Now Reading
[Video] Lelaki Hadiahkan Loket Emas Kepada Setiap Nurse Sebagai Tanda Penghargaan Kerana Jaga Isteri & Bayinya

[Video] Lelaki Hadiahkan Loket Emas Kepada Setiap Nurse Sebagai Tanda Penghargaan Kerana Jaga Isteri & Bayinya

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan suami kepada influencer, Shaniena Natasya membeli lebih daripada lima beg berisi loket emas untuk diberikan kepada ‘nurse’ di hospital berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kerjaya sebagai seorang jururawat bukanlah satu perkara yang mudah. Bahkan ia sering disifatkan sebagai satu pekerjaan yang mulia kerana mereka bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pesakit tanpa mengira latar belakang.

Bukan hanya itu,atas dasar tanggungjawab mereka yang bergelar jururawat juga cuba menjaga pesakit dengan baik sehingga sembuh dan dibenarkan pulang.

Meskipun terpaksa melayan pelbagai kerenah pesakit namun mereka dilihat sabar dan menjalankan tanggungjawab sehabis baik.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila terdapat ramai pesakit dan keluarga sentiasa melakukan kebaikan dengan memberi makanan atau hadiah kepada jururawat sebagai tanda terima kasih sudah menjaga dengan baik.

Lelaki hadiahkan emas kepada jururawat yang jaga isteri dan bayinya

Baru-baru ini, suami kepada influencer dan usahawan Shaniena Natasya iaitu Choudry Wasim telah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat membawa beberapa beg kecil untuk diberikan kepada jururawat di sebuah hospital swasta.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Shaniena di TikTok, awalnya kelihatan suaminya itu memegang beberapa beg kecil tersebut sewaktu datang melawat isteri tercinta di hospital berkenaan.

Seloroh minta nurse puji suami banyak-banyak kerana bawa hadiah

Malah Shaniena turut berseloroh meminta jururawat untuk tidak lupa memuji suaminya kerana sudah membawa ‘manis-manis’ (hadiah) buat mereka.

“Nurse jangan lupa puji dia banyak-banyak okay. Dia ada manis-manis’,” tulis Shaniena dalam video.

Turut kelihatan wajah suaminya itu tersenyum sewaktu membawa beg kecil berkenaan yang dipercayai barangan perhiasan.

@shanienanatasyaaa

♬ suara asli – Akbar Chalay

Terhibur lihat gelagat suami beli emas banyak untuk bagi pada jururawat

Apa yang ada dalam beg tersebut akhirnya terjawab selepas Shaniena berkongsi satu lagi video di TikTok.

Dalam video tersebut Shaniena turut ketawa melihat gelagat suaminya yang membawa beg yang sebenarnya berisi emas.

Malah dia mengatakan gelagat suaminya itu seperti membuka kedai emas di dalam hospital berkenaan.

Dia turut menunjukkan barangan kemas yang diberikan oleh suaminya kepada jururawat di hospital itu adalah loket dengan pelbagai reka bentuk.

Di ruangan komen, Shaniena turut memaklumkan suaminya itu memberikan loket emas itu kepada semua jururawat yang menjaganya dan bayi.

@shanienanatasyaaa Replying to @Amanda ♬ FUNNY – DJ VALENTE

Ramai puji dan doakan pasangan suami isteri dimurahkan rezeki kerana hargai jururawat

Tidak kurang juga ramai yang memuji pasangan suami isteri itu kerana menghargai usaha dan pengorbanan jururawat.

Malah orang ramai turut mendoakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki. Bukan hanya itu, ada juga yang berpendapat ia satu perkara yang boleh dicontohi oleh orang ramai.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh dengn mengatakan mereka juga petugas di hospital berkenaan dan tidak melupakannya untuk diberikan loket emas.

“Ya DJ (suami Shaniena) bagi emas dekat semua nurse. Siapa jaga bayi dan bini dia. Adoi pening”
“Random betul perangai suami Niena”
“Saya salah seorang nurse yang suntik bius kelmarin. Saya DM ya”
“Seumur hidup lah ya aku tengok orang bagi emas dekat nurse. MasyaAllah DJ semoga murah rezeki selalu. Jaga Niena baik-baik. Aku tak boleh lah kelakar DJ ni”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd