“Kecewa Hati” – Rider Tegur Pelanggan Wanita Kerap Berpakaian Tak Senonoh Tiap Kali Hantar Order
Menurut rider penghantar makanan Grab dikenali sebagai Nizam, pelanggan sepatutnya bersiap sedia dengan pakaian sopan sebelum dirinya menghantar makanan di rumah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dengan kemudahan teknologi kini, orang ramai boleh mendapatkan barang keperluan atau makanan dengan hanya satu klik sahaja.
Antara syarikat penghantaran makanan yang popular di kalangan rakyat Malaysia adalah Grab, foodpanda dan banyak lagi. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah juga tenaga seseorang daripada terpaksa keluar untuk mendapatkan makanan.
Walaupun ia akan terus dihantar ke rumah, namun masih ada segelintir pelanggan yang tidak menjaga adab serta batas pemakaian dengan rider masing-masing semasa menerima pesanan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Kecil Hati, Dakwa Pelanggan Beri Kata Kesat & Tidak Minta Maaf Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kurier ‘Fedup’, Hairan Individu Order Barang COD Tak Peka Waktu Penghantaran
Rider Grab Kecewa Pelanggan Wanita Tak Peka Bab Aurat Semasa Terima Order
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang rider Grab dikenali sebagai Nizam (@gerab_nizam) berkongsi pengalamannya ketika menghantar bungkusan makanan kepada pelanggan sebelum ini.
Menurutnya, dia berasa kecewa dengan sikap segelintir pembeli wanita yang berpakaian tidak senonoh setiap kali mengambil makanan dari rider. Jelasnya, setiap pelanggan seharusnya lebih peka tentang perkara tersebut.
Nizam berkata setiap pembeli boleh mengakses lokasi dan keberadaan rider masing-masing menerusi aplikasi Grab. Bukan itu sahaja, aplikasi itu juga tersedia dengan anggaran masa rider akan tiba di destinasi bagi mengelakkan pelanggan terburu-buru.

Sumber: Grab Driver
Oleh disebabkan itu, pelanggan seharusnya lebih bersedia dengan memakai pakaian yang sesuai semasa mengambil makanan daripadanya.
“Dia macam ni la, masa order Grab kan awak boleh tahu saya dekat mana dan sampai bila. Tetapi kenapa tetap nak berpakaian tak senonoh bila ambil order? Kecewa rasa hati ini,” ujarnya.
Nizam dalam masa mendedahkan bahawa perkara tersebut sudah banyak kali berlaku setiap kali dia menghantar makanan.
“Sikap manusia yang tak pernah berubah,” tambah Nizam di ruangan kapsyen.
@gerab_nizam sikap manusia yang x permah berubah #grabnizam #tahuzargus #kekpisangzargus #zeromengkarungtanah #zokter ♬ DIA IMAMKU OST – @ᗷG ᑕᕼ!K
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Luahan Rider Mengenai Pakaian Pelanggan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan Nizam tentang isu pemakaian semasa mengambil pesanan.
“Saya pernah hantar (makanan) pakcik tu pakai boxer (seluar dalam) je bang. Habis rosak mata tengok bulu perut dia dah macam karpet,” luah seorang rider.
Segelintir individu mendakwa sesetengah pelanggan sengaja berkelakuan seperti itu.
“Kadang-kadang tu diorang sengaja je bang. Saya pernah hantar orang pesan makanan Grab, pelanggan wanita. Dia keluar pakai tuala je, lepas tu bila dia tengok rider perempuan yang hantar, berubah riak muka dia kecewa,” dakwa seorang individu.
Bahkan segelintir individu turut berkongsi tips agar pembeli tidak perlu bersemuka dengan rider penghantar makanan ketika mahu menerima pesanan.
“Kalau order (makanan dari) Grab atau foodpanda, saya awal-awal akan pesan letak atas tembok rumah. Jadi bila diorang dah ‘cau’, kira boleh ambil makanan dengan tenang,” kata seorang wanita.
“Wahai kaum wanita, kalau rasa malas sangat sarung je la telekung okay. Pakej tutup lengan terus,” ujar seorang lagi netizen.







Cabaran Lain Yang Dilalui Golongan Rider
Sebenarnya banyak lagi dugaan dan cabaran yang dilalui para rider semasa mencari rezeki halal. Sebelum ini, seorang wanita dikecam ramai selepas dia bertindak ‘sidai’ seorang rider Grab yang menghantar makanannya.
Menurut wanita warga Singapura itu, dia telah terlupa untuk meletakkan nombor unit kediaman di dalam aplikasi tersebut. Dia kemudiannya tidak menyedari mesej daripada penghantar itu kerana sedang mandi.
Oleh disebabkan telah menunggu wanita berkenaan dalam tempoh masa yang lama, rider terbabit telah menggantung makanan dipesan pada pemegang pintu ke tempat parkir di tingkat bawah tanah (basement) pangsapuri itu.
Lebih mengundang kritikan ramai apabila pelanggan wanita tersebut merungut tentang servis Grab meskipun ia adalah kesilapan diri sendiri.
Baca Artikel Berkaitan: Mandi & Tak Tinggal Nombor Rumah, Ramai Kecam Wanita Salahkan Rider Tinggal Makanan Di Parkir
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Bengang Rider Makanan Sanggup Curi Parcel Senyap-senyap
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Grab Rider Kongsi Kisah Pelanggan ‘Degil’, Selalu Order Makanan ‘Extra’ Untuk Rider
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.