“Taman Kucing Ke Kanak-kanak?” – Individu Tegur Ibu Bapa Biar Anak Main Di Taman Khas Kucing Raih Perhatian
Difahamkan, taman kucing itu sering disalahgunakan oleh segelintir ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka bermain di situ biarpun kewujudan ‘kids playground’ di sebelahnya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebelakangan ini, semakin banyak ruang khas diwujudkan untuk haiwan peliharaan. Usaha ini bukan sahaja memberi peluang kepada pemilik untuk meluangkan masa bersama haiwan mereka, malah membina budaya lebih mesra haiwan di kawasan bandar.
Salah satu lokasi yang jadi tumpuan adalah Catopia, sebuah taman bertemakan kucing di Shah Alam yang menyediakan pelbagai struktur binaan untuk haiwan itu memanjat, bermain dan berehat.
Namun lain pula jadinya apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menjadikan ruang itu sebagai tempat bermain anak-anak. Tindakan ini bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan kepada haiwan, malah boleh mendatangkan risiko kepada kanak-kanak sendiri.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Tegur Budak-budak Main Air Takungan, Berang Golongan Dewasa Di Sekeliling Seakan Tak Peduli
Baca Artikel Berkaitan: “Membaca Jambatan Ilmu” – Ramai Kesal Wujud Ibu Bapa Tidak Peka Dengan Arahan Guru
Baca Artikel Berkaitan: “RM2 Je?” – Wanita Kecewa Ibu Bapa Tak Tegur Anak Buka Sampul Duit Raya Depan Si Pemberi
Lelaki Tampil Tegur Perangai Ibu Bapa Lepas Tangan
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@keepitriyal), seorang lelaki berkongsi keadaan yang mengganggu di Catopia, Shah Alam apabila taman kucing itu didakwa sering dijadikan lokasi permainan kanak-kanak.
Dalam video tersebut, kelihatan beberapa kanak-kanak memanjat struktur di taman itu tanpa pengawasan, termasuklah platform tinggi dan jambatan gantung yang direka khas untuk kucing.
Lelaki itu meluahkan rasa kecewa terhadap ibu bapa yang lepas tangan dan membiarkan anak-anak mereka bermain di kawasan yang tidak sesuai.
Katanya, struktur binaan itu tidak direka untuk manusia kerana ia tidak dilengkapi sebarang jaring keselamatan atau penghadang.
Permukaan tanah di bawah platform pula bukan jenis yang empuk atau dilapik padding keselamatan. Jika terjatuh, kesannya boleh jadi serius kerana terus terkena tanah keras atau konkrit.
Apa yang lebih menghairankan, dua taman permainan kanak-kanak tersedia betul-betul bersebelahan kawasan Catopia. Namun, ibu bapa masih membiarkan anak-anak memanjat dan berlari di ruang yang diperuntukkan untuk haiwan.
“Kucing dekat sini pun rasa terancam bila budak-budak semua panjat dan lari dekat tempat diorang,” katanya lagi.
Netizen Bengang, Luah Rasa Kesal Terhadap Sikap Ibu Bapa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan ketidakpuasan hati mereka melihat situasi tersebut.
Ramai menyifatkan sikap segelintir ibu bapa sebagai tidak bertanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila papan tanda “Catopia” sudah cukup jelas menunjukkan fungsinya sebagai taman kucing.


Ada yang mencadangkan agar pihak pengurusan memasang papan tanda tambahan, tetapi pengguna lain membalas bahawa tiada sebab untuk masyarakat terus ‘disuap’ dengan arahan sedangkan logik asas sudah ada di hadapan mata.

Beberapa pemilik kucing turut berkongsi pengalaman sendiri yang kecewa apabila haiwan peliharaan mereka menjadi stres akibat gangguan kanak-kanak yang berlari-lari dan memanjat kawasan itu.
Tak kurang juga yang kecewa apabila terpaksa tinggalkan kawasan itu lebih awal kerana suasana tidak lagi sesuai untuk kucing berehat.

Bukan Salah Budak, Tapi Ibu Bapa Wajar Ajar Mereka Hormat Ruang Haiwan

Kanak-kanak secara fitrahnya mudah tertarik untuk bermain di tempat yang unik dan menarik perhatian. Mereka bertindak berdasarkan rasa ingin tahu dan belum mampu menilai risiko dengan baik.
Namun itu bukan alasan untuk membiarkan mereka bebas tanpa panduan, kerana ibu bapa adalah pihak yang paling berperanan membentuk kesedaran dan tingkah laku anak-anak di ruang awam.
Berikut adalah lima pendekatan lembut yang boleh digunakan untuk menegur dan mendidik anak-anak agar faham sesuatu tindakan itu tidak sesuai:
- Alihkan perhatian kepada lokasi yang sesuai – Tunjukkan taman permainan sebenar berdekatan dan galakkan mereka bermain di situ.
- Terangkan sebab secara mudah – Beritahu bahawa tempat itu direka khas untuk kucing, dan bukan manusia. Tekankan risiko tanpa menakut-nakutkan.
- Gunakan contoh situasi atau papan tanda – Bantu anak hubungkan visual dengan peraturan, contohnya huruf atau gambar kucing di papan tanda.
- Tanam rasa empati terhadap haiwan – Ajarkan bahawa haiwan juga boleh rasa takut dan stres bila tempat mereka diganggu.
- Beri pujian bila anak ikut arahan – Teguhkan tingkah laku positif dengan galakan, agar mereka rasa dihargai bila patuh pada peraturan.
Baca Artikel Berkaitan: “Desperate Sangat Ke Nak Anak Diam?” – Coach Parenting Tegur Ibu Bapa Tak Kawal Anak Kecil Guna Media Sosial
Baca Artikel Berkaitan: “Ingat Cop Duit?” – Cikgu Tegur Ibu Bapa Asyik Guna Ayat Negatif, Anak Boleh Alami ‘Scarcity Mindset’
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tinggal Kereta Di Pam Minyak Untuk Beli Barang, Wanita Tegur Sikap Tak Bertimbang Rasa
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Perkenal Taman Rekreasi Kucing Pertama Di Malaysia
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebelum ini telah memperkenalkan sebuah taman rekreasi yang dibina khas untuk kucing peliharaan.

Lokasi tersebut yang diberi nama Catopia Shah Alam itu menerapkan konsep ‘kawasan permainan luar’ bagi menyediakan pengalaman unik kepada para pemilik kucing khususnya buat komuniti Shah Alam.
Baca Artikel Berkaitan: Taman Rekreasi Kucing Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di Shah Alam, Masuk Percuma!
Yang paling best, taman rekreasi itu dibuka kepada umum tanpa sebarang bayaran dikenakan. Percuma je!

Majlis Pra Pelancaran Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam yang berlangsung pada (4 Julai) tahun lalu di Taman Permainan Dataran Kemerdekaan Shah Alam Seksyen 14 itu telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim.
Untuk makluman, MBSA merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang membina taman rekreasi dikhaskan untuk si bulus.

Kalau anda tonton video yang dimuat naik di laman TikTok (@sacitycouncil), terdapat pelbagai ‘permainan’ yang disediakan untuk kucing-kucing peliharaan orang ramai.
Antaranya:
- Cat Wheel Set
- Underground Cat Tunnel
- Cat Drinking Fountain
- Chase Ball Set


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



