai Seminit

“Dah Macam Drive-Thru” – Ramai Terhibur Lihat Sambutan Birthday Keluarga Ini Tak Sampai Seminit

Difahamkan, sambutan ekspres itu berlaku apabila ahli keluarga yang ingin diraikan tiba lebih lewat daripada jangkaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ramai memilih untuk mencipta suasana gembira bersama keluarga. Ada yang buat kejutan, ada juga yang siapkan dekorasi dan kek cantik sebagai simbolik meraikan insan tersayang.

Namun, semua perancangan kadangkala bergantung pada satu perkara utama iaitu kehadiran individu yang diraikan. Kalau dia lambat, maka lambatlah segalanya.

Baru-baru ini, satu rakaman video yang dimuat naik ke TikTok telah mencuri perhatian ramai apabila keluarga yang meraikan hari jadi terpaksa menyambutnya dengan cara paling ringkas dan kelakar.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Selamat Hari Jadi, Dearself” – Ramai Sebak Aksi Pakcik Ini Sambut Birthday Seorang Diri

Baca Artikel Berkaitan: “Comel Je!” – Gelagat Si Kecil Halau Ayah Balik Ketika Tunggu Di Luar Kelas Buat Ramai Geli Hati

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gosip Dengan Bapa Tak Pandang Kiri Kanan, Reaksi Si Anak Kantoi ‘Ngumpat’ Ibu Bikin Dekah

Nyanyi Laju, Tiup Lilin & Terus Angkat Meja

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@halijaharis1), seorang pengguna berkongsi suasana ketika keluarganya menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang ahli.

Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat mendorong seorang lelaki ke arah meja dalam keadaan tergesa-gesa.

Seorang lagi lelaki pula memegang kek, sambil ahli keluarga lainnnya membakar lilin di atasnya dengan cepat. Ada juga yang dilihat turut meletakkan kotak dan pelapik kek di atas meja.

Beberapa saat kemudian, kesemua ahli keluarga mula berkumpul mengelilingi meja tersebut.

Apa yang mencuit hati adalah nyanyian lagu hari jadi yang dinyanyikan dalam tempo sangat laju, dengan hanya beberapa rangkap sahaja sebelum mereka cepat-cepat menyuruh lelaki itu meniup lilin.

Sebaik lilin ditiup, mereka terus bersorak dan segera mengalihkan semua barang di atas meja.

Malah, meja itu sendiri turut diangkat dan dibawa ke dapur. Pemilik video turut dilihat menutup suis lampu di ruang tamu, menjadikan suasana sambutan semakin kelakar dan spontan.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur, Ada Yang Samakan Dengan ‘Drive-Thru’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat keluarga tersebut. Ada yang berjenaka mengatakan sambutan itu seperti “birthday drive-thru” kerana segalanya berlaku begitu pantas.

Sumber: TikTok @halijaharis1

Mengenali rakyat Malaysia yang kreatif dan suka bergurau, ada juga yang membayangkan situasi sama berlaku dalam keluarga mereka sendiri jika yang diraikan tiba terlalu lewat malam.

Sumber: TikTok @halijaharis1
Sumber: TikTok @halijaharis1
Sumber: TikTok @halijaharis1

Sambutan Hari Jadi Tak Semestinya Mewah

Setiap keluarga ada cara tersendiri menyambut hari istimewa. Ada yang suka secara meriah, ada juga yang lebih suka sambutan ringkas. Seperti sebelum ini, seorang wanita memilih untuk menyambut hari lahirnya dengan bersedekah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sambut Hari Lahir Dengan Cara Luar Biasa, Wanita Ini Belanja Minyak Percuma Untuk Rider

Menerusi satu video di TikTok (@nxssdna), wanita itu dilihat memasuki sebuah stesen minyak dan memaklumkan kepada penjaga kaunter bahawa dia ingin membayar minyak untuk penunggang motosikal yang hadir hari itu.

Disebabkan perlu segera ke tempat kerja, dia hanya sempat membuat pindahan wang kepada penjaga kaunter untuk diuruskan bagi pihaknya.

https://www.tiktok.com/@nxssdna/video/7506367653695704327?_r=1&_t=ZS-8wVvotR1AsE
Tonton video penuh [DI SINI].

Walaupun ringkas, sambutan seperti itu memberi makna besar kepada penerima bantuan, dan menjadi satu cara berbeza menyambut ulang tahun kelahiran.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Ada Kawan” – Gadis Datang Beli Muffin Untuk Sambut Birthday Sendiri Undang Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Suami Teruja Isteri Buat Surprise Ucapan Hari Jadi Di Ferris Wheel, FunPark Gamuda Luge Garden


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd