[Video] Cuaca Bertukar Buruk Ketika Aktiviti Jetski, Pelancong Terkandas Di Tengah Laut Hampir 30 Minit
Difahamkan, kumpulan pengunjung tersebut dalam perjalanan pulang menaiki jetski setelah singgah di beberapa pulau sebelum terkandas akibat cuaca buruk.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi yang gemar aktiviti laut seperti island hopping dan jetski, tentu ramai bersetuju bahawa keindahan pulau dan laut terbuka adalah pengalaman yang tak boleh dilupakan.
Namun harus diingatkan, aktiviti laut juga ada risikonya. Cuaca yang kelihatan baik di pagi hari boleh tiba-tiba berubah menjelang petang. Jika tidak peka dengan keadaan sekeliling, keseronokan boleh bertukar menjadi kecemasan.
Baru-baru ini, sekumpulan individu yang sedang menyertai aktiviti jetski dilaporkan tersekat di tengah laut selepas cuaca buruk tiba-tiba melanda kawasan Pulau Tuba, berdekatan Tasik Dayang Bunting.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tunggang Jetski Secara Melulu, Aksi Berbahaya Dua Pengunjung Ini Undang Kemarahan Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Patutlah Kena Ketuk” – Pemandu Pelancong Kongsi Fakta Rare Tentang Duri Landak Laut
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Penduduk Kampung Buat Lubang Untuk Alirkan Air ‘Mengabang’ Terus Ke Laut Cetus Perdebatan
Wanita Ini Kongsi Keadaan Kabur Di Tengah Laut
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@itsmeyieen), seorang wanita berkongsi detik cemas apabila dia dan beberapa kumpulan lain terkandas di tengah laut akibat ribut mengejut yang menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.
Menurutnya, ketika itu mereka baru sahaja selesai berhenti di pulau terakhir dalam pakej lawatan menaiki jetski dan dalam perjalanan untuk pulang ke jeti. Namun, ribut datang tiba-tiba menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan.
Apa yang merisaukan, keadaan berkabus sebegitu boleh menyebabkan risiko pelanggaran dengan feri atau bot lain, memandangkan sukar untuk melihat pergerakan kenderaan laut di sekeliling.
Namun begitu, wanita itu memuji tindakan ketua rombongan kerana mengambil kira pandangan semua peserta sebelum membuat keputusan.
Menurutnya, mereka perlu bergerak secara berkumpulan dan jika seorang pun tidak bersetuju untuk teruskan perjalanan, maka semua perlu menunggu.
Mereka akhirnya terkandas hampir 30 minit di tengah laut sebelum keadaan kembali selamat.
@_itsmeyieen Apa yang saya nak bagitahu guiders ni sangat sangat lah menjaga penumpang jetski even dalam saat genting and bahaya mcm ni. Ombak and hujan yang kuat. @JETSKI TOUR IQRAM #jetskitouriqram #langkawiislandmalaysia
♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
Netizen Cemas, Puji Sikap Profesional Tour Guide
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut cemas melihat situasi yang dikongsikan oleh wanita itu.
Ada yang berkata jika mereka berada di tempat sama, sudah pasti akan panik kerana jarak penglihatan yang terlalu rendah di tengah laut terbuka.


Ada juga yang memuji sikap bertanggungjawab tour guide yang tidak terburu-buru menyambung perjalanan, sebaliknya mengutamakan keselamatan peserta.
Beberapa netizen turut tampil berkongsi bahawa pengendali lawatan tersebut sememangnya dikenali dengan kepakaran dan pengalaman mereka dalam mengendalikan rombongan pelancong di sekitar Langkawi.

Sebelum Buat Aktiviti Air, Ada Beberapa Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu
Kepada anda yang bercadang untuk mencuba aktiviti laut seperti jetski, parasailing atau island hopping, penting untuk ambil tahu beberapa langkah keselamatan asas sebelum memulakan perjalanan.
Pertama, sentiasa semak ramalan cuaca dan status angin laut sebelum keluar. Kedua, pastikan anda diberi taklimat keselamatan dan memakai jaket keselamatan sepanjang masa.
Ketiga, dengar arahan pengiring atau tour guide dan jangan bertindak sendirian. Paling penting, jika keadaan cuaca berubah secara drastik, jangan panik.
Patuhi arahan dan kekal bersama kumpulan sehingga keadaan kembali selamat. Jangan sesekali anggap laut sebagai tempat main-main. Silap langkah, boleh bawa padah.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta ‘Dibasahi’ Ombak Tinggi Di Terengganu Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengunjung Pantai Sura Kutip Kerang Terdampar Dibawa Ombak Besar
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Hampir Dilibas Dengan Kayu Balak Dari Ombak Besar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.