[Video] Kawasan Berteduh Pantai Teluk Senangin Didakwa Jadi Tapak Sewa, Ramai Kesal Tiada Lagi Port Bersantai
Difahamkan, sebelum ini kerusi sewaan hanya diletakkan di belakang, dan bukannya di‘cop’ seluruh kawasan teduh di tepi pantai.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pantai sering menjadi pilihan untuk berkelah kerana suasananya yang santai, pemandangan indah dan kemudahan akses yang terbuka kepada orang awam.
Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak rungutan kedengaran tentang kawasan pantai yang ‘dimonopoli’ oleh pihak tertentu untuk tujuan sewaan.
Situasi ini menimbulkan persoalan sama ada ruang rekreasi seperti pantai masih kekal sebagai tempat awam atau semakin berubah menjadi ruang niaga.
Baca Artikel Berkaitan: Pantai Floria Di Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Baharu Untuk Orang Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Kerang Di Pantai Sura Dikesan Ada Bakteria, Perlu Masak Dengan Sempurna Untuk Kurangkan Risiko Pencemaran
Tepi Pantai Pun Kena Sewa, Kawasan Berteduh ‘Dicop’
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@ain_syakilla), dia memuat naik keadaan di Pantai Teluk Senangin yang menurutnya kini dipenuhi kawasan sewaan sehingga menyukarkan pengunjung biasa untuk mencari tempat berteduh.
Dalam video tersebut, dia menunjukkan hampir semua kawasan bawah pokok dipenuhi kerusi, meja dan pelampung untuk disewa.
Malah, ada pengunjung yang dikenakan bayaran mencecah RM100 untuk menyewa tempat. Katanya, dahulu kerusi sewaan hanya diletakkan di belakang, bukan ‘cop’ seluruh kawasan teduh di tepi pantai.
Tambahnya lagi, ketika mereka cuba bentang tikar di bawah pokok, seorang lelaki datang menegur dan menyatakan kawasan itu hanya untuk disewa sahaja.
Walau bagaimanapun, mereka tetap membayar RM10 untuk menyewa kerusi dan ingin ubah kedudukannya ke tempat lebih mesra pemandangan.
Namun, lelaki itu kembali dan menegaskan bahawa pelampung dan kerusi-kerusi yang disediakan bagi tujuan sewa itu tidak boleh diubah.
Pemilik video meluahkan rasa kesal apabila tujuan asal ingin duduk sambil memantau anak-anak mandi di laut bertukar kepada pemandangan penuh kerusi.
Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati, Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan situasi yang dikatakan sudah lama berlaku di kawasan pantai tersebut.
Ramai bersetuju bahawa kawasan awam seperti pantai tidak seharusnya dimonopoli untuk tujuan sewaan secara berlebihan.


Dalam satu komen penjelasan, pemilik video menjelaskan bahawa niatnya bukan untuk menularkan individu terbabit, tetapi untuk mengetengahkan situasi yang makin sukar diterima ramai.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman serupa dan menyeru pihak berkuasa tempatan supaya tampil memantau dan menilai semula sistem penyewaan di kawasan pantai yang semakin tidak mesra pengunjung biasa.

Isu Sama Pernah Berlaku Di PD, PBT Ambil Tindakan Tegas

Sebelum ini, isu hampir sama pernah berlaku di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson apabila Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) membuat hebahan bergerak menggunakan pembesar suara untuk mengarahkan semua khemah yang didirikan di pantai dibuka semula.
Menurut MPPD, aktiviti mendirikan khemah di sepanjang pantai awam Port Dickson adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Pihak penguat kuasa juga dilihat membuat rondaan untuk memastikan tiada pelanggaran berlaku.
Langkah tegas itu ternyata berkesan untuk mengembalikan semula fungsi pantai sebagai ruang awam yang selamat, bebas dan terbuka kepada semua, tanpa gangguan pihak yang cuba ‘mengempunya’ kawasan secara tidak rasmi.
@serembanpage Hebahan bergerak Larangan memasang Khemah di Pantai Port Dickson Public announcement. Camping or erecting tents are prohibited 🚫 at the beaches of #portdickson 📲 Follow us IG www.instagram.com/serembanpages TikTok https://www.tiktok.com/@serembanpage?_t=8bmEe6TD8Tp&_r=1 Join Telegram link: https://t.me/joinchat/grpJ-U6SD4c4NGJl Join Threads: https://www.threads.net/@serembanpages #serembanpage #seremban #serembangroup #negerisembilan #perpaduan #MalaysiaMadani
♬ original sound – serembanpage – serembanpage
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Memo Larangan Pasang Khemah Di Pantai Port Dickson Raih Reaksi Berbeza
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengunjung Pantai Sura Kutip Kerang Terdampar Dibawa Ombak Besar
Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Kejar Budak” – Kelibat Banyak Anjing Liar Di Pantai Bikin Ramai Bimbang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



