Now Reading
[Video] Panggung Wayang Di Terengganu Asing Tempat Duduk Ikut Jantina Raih Pujian

[Video] Panggung Wayang Di Terengganu Asing Tempat Duduk Ikut Jantina Raih Pujian

Difahamkan, panggung wayang LFS di Kuala Terengganu itu mengasingkan tempat duduk mengikut jantina iaitu lelaki di sebelah kiri manakala wanita pada bahagian kanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang umat Islam, adalah penting bagi setiap individu menjaga batas pergaulan sesama jantina berlainan dan bukan mahram. Namun dalam sesetengah situasi, masih ada segelintir masyarakat yang mengabaikan perkara tersebut.

Seperti sebelum ini, video memaparkan orang ramai yang sedang berebut stok kuih raya menjadi bualan ramai. Keadaan di dalam kedai dilihat tidak terkawal di mana ada yang sampai menolak individu lain bagi membeli kuih raya itu.

Sampaikan ada juga yang hampir terjatuh akibat kesesakan terbabit. Lebih membuatkan ramai kecewa apabila kelihatan pembeli golongan lelaki dan wanita bergesel antara satu sama lain.

Baca Artikel Berkaitan: “Habis Bergesel Lelaki Perempuan” – Orang Ramai Berebut Beli Kuih Raya Undang Kritikan

Panggung Wayang Di Terengganu Asingkan Tempat Duduk Ikut Jantina

Bagaimanapun, masih banyak pihak di luar sana yang menitikberatkan isu ikhtilat. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@tnsts95) apabila seorang wanita dikenali sebagai Ieda berkongsi pengalamannya semasa mengunjungi panggung wayang Lotus Five Star (LFS) di Kuala Terengganu.

Dalam rakaman video itu, kelihatan Ieda sedang membeli tiket filem menerusi kiosk yang tersedia di sana. Selepas menekan bahagian filem Final Destination, dia perlu memilih waktu tayangan pula.

Lain daripada lain, panggung wayang ini mengasingkan ruangan tempat duduk mengikut kategori jantina dan keluarga.

Dengan cara itu, ikhtilat dengan individu berlain jantina terjaga. Kaum Adam di tempat duduk sebelah kiri, manakala kaum Hawa di sebelah kanan.

Jelas penonton itu, tempat duduk berkenaan boleh ditempah melalui kiosk atau menerusi pembelian atas talian.

Menurut Ieda, staf wayang akan sekali sekala memeriksa kad nikah penonton bagi memastikan pasangan yang memilih tempat duduk keluarga adalah suami isteri yang sah.

“Selagi boleh jaga kita jaga,” kata Ieda di ruangan kapsyen.

https://www.tiktok.com/@tnsts95/video/7510563097875189010

Tonton video penuh [DI SINI].

Untuk info pengasingan tempat duduk di LFS telah dilaksanakan sejak tahun 2020 mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.

Ia dalam masa sama dikuatkuasa oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Peraturan pengasingan tempat duduk ini bukan sahaja tertakluk untuk golongan Muslim sahaja, bahkan orang bukan beragama Islam juga tidak terkecuali.

Sumber: Hype Malaysia

Orang Ramai Sokong Inisiatif Asingkan Tempat Duduk Wayang Mengikut Jantina

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji inisiatif tersebut bagi menjaga ikhtilat di kalangan golongan lelaki dan juga wanita.

“Sukanya wayang macam ni. Hari tu aku tengok cerita kartun. Ada pasangan ni asyik bercium pulak. Aduh dik, dekat tempat lain tak boleh ke?” dakwa seorang netizen.

Malah segelintir individu juga berpendapat tempat duduk berasingan ini akan membuatkan para penonton lebih selesa menikmati tontonan filem.

“Bestnya, nak macam ni. Tak selesa duduk sebelah lelaki asing (tidak dikenali). Lagi-lagi kita ni pergi tengok seorang. Lepas tu kiri kanan atas bawah lelaki,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai berharap agar kategori tempat duduk mengikut jantina ini diperluas ke semua wayang di seluruh Malaysia.

“Bagus juga kalau pergi tengok solo. Tak payah duduk sebelah jantina lain. Harap benda ni ada dekat negeri lain juga. Sekurang-kurangnya tahu jantina orang sebelah,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@tnsts95)

Kaunter Pembayaran Aeon Di Kelantan Turut Diasingkan Mengikut Jantina

Selain panggung wayang, syarikat lain seperti pasar raya Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan juga memperkenalkan inisitiaf lebih kurang sama untuk menjaga pergaulan di kalangan pelanggan lelaki dan wanita.

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Nurul telah menunjukkan beberapa papan tanda yang memaparkan kategori kaunter pembayaran. Terdapat kaunter buat golongan lelaki, wanita, dan juga keluarga.

Bahkan pekerja yang menjaga kaunter tersebut juga mengikut jantina yang ditetapkan. Sebagai seorang yang tinggal di luar Kelantan, Nurul berasa terkejut dan teruja dengan kemudahan terbabit.

“Kita raikan kelainan dan kebaikan ya,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Jaga Ikhtilat”- Pusat Beli Belah Di Kelantan Asingkan Kaunter Ikut Jantina Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Suami Berhak Untuk Halang Isteri Sertai ‘Team Building’ Jika Bercampur Lelaki, Demi Jaga Ikhtilat

Baca Artikel Berkaitan: Disebabkan Rasa Takut Kepada Wanita, Lelaki Di Afrika Sanggup Asingkan Diri Sehingga 55 Tahun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd