Now Reading
[Video] Lelaki Kongsi Suasana Ambil Air Bukit Di Cameron Highlands, Netizen Pula Terhibur Dengar Loghat Perak

[Video] Lelaki Kongsi Suasana Ambil Air Bukit Di Cameron Highlands, Netizen Pula Terhibur Dengar Loghat Perak

Menerusi video berkenaan, lelaki itu menjelaskan bahawa dia dan kelaurga sudah mengambil air di situ sejak sekian lama malahan dari zaman moyangnya lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Cameron Highlands sememangnya antara lokasi pelancongan yang sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Selain cuaca sejuk, banyak juga perkara menarik yang sering dikaitkan dengan kawasan ini.

Salah satu aktivitinya ialah berhenti di tepi jalan untuk mengambil air bukit. Air ini dikatakan datang terus dari mata air dan sentiasa menjadi pilihan kerana kesegarannya.

Baru-baru ini, seorang pempengaruh berkongsi video pengalaman mengambil air bukit di sana. Tapi yang mencuri perhatian ramai ialah gaya penyampaiannya yang bersahaja serta loghat Perak yang digunakan.

Baca Artikel Berkaitan: Kampung Ala-Ala Hobbit Kini Dibuka Di Cameron Highlands, Harga Tiket Tak Sampai RM50!

Baca Artikel Berkaitan: Lokasi Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highlands Bukan Di Bawah Seliaan JKR – Menteri Kerja Raya

Loghat Perak Pekat Dalam Video Ambil Air Buat Ramai Tersenyum

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@pakwee_oe), pempengaruh itu berkongsi suasana semasa mengambil air bukit di satu lokasi popular di Cameron Highlands.

Dalam video tersebut dia menunjukkan bagaimana dia membawa banyak botol kosong sebelum satu persatu diletakkan di bawah batang paip yang telah tersedia.

Menurutnya itu memang spot wajib setiap kali datang ke Cameron. Dia juga memberitahu bahawa keluarganya telah mengamalkan minum air dari tempat itu sejak zaman moyangnya lagi dan tidak pernah ada masalah kesihatan.

Dia turut membidas dakwaan kononnya air tersebut tercemar atau mengandungi kencing tikus.

Katanya dia sendiri telah lama minum air itu dan masih sihat walafiat seperti biasa. Dalam masa yang sama, dia juga menegur sikap segelintir pengunjung yang membuang sampah merata-rata di kawasan tersebut.

Semua itu disampaikan dengan gaya santai dan mesra yang membuatkan penonton rasa dekat dengan suasana kampung.

Apa yang lebih menarik perhatian ialah loghat Perak pekat yang digunakan sepanjang video tersebut daripada dia sendiri yang berbangsa Cina.

https://www.tiktok.com/@pakwee_oe/video/7508693711476280583?_r=1&_t=ZS-8wj3fkCwJ7P
Tonton video penuh [DI SINI].

“The Real Cina Malaysia” Kata Netizen Terhibur Dengar Slang Perak

Ruangan komen dipenuhi dengan reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya terhibur mendengar gaya Pakwee bercakap. Ramai menyebut bahawa loghat yang digunakan kedengaran sangat asli dan tidak dibuat-buat.

Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing mengambil air di lokasi yang sama. Malah ada yang bergurau mengatakan gaya percakapan lelaki itu mengingatkan mereka kepada jiran-jiran kampung sendiri.

Sumber: TikTok @pakwee_oe
Sumber: TikTok @pakwee_oe
Sumber: TikTok @pakwee_oe
Sumber: TikTok @pakwee_oe

Air Bukit Masih Jadi Pilihan Ramai Kerana Kesegaran & Rasa Asli

Air bukit dari kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands masih menjadi pilihan ramai kerana dianggap bersih, segar dan bebas klorin. Malah ada yang mengaku lebih suka air bukit berbanding air paip yang dirawat.

Walaupun begitu, pakar kesihatan mengingatkan orang ramai untuk memastikan lokasi pengambilan air benar-benar bersih dan tidak terdedah kepada risiko pencemaran.

Antara langkah yang boleh diambil ialah memastikan kawasan sekitar tidak tercemar dengan sampah atau bahan kimia.

Anda juga diseru agar terus menjaga kebersihan di kawasan tumpuan seperti ini agar terjamin untuk semua pengguna dan pengunjung Cameron Highlands.

Baca Artikel Berkaitan: Cameron Highlands Terpilih Antara 51 Lokasi Tercantik Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Cameron ‘Santorini’ Diroboh Kerana Dibina Tanpa Kebenaran

Baca Artikel Berkaitan: Jom Pergi Ke 20 Lokasi Menarik Ini Di Cameron Highlands


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd