Asyik Menangis Termasuk Ketika Marah? Ini Penjelasan Jurulatih Psikologi
Dalam masa sama, dia menegaskan bahawa menangis ketika marah bukanlah tanda seseorang itu lemah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebagai seorang manusia yang berjiwa, kita semua tidak boleh lari daripada merasai emosi sama ada yang positif seperti gembira, mahupun sebaliknya termasuk sedih dan marah.
Walaupun sesetengah orang mungkin cuba untuk memendam perasaan mereka, namun emosi yang kian terkumpul itu akan ‘meletus’ juga pada suatu masa nanti.
Salah satunya adalah apabila seseorang sangat mudah menangis dalam keadaan yang tidak sepatutnya, termasuklah ketika marah.
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Psikologi Kongsi Anak Boleh Alami ‘Luka Emosi’ Akibat Pengalaman Buruk Ketika Zaman Kanak-kanak
Baca Artikel Berkaitan: Rasa Sakit-Sakit Badan Tapi Doktor Kata Tiada Masalah? Mungkin Alami Tekanan Emosi
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Macam Mana Nak Tahu Mental Sudah Penat
‘Unresolved Emotion’ Boleh Sebabkan Seseorang Kerap Menangis
Seorang jurulatih psikologi diiktiraf, menerusi akaun TikTok (@didaspeaksmental) menerangkan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan oleh gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) atau keresahan (anxiety).
Namun katanya, ada juga yang bersifat sedemikian akibat mengalami pengumpulan emosi yang tidak diselesaikan atau diabaikan yang dikenali sebagai ‘unresolved emotion’.
Perkara ini terjadi apabila seseorang tidak dibenarkan untuk meluah emosi yang dilalami olehnya menerusi tindak balas orang di sekelilingnya.
“Bila saya meluah, orang kata saya merapu, dramatik, over. Sampai satu tahap saya abaikan,” dia menjelaskan antara alasan diberi oleh seseorang yang mengalami masalah itu.
Emosi Boleh ‘Meletup’ Jika Banyak Dipendam
Dalam pada itu, dia menimbulkan persoalan yang mungkin turut menjadi tanda tanya buat orang ramai, iaitu sama ada seseorang itu benar-benar mengabaikan emosinya atau hanya memendam perasaan itu.
Katanya, perasaan yang dipendam akan menyebabkan seseorang itu mudah ‘meletup’, iaitu keadaan di mana kesemua emosi itu dikeluarkan dalam satu masa.
Dia menerangkan bahawa tangisan boleh menjadi satu tindak balas emosi yang bagus, tetapi mungkin menjadi masalah jika seseorang turut menangis ketika mengalami perasaan marah.
“Kita nak marah, kita nak bercakap depan orang yang padahal kita perlu tegas, tapi kita menangis,” ujarnya.
Reflek Semula Emosi Yang Pernah Diabaikan
Wanita itu menegaskan bahawa menangis ketika marah bukanlah tanda seseorang itu lemah, sebaliknya mungkin menunjukkan dia mempunyai banyak emosi yang tidak diselesaikan.
Tambahnya lagi, ia mungkin disebabkan oleh perkara yang terjadi sejak zaman kanak-kanak sehinggalah menginjak dewasa.
Mengulas tentang tindakan yang boleh diambil ketika mengalami letusan emosi sedemikian, dia berkata seseorang perlu cuba merenung kembali apa yang pernah dilalui olehnya.
“Tengok apa antara situasi yang selalu mencetus kita untuk senang menangis,” katanya.
@didaspeaksmental Siapa macam ni – angkat tangan goyang kaki cepat! We can do this! We strong! 💪🏻♥️ Sayang kome! #fyp #fypã‚· #foryoupage #mentalhealth #anxiety #anxietyattack #panicattack #depression ♬ original sound – celinesun🦋✨
Tonton video penuh [DI SINI].
Menangis Dapat Menurunkan Kadar Degupan Jantung
Merujuk kepada laman web Healthline, saintis mempercayai bahawa tangisan mungkin bertindak sebagai fungsi evolusi, yakni menjadi isyarat kecemasan yang digunakan bagi mendapatkan bantuan dan mencetuskan tingkah laku membantu dari orang sekeliling.
Kajian mendapati tangisan dapat merangsang pelepasan oksitosin dan prolaktin, dua hormon yang dapat membantu dalam menurunkan kadar degupan jantung, serta menenangkan seseorang setelah mengalami situasi yang menekan.

Pun begitu, tangisan tidak semestinya berfungsi untuk menenangkan seseorang, lebih-lebih lagi jika dia merasa malu kerana menunjukkan kesedihannya itu.
Selain tangisan, Healthline turut menyenaraikan beberapa kesan fizikal yang berlaku ketika seseorang berasa marah:
- Amygdala, hypothalamus, dan kelenjar pituitari bersama-sama menghasilkan lonjakan kortisol dan hormon stres adrenalin.
- Kadar degupan jantung dan tekanan darah meningkat.
- Badan terasa hangat.
- Bibir mungkin terasa kering dan tapak tangan terasa lembap.
- Medan penglihatan boleh menjadi terhad.
- Kortisol boleh menyebabkan masalah pada memori jangka masa pendek.
Lakukan Perkara Ini Untuk Kawal Tangisan Ketika Marah
Walaupun tangisan ketika marah boleh menjadi sesuatu yang biasa berlaku, namun ia mungkin tidak bersesuaian dalam situasi atau konflik tertentu.
Berikut merupakan perkara yang boleh dilakukan bagi mengawal tindak balas ini:
- Tulis jurnal untuk mengenal pasti emosi yang dirasai, sekaligus dapat mempromes emosi kompleks.
- Belajar luahkan apa yang diperlukan.
- Gerakkan tubuh badan secara perlahan-lahan sebagai satu kaedah ‘grounding’.
- Minum air untuk mengelak dehidrasi.
- Kekal bertenang dan fokus ketika bernafas.
Namun diingatkan juga bahawa tangisan memainkan peranan penting dalam kesihatan emosi dan tidak sepatutnya dielak sepanjang masa.
Dapatkan juga konsultasi pakar jika anda menangis secara berlebihan dan sehingga mengganggu fungsi harian kerana ia boleh menjadi indikasi yang lebih mendalam.
Menurut Medical News Today, antara keadaan yang membuatkan seseorang menangis tanpa sebab adalah:
- Kedatangan haid
- Kehamilan
- Burnout
- Kegelisahan
- Tekanan
- Kesedihan
- Keadaan neurologi kesan pseudobulbar (PBA)
- Faktor sosial

Baca Artikel Berkaitan: 6 Jenis Kemurungan Emosi & Fizikal Yang Anda Perlu Tahu. Bipolar Disorder Salah Satunya
Baca Artikel Berkaitan:Â Betul Ke Joging & Berlari Dapat Bantu Kurangkan Masalah Mental?
Baca Artikel Berkaitan: Kesihatan Mental & Emosi Juga Dikira Sebagai Nafkah Batin
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â



