“Sempurna Di Sisi Allah” – Ramai Puji Lelaki Sakit Saraf Gigih Hafal Surah Ar-Rahman
Difahamkan lelaki tersebut pernah terlibat dalam kemalangan sebelum ini sehingga menyebabkannya mempunyai masalah saraf dan gagap ketika membaca al-Quran.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
“Nikmat apa yang kau dustakan.”
Itulah petikan al-Quran yang selalu didengari dan dijadikan peringatan kepada orang ramai agar sentiasa mensyukuri setiap rezeki yang dilimpahkan Allah SWT. Hal ini kerana, lebih ramai di luar sana yang mempunyai kekurangan berbanding kita.
Sebelum ini, individu dikenali sebagai Nasrul Mohamed menunjukkan keadaan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang berguling untuk pulang ke rumah dari sebuah masjid dipercayai sekitar Kubang Kerian, Kelantan.
Kecacatan dialami oleh insan istimewa tersebut sejak kecil bukanlah alasan buatnya untuk tidak menunaikan solat secara berjemaah meskipun terpaksa berguling keluar dari rumah masjid berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki OKU Berguling Masuk Ke Masjid Untuk Solat Jemaah Undang Sebak Orang Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih 3 Juta Tontonan, Aksi Mutawif Pimpin Jemaah Buta Ke Kaabah Dipuji Netizen
Baca Artikel Berkaitan: “Mahu Alasan Apa Lagi?” – Tular Lelaki OKU Serba Kekurangan Tunai Solat Buat Ramai Sebak [Video]
Lelaki Sakit Saraf Minta Bantuan Semak Bacaan Al-Quran
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@babakal_) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Haikal Daud berkongsi momen seorang lelaki yang datang kepadanya bersama rakan lain ketika menjamu selera di sebuah kedai makan.
Jelas Haikal, lelaki itu telah meminta bantuan untuk menyemak bacaan dan hafalan surah Ar-Rahman.
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki tersebut membaca satu per sat ayat al-Quran itu dengan penuh teliti. Walaupun ada ketika lelaki itu terlupa dan bacaannya tidak begitu jelas, namun dia masih meneruskan hafazan berkenaan.
Bahkan lelaki itu juga dilihat menutup mata agar dia dapat fokus dengan bacaannya itu.
Menurut Haikal, individu tersebut merupakan seorang ahli perniagaan sebelum ini, tetapi kini bergelut dengan masalah saraf disebabkan kemalangan. Sakit itu membuatkan lelaki berkenaan sedikit tergagap.
“Hebat abang ni. Dia minta untuk semak hafalan dekat kedai makan tadi,” kata Haikal di dalam video terbabit.
Haikal dalam masa sama juga tidak terlepas mendoakan agar segala urusan lelaki itu dipermudahkan Allah SWT di dunia dan akhirat.
@babakal_ Semoga Allah permudahkan Urusanya dunia dan akhirat🤲🏻 #ahlisyurga #pecintaalquran #fyppppppppppppppppppppppp @🐎 علي محمدي 🐎 ♬ original sound – HaikalDaud
Tonton video penuh [DI SINI].
Netizen Rasa Insaf Tengok Kegigihan Lelaki Cuba Hafaz Surah Ar-Rahman
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji dan berasa sebak melihat lelaki tersebut gigih untuk membaca surah al-Quran dengan sempurna.
“Alhamdulillah dengan bersungguh dia mencuba (lafaz surah Ar-Rahman),” ujar seorang netizen.
Malah ramai juga berasa insaf dan mengambil iktibar daripada perkongsian berkenaan.
“Ya Allah aku lebih hina dari dia,” luah seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu yang pernah berjumpa dengan lelaki itu turut berkongsi sikap baik hati dan rendah dirinya.
“Saya kenal dia. Kalau korang jumpa abang ni dekat pintu masuk pusat beli-belah depan myNEWS, kalau nampak dia tengah tunduk tu jangan tegur. Dia tengah solat. Semoga Allah SWT sembuhkan dia. Dia memang baik sangat,” kata seorang lelaki.






Lelaki OKU Merangkak Untuk Ambil Wuduk Di Surau
Ramai juga individu yang kurang berkemampuan dari segi fizikalnya mendapat perhatian ramai di media sosial sebelum ini kerana sikap mereka yang bersungguh menuju ke jalan Allah SWT.
Sebelum ini, netizen tersentuh selepas melihat seorang lelaki OKU merangkak bagi mengambil air wuduk di sebuah surau sekitar Bukit Antarabangsa, Ampang.
Menurut perakam video dikenali sebagai Bos Tepen, lelaki bernama Saad itu telah bergegas meletakkan motosikalnya setibanya sampai ke surau itu. Difahamkan dia sebenarnya sedang menjual kerepek namun singgah sebentar ke rumah Allah bagi menunaikan solat fardu.

“Serius terkesima abang kejap. Tengok macam mana cepat dia ‘sambut’ panggilan solat. Ya Allah tiba-tiba abang rasa malu sangat. Malu dengan Allah, malu dengan abang ni.
“Kita ni macam-macam minta dari Dia. Tapi bila masa dia panggil solat, susahnya nak on-time,” ujar Bos Tepen.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Merangkak Untuk Ambil Wuduk, Lelaki OKU Gigih Solat Awal Waktu Buat Ramai Rasa Insaf
Baca Artikel Berkaitan: “Sejuk Hati Dengar” – Suami OKU Pendengaran Gigih Lafaz Surah Al-Fatihah Undang Sebak
Baca Artikel Berkaitan: “Bergenang Air Mata” – Video Lelaki OKU Lafaz Akad Nikah Guna Isyarat Tangan Buat Ramai Sebak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.