Now Reading
[Video] Tinggal Kereta Di Pam Minyak Untuk Beli Barang, Wanita Tegur Sikap Tak Bertimbang Rasa

[Video] Tinggal Kereta Di Pam Minyak Untuk Beli Barang, Wanita Tegur Sikap Tak Bertimbang Rasa

Difahamkan, pemilik kenderaan terbabit didakwa meninggalkan keretanya untuk ke kedai serbaneka biarpun sudah selesai proses mengisi minyak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tindakan sesetengah individu yang mementingkan diri sendiri di tempat awam sememangnya sering mengundang kemarahan orang ramai. Walaupun hanya perkara kecil, kesannya boleh memberi gangguan besar kepada pengguna lain.

Situasi ini sering berlaku di stesen minyak apabila pemandu meninggalkan kenderaan mereka terlalu lama di pam bukan bertujuan mengisi minyak. Ruang yang sepatutnya dikongsi itu sering disalahgunakan untuk hal peribadi.

Terbaharu, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan seorang pemandu yang meletakkan kenderaan di pam minyak dalam tempoh lama sehingga menyukarkan orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 5 ‘Common Sense’ Bila Tumpang Kereta Rakan & Orang Lain, Jangan Ambil Mudah!

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Setuju Tindakan Emcee Tegur Ibu Bapa Untuk Awasi Anak Agar Tak Ganggu Majlis Perkahwinan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Silap Masuk Laluan Sehala & Suruh Guna ‘Common Sense’, Proton Persona Undang Kritikan Ramai

Wanita Tak Puas Hati Individu Parkir Lama Di Pam Minyak

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok (@str00pwaffles), wanita tersebut berkongsi situasi yang berlaku ketika dia sedang menunggu giliran di sebuah stesen minyak Petronas.

Kelihatan sebuah Proton X50 yang sudah selesai mengisi minyak masih terparkir di pam nombor dua, manakala pemiliknya didakwa berada di dalam kedai serbaneka milik pam minyak itu.

Wanita itu menzahirkan rasa tidak puas hati apabila individu berkenaan mengambil masa yang lama, menyebabkan barisan menunggu menjadi semakin panjang.

Lebih menimbulkan rasa kurang senang apabila dilihat tindak-tanduk pemilik kenderaan itu yang berjalan persis itik pulang petang ke kenderaannya.

“Boleh tak bila lepas isi minyak tu, jangan parking dekat sini kalau nak masuk dalam. Lepas tu boleh jalan senang lenang, kenapa kau tak bertimbang rasa sangat dengan orang lain?” katanya dengan nada kecewa.

Nak Berhenti Sekejap Tak Salah, Tapi Fikirkan Situasi

Tindakan berhenti seketika selepas isi minyak untuk ke kaunter pembayaran atau mengambil barangan kecil sememangnya difahami.

Namun, kita sewajarnya memahami bahawa ruang di pam minyak terhad dan tidak boleh digunakan selama yang kita inginkan.

Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak sebarang perlakuan yang akan menyusahkan pengguna lain di stesen minyak. Antaranya:

  • Segera Bergerak Setelah Mengisi Minyak – Elakkan menunggu terlalu lama atau melakukan urusan lain di pam minyak. Beri peluang kepada pengguna seterusnya kerana ruang tersebut dikongsi bersama.
  • Gunakan Petak Parkir Yang Disediakan Jika Mahu Ke Kedai – Sekiranya ingin masuk ke kedai serbaneka, pastikan kenderaan diparkir di tempat yang betul, bukan di kawasan pam yang menghalang giliran orang lain.
  • Fikirkan Implikasi Tindakan Anda – Sebelum meninggalkan kenderaan, tanya kepada diri sendiri, “Jika saya berada di tempat orang lain, adakah saya akan rasa terganggu?”
  • Maklumkan Jika Berlaku Kecemasan – Dalam situasi mendesak atau kecemasan, tinggalkan nota pada kenderaan atau maklumkan kepada petugas stesen minyak agar tidak timbul salah faham.
  • Amalkan Sikap Prihatin dan Bertimbang Rasa – Ingatlah bahawa kemudahan awam adalah untuk kegunaan bersama. Hormatilah masa dan keperluan orang lain dengan bersikap lebih prihatin.

Sikap bertanggungjawab bermula daripada perkara sekecil ini. Jangan kerana mahu cepat atau ambil mudah, kita jadi penyebab orang lain susah.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Ambil Kesempatan” – Ramai Berang Lihat Pakcik Ini Sengaja Langgar Wanita di Bazar

Baca Artikel Berkaitan: “Kau Kutip Balik!” – Lelaki Berang Ada Pihak Selamba Buang Sampah Dalam Sungai

Baca Artikel Berkaitan: “Common Sense Ke Laut” – Isu Selamba Sambut Birthday Di Majlis Orang Lain Jadi Topik Perbualan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd