Now Reading
“Berjam-jam Adik Ni Panas” – Kanak-kanak Dalam Maskot Katak Di Pasar Raya Undang Perhatian

“Berjam-jam Adik Ni Panas” – Kanak-kanak Dalam Maskot Katak Di Pasar Raya Undang Perhatian

Kejadian kanak-kanak bermaskot katak itu mencari rezeki berlaku di parkir Pasaraya Lotus, Kota Bharu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi menyara kos sara hidup, ada segelintir keluarga yang terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu masa. Malah, sesetengah daripada mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Lebih memilukan apabila kanak-kanak juga terjerut dalam masalah kewangan berkenaan. Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Piha berkongsi kisah seorang budak lelaki yang gigih menjual jagung.

Bukan sahaja berasa hiba, Piha juga terkejut selepas mengetahui si kecil masih berniaga meskipun tidak bermaya kerana kurang sihat. Jelas kanak-kanak itu, dia perlu menghabiskan kesemua jualan jagung sebelum pulang ke rumah.

Baca Artikel Berkaitan: “Kesian Dia Nampak Lemah” – Kanak-kanak Jual Jagung Ketika Demam Buat Ramai Hiba

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Sedihya!” – Budak Jual Mangga Tepi Jalan Tertidur Ketika Hujan Buat Ramai Sebak

Kanak-kanak Bermaskot Katak Minta Sedekah Di Parkir Pasaraya

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@riz_creative.dev) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Riz berkongsi satu situasi di Pasaraya Lotus, Kota Bharu.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang individu dipercayai kanak-kanak yang memakai maskot katak sedang menghiburkan orang ramai sekitar parkir pasar raya terbabit.

Kelihatan juga seorang budak lelaki sedang menghulurkan wang sedekah kepada maskot katak yang sedang duduk di atas bangku. Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian Riz yang mana dia berasa kasihan anak kecil itu terpaksa mencari rezeki walaupun pada usia muda.

Lelaki itu juga bimbang budak berkenaan sedang dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan semata-mata.

“Kanak-kanak tak boleh dibiarkan tanpa penjaga atau dieksploitasi. Maaflah dik abang tak ada duit. Cuma ada coklat dan snek,” kata Riz.

Sumber: TikTok (@riz_creative.dev)

Harap Pihak Berkuasa Pantau Aktiviti Kanak-kanak Kutip Sedekah

Tambah pula dengan bahang di parkir itu, Riz tidak dapat membayangkan kepenatan yang dilalui oleh si kecil sepanjang mengumpul wang derma dari orang ramai.

“Berjam-jam mesti adik ni panas pakai (maskot) katak tambah pula dekat parking garaj pusat beli-belah. Aku yang pakai t-shirt pun dah berpeluh kemarau ni,” tambah Riz lagi.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau aktiviti kanak-kanak meminta sedekah.

“Semoga adik ni tidak tergolong dalam cengkaman sindiket atau silent suffering (penderitaan yang tidak terlihat atau diabaikan),” jelas lelaki itu.

@riz_creative.dev aku yg pakai t-shirt pun dh berpeluh kemarau ni😕 #jkm #katak #lotus #kotabharu #snack ♬ original sound – eban

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Hiba Lihat Kanak-kanak Susah Payah Keluar Cari Duit

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak dengan nasib si kecil terpaksa mengutip sedekah.

“Kesiannya. Sepatutnya waktu umur begini main dengan kawan bukan tugas dia untuk mencari rezeki,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, segelintir individu turut berpesan agar tidak menyokong aktiviti sebegitu.

“Kenapa ramai yang sokong benda ni? Nak didik anak berdikari? Okay tapi bukan dengan cara macam ni. Banyak lagi cara lain. Meniaga kecil-kecilan dekat rumah atau sekolah ke boleh la. Cara ni sangat salah,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ramai menegur sikap ibu bapa yang membiarkan anak mereka keluar tanpa pengawasan bagi mencari rezeki.

“Sesusah apa sekali pun kita sebagai ibu bapa, anak tak diwajibkan bekerja untuk cari duit. Kita sepatutnya yang kena usaha besarkan anak. Maaf saya tak tahu keadaan sebenar keluarga dia. Cuma apa saya nak cakap, anak-anak di usia begini tak wajib bekerja,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@riz_creative.dev)

Akta Yang Tidak Membenarkan Kanak-kanak Bekerja

Kes buruh kanak-kanak atau penggunaan si kecil dalam mengaut keuntungan adalah isu yang sangat serius dan masih berleluasa sehingga kini.

Untuk info, kanak-kanak bawah 15 tahun dibenarkan untuk bekerja dengan beberapa syarat iaitu:

  • Kerja ringan yang bersesuaian dengan keupayaan dan perusahaan keluarga.
  • Hiburan awam (berdasarkan lesen yang diluluskan).
  • Pekerjaan dilaksanakan di sekolah, institut latihan atau atau kapal latihan diluluskan ditaja Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
  • Perantis (kontrak perantis bertulis yang diluluskan).

NOTA: Umur minimum bagi kerja ringan ini tidak boleh kurang daripada 13 tahun.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: The National Agriculture

Kanak-kanak atau orang muda (umur 15 tahun tetapi belum mencapai 18 tahun) tidak boleh bekerja dalam pekerjaan yang tidak dibenarkan di bawah akta seperti:

  • Jadual Keempat dan Jadual Kelima di bawah Akta 350.
  • Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta 139.
  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta 514.
  • Akta Elektrik 1949, Akta 447.

Jika disabit kesalahan, ia boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun dan/atau denda tidak melebihi RM50,000. 

Untuk kesalahan berikutnya, hukuman boleh meningkat kepada penjara tidak melebihi 5 tahun dan/atau denda tidak melebihi RM100,000. 

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Murid Gigih Jual Keychain, Cari Modal Sediakan Choco Jar Untuk Jamuan Kela

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Tiada Untung Bang Kalau Tak Habis Jual” – Aksi Lelaki Borong Semua Jualan Kudapan ‘Pastil’ Raih Pujian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd