[Video] Tempah Kelas Ekonomi, Jemaah Haji ‘Excited’ Rezeki Dapat Tempat Duduk Dinaik Taraf Ke Business Class
Menurut jemaah haji berkenaan, dia langsung tidak mengjangkakan bahawa tempat duduk dia dan isteri dinaik taraf ke ‘business class’ sewaktu perjalanan ke Tanah Suci.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak lama sahaja lagi seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Korban atau Aidil Adha.
Seiring dengan perayaan bakal mendatang ini, ramai juga insan terpilih yang ke Mekah untuk melakukan ibadah Haji.
Malah ada yang baru bertolak ke sana dan ada juga yang sedang membuat persediaan untuk menunggu giliran penerbangan mereka. Ini kerana jika di Malaysia, jemaah haji akan diterbangkan mengikut kumpulan.
Kongsi momen, teruja dapat tempat duduk kelas perniagaan
Terbaharu, seorang bakal haji turut tidak ketinggalan untuk berkongsi momen perjalanannya ke Tanah Suci.
Apa yang menjadi perhatian adalah keterujaannya yang belum lagi sampai ke Tanah Suci namun sudah diberikan rezeki yang tidak dijangka oleh Allah SWT.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Khanra261, awalnya kelihatan dia begitu teruja apabila dia tidak sangka mendapat tempat duduk untuk kelas perniagaan bagi perjalanan ke Tanah Suci.
Malah turut kedengaran dia memuji syarikat penerbangan berkenaan atas perkhidmatan yang diberikan.
Seronok kerana ada ruang yang besar
Bukan hanya itu, kelihatan dia begitu gembira kerana kelas perniagaan mempunyai ruang tempat duduk yang jauh lebih selesa berbanding ekonomi.
“Belum sampai dah dapat rezeki dariNya,” tulis Khanra dalam video.
Khanra turut menunjukkan ruang dan kelihatan dia turut menggoyangkan kakinya bagi menunjukkan keselesaan tempat duduk yang dimilikinya itu.
“Assalamualaikum guys, ini memang satu kejutan, tak sangka-sangka. Dapat.. ingatkan economy class, diberinya kita. Tengok ni (sambil tunjuk suasana di sekeliling tempat duduk business class).
“Diberinya kita business class wei, terbaik lah Saudia (syarikat penerbangan) dapat business class, amazing wuhuuu. Legroom (ruang kaki) pun ada,” katanya dengan penuh teruja.
Di ruang kapsyen, Khanra turut mengatakan dia langsung tidak mengetahui akan mendapat tempat duduk perniagaan dan sangat bersyukur dengan rezeki tersebut.
“This totally insane (ini begitu tidak dijangkau). Tak tahu yang kami akan dapat tempat duduk ini. Syukur Alhamdulillah.”
@khanra261 Thia totally insane. Didnt even know that we are getting this seat… Syukur alhamdullilah… #hajj #haji #pilgrimage #businessclass #saudiairlines #saudia ♬ original sound – Khanra
Sudah sampai di Mekah dan bertahallul
Dalam satu lagu video yang dikongsikan kelihatan Khanra telah sampai di Mekah dan sedang membantu isterinya untuk bertahallul (mencukur atau menggunting rambut) selepas selesai melakukan tawaf dan saei umrah.
Untuk makluman tahallul merupakan salah perkara dilakukan untuk jemaah bebas daripada larangan yang terdapat sepanjang tempoh berihram.
Memetik Mufti Wilayah Persekutuan dalam laman sesawangnya, tahallul ialah pembebasan ataupun pelepasan ke atas setiap jemaah haji yang melakukan ihram.
“Dengan bertahallul, setiap larangan yang terdapat selepas pelaksanaan ihram dapat dibuat ataupun luputlah larangan tersebut seperti sediakala (sebelum ihram).”
@khanra261 Teka kitorg tgh buat apa ni. #hajj #haji #pilgrimage #1446H #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #allahummabarik #masjidilharam #tahalul #tahalullumrah ♬ original sound – Khanra
Melihat di ruangan komen, Khanra turut memaklumkan dia sebelum ini menempah untuk tempat duduk kelas ekonomi sebelum mengetahui mendapat kelas perniagaan.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar Khanra dan isteri berada dalam keadaan sihat dan dapat menjalani ibadah haji dengan baik.
“Macam ayah saya, tempah ekonomi dapat business. Jealous kami dekat belakang”

“MasyaAllah rezeki pakcik haji dapat duduk business class. Jaga kesihatan pakcik haji semasa beribadah. Doakan saya dan suami dijemput ke Baitullah pada tahun 2026 untuk umrah.”

“Alhamdulillah. Masa saya haji tahun lepas waktu penerbangan balik saya dapat tempat duduk kelas perniagaan”

“Alhamdulillah rezeki dari Allah tak salah alamat”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



