“Jangan Normalize Picnic Situ” – Wanita Tegur Keluarga Selamba Bentang Tikar Sekitar TRX
Menerusi foto tular, kelihatan seorang wanita sedang duduk di atas tikar yang dibentangkan atas tangga sekitar TRX City Park.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai di kalangan masyarakat Malaysia yang akan melakukan hobi mereka bersama keluarga tercinta setiap kali menjelang hujung minggu atau cuti umum.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah bercuti ke luar negara, melawat tempat bersejarah, ‘grounding’ dengan alam sekitar, berkelah dan banyak lagi.
Pun begitu, ada segelintir pihak yang bertindak melakukan sesuatu perkara sesuka hati di tempat awam sehingga menyusahkan orang lain yang berada di kawasan sekitar.
Keluarga Bentang Tikar & Berkelah Di TRX
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Zeeqazee (@zeeqazee) berkongsi suasana ketika mengunjungi pusat membeli-belah The Exchange TRX.
Seperti semua tahu, pusat beli-belah itu turut menyediakan ruangan untuk anak kecil bermain iaitu taman interaksi, TRX City Park. Namun perkara yang mengundang perhatian adalah kelihatan sebuah keluarga telah membentangkan tikar di atas tangga sekitar taman tersebut dan berkelah bersama insan tersayang.
Perbuatan itu kemudiannya ditegur Zeeqazee di akaun media sosialnya. Menurut wanita berkenaan, aksi itu tidak sepatutnya dijadikan satu kebiasaan kerana ia boleh mengundang persepsi dan tanggapan buruk kepada diri sendiri serta kawasan TRX.
“Jangan normalize berkelah bentang tikar dekat tempat tak sepatutnya. Pergi TRX ada tempat outdoor untuk taman kanak-kanak dan sebagainya.
“Boleh lepak macam tu lah, adalah juga satu keluarga dekat situ bentang tikar dan makan makanan bungkusan macam berkelah macam tu. Boleh je kau pergi Kepong Metropolitan Park ke, Taman Titiwangsa ke,” katanya.
Zeeqazee juga menyifatkan perkara tersebut sebagai merosakkan pemandangan sekitar taman berkenaan. Malah ia juga dikatakan boleh membawa persepsi buruk pelancong asing terhadap negara.
View on Threads
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Keluarga Yang Berkelah Di TRX City Park
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pendapat Zeeqazee tentang isu itu.
“Kena ramai buat aduan dekat pihak pengurusan TRX kot. Baru diorang tegas sikit ambil tindakan. Ni lah Malaysia, kurang tegas bab macam ni. Bila sikit-sikit macam ni tak dicegah. Melarat lah nanti,” kata seorang individu.
“Ya jangan biasakan buat macam rumah sendiri dekat tempat awam lebih-lebih lagi tempat percuma. Ada je tempat duduk tapi terhad. Pergi waktu tak ramai orang. Main kejap-kejap lepas tu bagi peluang orang lain main. Tempat tu dah cukup bagus ada tandas, jangan cemarkan,” tambah seorang lagi warganet.
Ada juga netizen yang berpendapat bahawa Malaysia perlu tambahkan lagi jumlah taman rekreasi agar masyarakat boleh melakukan aktiviti berkelah di sana.
“Ni melampau eh dan ini bukti yang kita (Malaysia) perlukan lebih banyak taman dan tempat riadah. Tempat yang boleh lepak santai bentang tikar sebab tasik Metropolitan pun sesak dah sekarang. Ramai gila orang,” ujar seorang pengguna Threads.
Sementara itu, ramai juga berharap agar pihak berkuasa akan mengambil tindakan jika perkara sebegitu masih berlaku selepas ini.
“Cukup-cukup la yang menjual dekat tiang lampu, ambil gambar dekat KLCC. Jangan la berkelah macam ni. Buruk sangat. Harap pengawal keselamatan halau atau panggil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” ujar seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: The Exchange TRX Beri Panduan Penggunaan Taman Interaksi Kanak Di TRX City Park





Penjaja Degil Tetap Jual Beli Jagung Bakar Berhadapan Suria KLCC
Selain isu berkelah di tempat tidak sepatutnya, ada juga pihak lain yang melakukan aktiviti jual beli di lokasi sesak iaitu di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC sehingga mengganggu pandangan di ibu kota.
Walaupun pernah disita sebelum ini, penjaja jagung bakar berkenaan masih berdegil untuk meneruskan perniagaan tersebut di sekitar bandar yang sibuk itu.
“Mereka (penjaja) ini tidak serik walaupun tindakan telah diambil. Kebanyakannya menjalankan perniagaan menjual jagung bakar dan air tin minuman,” kata pihak DBKL.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Serik” – Penjaja Jagung Bakar Kembali Beroperasi Depan KLCC Walau Pernah Disita
Ramai Setuju Malaysia Perlukan Lebih Banyak Taman Rekreasi
Terdahulu, ramai juga pengguna media sosial lain yang bersetuju bahawa Malaysia memerlukan lebih banyak taman untuk orang berkelah atau beriadah. Ini selepas mendapati ramai yang berminat dengan trek joging baharu di KLCC Park.
Jelas netizen, negara ini tidak lagi memerlukan pusat beli-belah yang banyak sebaliknya taman yang boleh membuatkan setiap individu meningkatkan produktiviti.
Meskipun ramai memberi pendapat untuk pergi ke taman rekreasi lain, namun taman yang popular seperti Taman Tasik Titiwangsa kebiasaannya akan penuh dengan pengunjung yang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Joging Di Trek Baru KLCC Park, Netizen Beri Idea Buka Banyak Lagi Taman Rekreasi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



