Now Reading
“Terkejar-kejar” – Wanita Diberi 10 Minit Untuk Solat Di Tempat Kerja Baharu Cetus Perdebatan

“Terkejar-kejar” – Wanita Diberi 10 Minit Untuk Solat Di Tempat Kerja Baharu Cetus Perdebatan

Pekerja dikenali sebagai Fast itu berpendapat bahawa masa 10 minit adalah tidak mencukupi bagi seorang wanita Muslim untuk mengerjakan solat fardu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali memohon pekerjaan baharu, sudah tentu banyak aspek yang dinilai seseorang staf sebagai contoh faedah diterima, jumlah pendapatan, jarak perjalanan dari rumah, akses pengangkutan awam dan sebagainya.

Antara kriteria lain yang diambil kira pekerja Muslim adalah kemudahan untuk menunaikan solat fardu. Pun begitu di sesetengah syarikat, waktu yang diperuntukkan untuk menunaikan ibadah masih menjadi satu isu.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki berkata dia terpaksa berhenti dari tempat kerjanya kerana majikan yang tidak memberi keizinan untuk solat.

Baca Artikel Berkaitan: Bos Tak Izin Solat & Duit Dah Cukup, Netizen Kongsi Sebab Di Sebalik Ramai Resign

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Saran Majikan China Jangan Ambil Pekerja Melayu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Bos Kiriman Tuhan” – Christy Ng Dipuji Sediakan Ruangan Solat Selesa Buat Staf Muslim [Video]

Wanita Gusar Hanya Ada 10 Minit Sahaja Untuk Solat Ketika Sedang Bekerja

Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Fast meluahkan kebimbangannya tentang persekitaran di tempat kerja baharu.

Menurut Fast, dia telah bertanya kepada majikan ketika hari pertama memulakan kerja tentang waktu staf boleh mengerjakan solat. Wanita berkenaan kemudiannya meluahkan rasa terkejut apabila dimaklumkan dia hanya menerima masa 10 minit sahaja.

Tidak berpuas hati dengan jawapan diterima, Fast kemudian bertanya sama ada dia boleh mendapatkan 15 minit dan masa yang lebih fleksibel memandangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama bagi bersiap untuk solat.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Facebook Shidah Ismail

Ini termasuklah mencuci makeup dan membuka serta memakai semula tudung bagi yang berhijab. Tambah pula lagi untuk menyarungkan telekung dan perjalanan ke surau itu sendiri.

Namun keputusan majikannya tentang ketetapan masa solat adalah muktamad di mana Fast diperuntukkan 10 minit sahaja.

“Kalau macam ni, saya rasa nak berniada nasi lemak je. Sekurang-kurangnya masa solat saya terjaga dan tak terkejar-kejar. Apa pendapat korang?” tanya Fast.

View on Threads

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Majikan Beri 10 Minit Untuk Solat

Menjengah ke ruangan balas, segelintir berpendapat bahawa 10 minit adalah mencukupi untuk seseorang menunaikan solat.

“Satu jam sangat sempat nak solat nak makan tengahari. Siap boleh power nap 10 minit. Belajar urus masa dengan baik. Rancang masa. Perlu fahami keberkatan masa dalam bekerja. Kalau tak boleh juga, berhenti je la,” kata seorang individu.

Namun bagi pandangan orang lain, pendapat di atas ini tidak terpakai jika seseorang itu rehat sebelum azan Zohor berkumandang misalnya jam 12-1 tengahari.

Selain itu, ada juga sesetengah warganet yang menasihati calon pekerja untuk bertanya dahulu mengenai bab solat ini semasa temu duga dan bukannya selepas menerima pekerjaan tersebut.

Sementara itu, ramai juga berkongsi pengalaman majikan yang tidak membenarkan stafnya untuk solat fardu.

“Saya dulu syarikat milik orang Muslim sendiri tak bagi solat. Dia cakap saya dibayar gaji supaya kerja bukan kita curi masa untuk solat. Letak jawatan je. Rezeki Allah tu luas. Takpelah miskin dunia sekali pun sekurang-kurangnya bekalan akhirat ada,” kongsi seorang wanita.

Sumber: Threads (@fast.alzn)

Majikan Perlu Beri Pelepasan Masa Solat 20 Minit Kepada Staf

Untuk info, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Kementerian Sumber Manusia telah menetapkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh majikan termasuklah memberi izin kepada pekerja untuk menunaikan solat.

Di bawah Seksyen 60(A) 1 Akta Kerja 1955, staf hendaklah diberi masa 20 minit bagi menunaikan solat fardu dan sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit bagi solat Jumaat.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Facebook Putra Putrajaya

Akta dan Enakmen-enakmen Jenayah Syariah Wilayah dan Negeri menyatakan tidak menunaikan solat Jumaat adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara.

Selain pelepasan waktu solat, majikan juga perlu menyediakan kemudahan tempat untuk mengerjakan sembahyang di tempat kerja.

Baca Artikel Berkaitan: Kedai Nasi Kandar Mohon Maaf Kepada Pelanggan, Lambat Buka Kerana Solat Subuh

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Johor Wajibkan Lelaki Islam Tinggal & Tutup Sementara Perniagaan Ketika Solat Jumaat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd