“Baling Siap Strike Tu!” – Selamba Berkain Batik, Ramai Terpegun Lihat Nenek Handal Main Bowling
Menerusi video berkenaan, reaksi selamba yang diberi oleh nenek itu selepas membuat balingan seakan-akan membuktikan dia memang berpengalaman dalam sukan bowling.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, di usia tua, kebiasaannya aktiviti lasak yang lebih menggunakan fizikal dan kudrat akan ditinggalkan. Kebanyakan individu akan memilih aktiviti santai seperti berkebun, membaca atau berjalan ringan sebagai rutin harian.
Namun, tidak semua orang memandang usia sebagai halangan untuk terus melakukan perkara yang menggembirakan hati mereka. Ada juga yang tetap memilih untuk kekal aktif dengan aktiviti luar kebiasaan.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang nenek sedang bermain bowling di sebuah pusat beli-belah, lengkap dengan kain batik, tetapi tetap kelihatan yakin dan cekap.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Adik-beradik Warga Emas Gigih Cari Rezeki, Peniaga Titip Pesanan Buat Anak Muda
Baca Artikel Berkaitan: Genggam PhD Di Usia 79 Tahun, Warga Emas Jadi Inspirasi
Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Pertama Kali Bergelar Ayah Di Usia 80 Tahun, Sebak Diberi Zuriat Lepas Tunggu 10 Tahun
Siap Baling Strike, Gelagat Bersahaja Raih Perhatian
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@jahlelawati_), kelihatan seorang warga emas dilihat sedang bermain bowling dipercayai di pusat beli-belah Ole Ole Super Bowl, Shah Alam.
Dalam video berdurasi beberapa saat itu, beliau dilihat mengambil langkah rapi sambil membina kekuatan sebelum melepaskan bola bowling dengan penuh keyakinan.
Mengejutkan orang sekeliling, bola bowling yang dibaling itu dilihat meluru dengan tepat menuju ke arah pin dan berjaya mencatatkan ‘strike’.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah beliau mengenakan kain batik semasa bermain, yang kebiasaannya dianggap menyukarkan pergerakan. Tapi tidak bagi nenek ini.
Selepas membuat balingan sempurna, beliau kelihatan langsung tidak terkejut atau teruja. Sebaliknya, beliau hanya berjalan tenang ke tempat duduk seperti sudah biasa melakukannya.
Netizen Terhibur, Ramai Sangka Nenek Bekas Atlet
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap kecekapan nenek tersebut. Ada yang sempat berjenaka tentang kemungkinan nenek ini bekas atlet sukan atau mewakili kelab bowling satu ketika dahulu.

Ada juga di antara pengguna yang menyatakan bahawa skill yang diperoleh merupakan daripada pengalaman bertahun-tahun menjadi ibu.
Aktiviti melatih diri dalam balingan tepat seperti melontar penyapu lidi, selipar dan pelbagai lagi.


Gaya Hidup Sihat Kunci Warga Emas Kekal Aktif

Aksi nenek ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut membuka mata ramai tentang pentingnya kekal aktif walaupun usia semakin meningkat.
Memetik laman HeloDoktor, gaya hidup sihat mampu membantu warga emas terus cergas, bersemangat dan bebas penyakit.
Berikut beberapa amalan yang disyorkan. Antaranya:
- Kekal aktif secara fizikal
Senaman ringan seperti berjalan kaki, yoga atau sukan ringan boleh mengekalkan fleksibiliti dan kesihatan jantung. - Amalkan pemakanan sihat
Pemilihan makanan berserat tinggi, rendah gula dan lemak sangat penting bagi metabolisme tubuh yang semakin perlahan. - Terus bersosial dan aktif secara mental
Bersosial dengan rakan sebaya dan melakukan aktiviti mental seperti teka silang kata atau belajar perkara baharu membantu kesihatan kognitif. - Terima perubahan usia dengan positif
Menerima hakikat penuaan dan kekal bersemangat mengharungi perubahan akan memberi kesan baik kepada kesihatan mental. - Lakukan perkara yang membahagiakan
Paling penting, warga emas harus terus melakukan perkara yang membuat mereka bahagia, sama ada hobi lama atau aktiviti baru.
Kisah nenek ini membuktikan, usia hanyalah angka. Dengan semangat dan gaya hidup sihat, warga emas juga mampu menjalani hidup yang aktif dan menyeronokkan.
Baca Artikel Berkaitan: “Zoom Taik Lalat Ke?” – Gelagat Pakcik Rakam Jemaah Masjid Ketika Marhaban Cuit Hati Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Bila Kau Naik Tangga, Tapi Kawan Naik Lif” – Gelagat Nenek Sakat Rakan Cuit Hati Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Senang Betul Cari Kawan” – Lelaki Ini Selamba Join Sekumpulan Nenek Lepak Depan Rumah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



