Wanita Dedah Wujud Trend Guna Resume Palsu, Netizen Kesal Fresh Grad Tidak Jujur
Difahamkan, antara calon yang didakwa menipu dalam resume dan CV mereka merupakan pelajar daripada universiti terkemuka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai individu sanggup lakukan pelbagai cara demi mendapatkan pekerjaan, termasuk menokok tambah maklumat dalam resume untuk kelihatan lebih layak. Bagi sesetengah pihak, ia dianggap ‘biasa’ selagi tidak memalsukan dokumen rasmi.
Tindakan ini bukan saja mencalar integriti, malah boleh memberi kesan besar kepada prestasi kerja dan reputasi individu dalam jangka panjang. Apatah lagi jika ditipu pada maklumat kritikal seperti sijil profesional, pengalaman kerja atau latar belakang pendidikan.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian di Threads apabila seorang pengguna mendedahkan wujudnya trend calon temuduga yang menipu dalam resume dan ada antara mereka sudah sampai ke peringkat akhir sesi pengambilan.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Hantar MC!” – Lelaki Kongsi Pengalaman Sakit Ketika Bekerja Di Jepun
Baca Artikel Berkaitan: Gadis 17 Tahun Jadi Mangsa Sindiket Di Myanmar, Ibu Mohon Bantuan Pihak Berkuasa
Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Suami Isteri Didakwa Lakukan Penipuan Pakej Umrah
Calon Fresh Grad Tipu Sijil & Pengalaman, Hampir Lulus Temuduga
Menerusi satu perkongsian di laman Threads oleh pengguna (@nor4hida), dia memaklumkan bahawa rakannya dari pasukan HR memaklumkan tentang trend membimbangkan melibatkan calon temuduga.
Menurutnya, dua calon fresh graduate dari sebuah universiti ternama didapati menipu dalam resume walaupun sudah berada di peringkat akhir pengambilan.
Antara maklumat yang ditipu termasuklah pengalaman kerja yang tidak pernah wujud, pengajian yang tidak pernah dilalui, serta sijil kelayakan profesional yang sebenarnya tidak pernah diperoleh.
Perkara ini dikesan semasa proses semakan akhir oleh pasukan HR sebelum tawaran kerja dikeluarkan.
Situasi ini menimbulkan kebimbangan kerana ia bukan sahaja menjejaskan proses pengambilan kerja, malah boleh membawa kesan buruk kepada reputasi universiti dan peluang orang lain yang benar-benar layak.
View on Threads
Netizen Beri Pelbagai Reaksi, Maklumkan Ia Bukan Trend Baru
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap tindakan individu yang sanggup menipu dalam dokumen rasmi hanya kerana ingin mendapatkan kerja dengan mudah.
Sebahagian netizen menyifatkan individu sedemikian tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri kerana sanggup mengambil hak orang lain yang lebih layak.
Namun begitu, ada juga yang menyatakan perbuatan seperti ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sudah lama berlaku dalam industri.




Tipu Resume Boleh Bawa Padah
Untuk info, menipu dalam resume dan portfolio bukan sahaja boleh menghancurkan reputasi diri, malah pihak berkepentingan seperti bekas majikan dan universiti turut boleh terkena tempias.
Ia juga boleh menjurus kepada tindakan undang-undang diambil. Memetik maklumat daripada laman Jobs, menipu dalam resume adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan pelbagai tindakan. Antaranya:
- Penamatan Kontrak – Majikan boleh batalkan tawaran atau tamatkan kontrak jika maklumat didapati palsu.
- Tindakan Sivil – Majikan boleh saman pekerja untuk tuntutan ganti rugi jika berlaku kerugian.
- Tindakan Jenayah – Untuk kes berat seperti penipuan identiti atau dokumen rasmi, tindakan undang-undang boleh dikenakan.
Kesan lain termasuklah kehilangan peluang kerja, reputasi yang tercemar, serta kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baru. Lebih buruk lagi, calon boleh disenaraihitamkan oleh syarikat atau agensi pengambilan kerja.
Kejujuran dalam permohonan kerja bukan sahaja mencerminkan integriti, malah membuka jalan kepada rezeki yang lebih berkat dan masa depan yang terjamin.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Dikecam Buat Trend ‘Don’t Judge’, Tipu Pergerakan Bayi Dalam Perut Gara-gara Malas Kerja
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Negara Paling Senang Kena Scam Berulang, Tertinggi Di Asia
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Tahu Apa Nak Buat Bila Kena Scam? Ini Nombor Yang Boleh Dihubungi Dalam Tempoh 24 Jam
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.