Now Reading
[Video] Kereta Digores Dalam Parkir Mall, Wanita Kesal Pengurusan Beri Alasan Tak Masuk Akal

[Video] Kereta Digores Dalam Parkir Mall, Wanita Kesal Pengurusan Beri Alasan Tak Masuk Akal

Difahamkan kereta wanita itu ditemui calar balar walaupun diparkir di kawasan berbayar yang dijangka selamat dan dipantau.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi ramai pengguna jalan raya, meletakkan kenderaan di kawasan parkir berbayar sering dianggap sebagai pilihan yang lebih selamat dan teratur. Kebiasaannya, kawasan seperti ini dilengkapi dengan sistem keselamatan asas termasuk rondaan pengawal dan kamera litar tertutup (CCTV).

Walaupun begitu, ada situasi di mana kejadian tidak diingini tetap berlaku tanpa disedari. Hal ini boleh mengundang rasa kecewa, lebih-lebih lagi jika kesukaran timbul ketika pengguna cuba mendapatkan penjelasan atau tindakan susulan.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalamannya menerusi TikTok apabila mendakwa keretanya mengalami kerosakan sewaktu diparkir seharian di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Kena Conteng & Cermin Sisi Dikepak Hanya Kerana Parkir Di Kawasan Flat Yang Telah Dicop

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Rakaman Lelaki Didakwa Cuba Curi Bateri Kereta Di Tempat Parkir

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Parkir Kereta Tengah Jalan Di KLIA, Selamba Hisap Rokok Sambil Tengok Jalan Sesak

Kereta Calar Balik Shooting, Dakwa Dapat Alasan Tak Logik

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@aween_amirah), wanita ini berkongsi situasi malang yang menimpa selepas keretanya digores semasa diparkir dalam kawasan parkir sebuah pusat beli-belah.

Menurutnya, ketika kejadian, suaminya menggunakan kereta miliknya kerana kereta sendiri berada di bengkel. Suaminya masuk ke mall seawal jam 7.30 pagi untuk penggambaran dan dapat parkir di lokasi yang baik.

Namun apabila keluar sekitar jam 10 malam, kereta didapati sudah tercalar teruk. Laporan terus dibuat kepada polis bantuan di lokasi, namun maklum balas yang diterima keesokan hari sangat mengecewakan.

Dakwa wanita itu, jawapan yang diberikan kepada Production Manager suaminya adalah, “Kereta park kat CCTV yang view terlindung tiang. Lain kali park di tempat CCTV boleh nampak.”

Wanita itu meluahkan rasa kecewa terhadap jawapan tersebut, dan menyindir bahawa jika yang terkena itu kereta mewah seperti Porsche atau Ferrari, mungkin lain layanan yang diberi.

@aween_amirah

Kronologi 5 Jun 2025, husband pakai kereta aku sebab kereta dia masuk workshop. So okaylah cuti sekolah aku xde nak hantar ambik anak. Nak dijadikan cerita 5hb dia shooting dalam mall ni lah. Masuk mall masa mall belom bukak, 7.30am so dia dapat la parking port boek punya. Okaylah masuk shooting kat dlm mall, keluar pukul 10malam, terkejut tengok keadaan kereta dah calar balar. Report dekat polis bantuan dalam mall, diorang cakap akan update so balik lah. Esoknya Production Manager pun follow up dengan mall/ polis bantuan Mytown tu. Sekali apa jawapan polis tu?? Hahahahah gelak jap. Korang tengoklah gambar last tu. Untuk abg polis tu, saya harap benda ni tak jadi kat awaklah. Banyak pulak masa kau masuk mall pastu nak check cctv dulu baru parking ek. Laka2 je abam. Nasib laa kami ni bukan siapa2. Kalau kereta Porche ke Ferarri ke yang kena, mau kucur tulurrr ekk.. renung2 kan dan selamat beramal dihari Arafah ni. Moga Allah angkat doa2 orang2 teraniaya dimuka bumi nya ini. Aaamiin Ya Rabbal Aalamin… mmytowncheraspparkingvandalismeperoduaalza

♬ original sound – Aween_Amirah – Aween_Amirah
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Beri Pelbagai Pendapat, Ada Yang Berpendapat Salah Sendiri

Menjengah ke ruangan komen, netizen dilihat berbelah bahagi dalam memberikan pandangan.

Ada yang mempersoalkan sama ada kenderaan tersebut mungkin mengambil petak parkir kakitangan atau diparkir secara senget hingga menimbulkan kemarahan pengguna lain.

Namun ramai juga yang bersimpati dan menyokong pemilik kereta dengan mengatakan bahawa membayar caj parkir seharusnya datang dengan jaminan keselamatan minimum.

Sumber: TikTok @aween_amirah
Sumber: TikTok @aween_amirah
Sumber: TikTok @aween_amirah
Sumber: TikTok @aween_amirah

Tambahan pula, bukan mudah untuk memastikan lokasi parkir bebas halangan CCTV tanpa bantuan pengurusan.

Kalau Dah Bayar, Siapa Sebenarnya Bertanggungjawab?

Sumber: Pexels

Kes seperti ini bukan perkara baru. Menurut laporan The Sun, isu tanggungjawab pihak pengurusan parkir pernah dibangkitkan apabila seorang wanita turut mengalami nasib sama selepas keretanya rosak di kawasan parkir berbayar.

Menurut peguam Siva Ganish Sudrarajoo, pengendali parkir boleh dipertanggungjawabkan di bawah Akta Kontrak 1950 dan prinsip tort of negligence (kecuaian), bergantung kepada bukti dan dokumentasi yang dikemukakan.

Mahkamah Rayuan dalam kes Euro Rent A Car Sdn Bhd v. Sunway Parking Services Sdn Bhd (2020) memutuskan bahawa pengendali parkir tidak boleh berselindung di sebalik klausa pengecualian kerana pelanggan telah membayar untuk perkhidmatan tersebut.

Untuk menuntut ganti rugi, individu perlu lalui beberapa proses awal. Antaranya:

  • Simpan bukti bayaran parkir
  • Ambil gambar atau video semasa dan selepas parkir
  • Simpan rakaman dashcam jika ada
  • Buat laporan polis segera
  • Tuntut melalui insurans atau failkan tuntutan sivil dalam tempoh enam tahun mengikut Limitation Act 1953

Jelasnya, pelanggan mempunyai hak untuk menuntut keadilan, terutamanya apabila telah membayar untuk perkhidmatan yang sepatutnya menjamin keselamatan kenderaan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Gesel, Jadi Salah Lori” – Kereta Parkir Sesuka Hati Tepi Jalan Di R&R Bikin Ramai Berang

Baca Artikel Berkaitan: Sikap Segelintir Penduduk Flat Guna Botol Air Untuk Cop Parking Buat Netizen Berang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Boleh Relate Luahan Wanita Tentang Budaya Cop Parkir Di Rumah Flat [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd